Friday, June 30, 2006

Apa ada pada nama

Antara yang menarik ketika menguruskan anak yang baru lahir ini ialah ketika menentukan namanya. Hampir semua orang tahu yang nama adalah penting.

Bagaimana dengan sejarah nama aku? Mak aku mencadangkan nama aku mengikut nama seorang DJ radio popular sekitar 1976-77. Huh? Kemudian, pakcik aku, yang merupakan seorang yang amat dihormati dan sering menjadi rujukan adik beradiknya mengenai isu-isu kekeluargaan, menghantar surat (mana ada email atau sms waktu itu) dan memberikan dua nama untuk mak aku pilih. Salah satunya sama dengan nama pilihan mak aku. Maka bernamalah aku dengan nama Badrul Hisham.

Untuk nama anak aku ini, aku tak la pilih ikut artis atau mana-mana selebriti. Selebet jadinya nanti. Jadi aku dan isteri aku telah pun menyenaraikan beberapa nama sebelum kelahirannya dahulu. Sebelum dan sebaik sahaja dia dilahirkan, rakan-rakan aku juga mencadangkan beberapa nama. Aku bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang amat prihatin dan mengambil berat. Berikut adalah cadangan-cadangan mereka.

Drobga -Radzi
Sinchan Alfonso Torres - Hamid
Sheikh Shakapurrahman Islam Al-Baridhara bin Badrul Hisham Chowdury - Apeng (mandai2 ko tambah
chowdury kat ujung nama aku ek
)

Wan MK bagi cadangan
Kalau Lelaki:
1. Mohd Sendijins bin Badrul (sempena nama Presiden Kembang)
2. Alamghir Hossain Chowdury Khan bin Badrul (sempena nama pegawai kat kedutaan Bangladesh di KL)
3. Saifurrahman Al-Mamun bin Badrul

Kalau perempuan, ada 2 nama aje yang sesuai:
1. Khaleda Zia binti Badrul (sempena nama Perdana Menteri Bangladesh sekarang)
2. Sheikh Hasina binti Badrul (sempena nama Ketua Pembangkang Bangladesh)

Tuan Presiden Kembang, Sendijin bagi cadangan sempena pengumuman aku menyokong TnT dalam world cup
1. Dwight York Bin Badrul
2. Shaka Hislop Bin Badrul

Semua cadangan diterima tapi satu pun tak boleh pakai. Saudara mara pun ada jugak mencadang dan meneka, dan kakak aku meneka paling hampir, Basri Hadi.

Ok, nama anak aku yang kedua ialah Bazli Hadi. Kebijaksanaanku, Petunjukku. Mudah-mudahan.

*nanti le aku masukkan gambar dalam fotopages... berterabur la sekarang...

Wishes

sambung balik cerita bersalin...

Selepas selesai segala urusan di dalam bilik bersalin tersebut, aku mula mengutuskan berita gembira kepada keluarga, saudara mara dan sahabat handai. Sudah pasti menerusi SMS, takkan aku nak call sorang2. aku cuma membuat panggilan kepada keempat2 ibu bapa aku. Hah, macam-macam balasan SMS aku dapat.

tahniah. teruskan dengan sujud syukur - Haji Mahyudin/HajiNMC *Orait Haji, thanks untuk segala nasihat*

alhamdulillah.tahniah.bad!majlis perkahwinan aku pada 6 ogos 06. jemput hadir sekeluarga. - Adli *alhamdulillah... akhirnya!*

tahniah.sibuk2 pun sempat projek tu. hehe - Acit *Engkau bila pulak, Acit?*

tahniah bad.moga bertambah bahagia hendaknya. slmt bgn malam ;p - Kak Sempoii *Nasib baik ada World Cup*

boleh kita berbesan, anak abg mohsin pompuan 290506 - Abg Mohsin *haa senang balik kedah sekali nanti ek*

tahniah!tp rosh kata pompuan? dah ada namanya? - Kak Elaira *Huh, Rosh demam?*

tahniah bard,telah menjadi ayah buat kali ke-2.tahniah dh ada sepasang.wah! lahir sehari selepas bebas imam ab bakar bashir. - Nurul pero2 *Nurul, kau ni memang seorang pemberi nama la*

tahniah bad.. doakan juga rumahtangga yg br nak masuk 2 minggu ni - Susi *Ooo, kawin tak bagitau aku*

alhamdulillah.tahniah bang.apa nama anak?bole la main bola ngan anak aku.he he. - Caal *Anak aku main posisi referee, boleh?*

alhamdulillah.mudah-mudahan Allah rahmati anak kita berkat junjungan besar Nabi Muhammad.Abang Pat cadangkan kerakyatan Malaysia ikut ibunya, jangan kerakyatan Bangladesh ikut bapanya - Abg Pat *yang penting bukan kerakyatan Israel!!! hahaha*

...Ojit tanya rempah ratus dia mana, hang ada letak mana2 tak? - Apeng *Pak Din rembat kot?*

berita gempar!fadil abu samah sudah dijumpai, polo jumpa dia ptg ni kat tmn melati gombak - Nasir *Fadil masih hidup???*

Siapa ni? - *(dahulunya nombor ini digunakan oleh kawan aku)*.

Terima kasih lah kepada mereka yang turut bergembira dan mendoakan keselamatan keluarga aku.

Right place at the right time - takdir

Tengahari tadi, seperti biasa ada majlis ilmu di masjid sebelum solat Jumaat. Ustaz Anuar Ridwan Zakaria. Kelakar dan selamba. Tapi yang lebih penting ialah apa yang ingin disampaikannya. Aku tak tahu apa tajuknya tapi yang pasti, Allah menggerakkan aku makan cepat2 dan pergi ke masjid lebih awal. Kandungannya berkenaan dengan menguruskan anak yang baru lahir dan membesarkan anak. :D.

Antara isinya ialah
1. Mentahnik ('membelah mulut anak dengan makanan yang manis) dan meminta doa dari orang yang saleh
-Jangan suruh artis yang mentahnikkan anak tu, Ustaz Anuar memberi amaran.

2. Mencukur rambut

3. Memberi nama
-Tiada nas yang mengatakan memberi nama Muhammad/Mohd kepada anak lelaki adalah sunnah. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak meletakkan nama Muhammad kepada anak-anak dan cucu-cucunya. (Menjawab persoalan dalam diri aku ketika memikirkan nama anak aku yang kedua ini)
-Jangan suka-suka memberi nama gabungan kepada anak. Sebagai contoh, nama suami Yahya dan nama isteri Mahani. Nama anaknya? Yamaha. (Ustaz ni memang lawak)

4. Akikah. (aku merancang untuk melakukan akikah, seekor di kedah dan seekor di Johor)

5. Berkhatan.
-Khatankan anak-anak lelaki semasa mereka masih bayi. Jangan ikutkan pandangan orang-orang yang kesiankan bayi itu. Menurutnya, lebih senang diuruskan sekiranya berkhatan masih kecil. (Yup, mungkin aku akan ikut. Tunggu dia besar sikit, 3,4 bulan ke)

6. Mengajar tauhid dan mengukuhkan akidah dari kecil lagi dengan cara yang mudah, jangan gunakan falsafah kepada kanak-kanak. (aku tak ingat frasa tepat yang diberikannya tadi)

7. Sembahyang
-Pukul lah jika mereka tidak mahu sembahyang ketika umur 10 tahun. Jangan mula nak pukul anak ketika umur 20 tahun. Kenapa? nanti kita kena pukul balik, kata Ustaz Anuar.

Banyak aku dapat dari kuliahnya tadi. Walaupun ini anak kedua, tapi sebagai manusia, aku perlu selalu diingatkan seperti kereta yang perlu dibuat alignment dan balancing dari masa ke semasa.

Thursday, June 29, 2006

D-Day (Delivery Day)

Alhamdulillah, segala-galanya selamat.

Sebaik sahaja mendapat panggilan telefon dari isteri aku pada 12hb jun, aku terus berjumpa dengan bos aku dan seperti yang telah dijanjikan sebelum ini, dia mengizinkan aku pulang. Terus aku berkejar ke pejabat MAS, terpaksa menaiktaraf open ticket yg aku ada kepada business class untuk aku pulang malam itu juga. Jika tidak, aku terpaksa berada dalam waiting list yang hanya pasti ada kekosongan pada 26 Jun. Haha, mungkin tidak. Sesekali aku terfikir, kalau zaman dahulu, jangan harap seorang tentera yang sedang bertugas mampu kembali apabila isterinya mahu bersalin.

Isteri aku tidak merasa sakit, tetapi tanda-tanda lain telah muncul. Apabila sampai 15 Jun masih tidak merasa sakit, kami mengambil keputusan untuk terus ke hospital. Takut bayi lemas dalam kandungan, sesuatu yang mungkin terjadi. Doktor terus mengarahkan dia masuk ke wad bersalin dan menjalankan proses memecahkan air ketuban dan kemudian meninggalkan kami bersendirian. Selepas itu, barulah isteri aku merasa sakit, yang datang selang beberapa tempoh masa, dan semakin kerap. Aku hanya mampu mengusap kepalanya, menggenggam tangannya dan mengingatkan dia supaya beristighfar. (di bandar Muar dahulu, ada seorang tua yang berkebolehan memindahkan kesakitan waktu bersalin dari isteri kepada suami. Kami panggilnya Tok Yang, tinggal di antara Jalan Abdul Rahman dan Jalan Sultan Ibrahim. Sanggup?).

Selepas 3 jam, isteri aku meminta aku memanggil doktor. Doktor Susanna terus mengarahkan pembantunya bersedia kerana dia tahu masanya telah tiba. Tibalah detik itu, aku melihat bagaimana seksanya seorang wanita ingin melahirkan seorang lagi umat manusia ke dunia ini. Apa yang mampu aku buat? Setiap kali isteri aku meneran, otot-otot badan aku turut keras. Ingin aku berkongsi kesakitan tersebut tapi orang tua yang aku maksudkan tadi telah lama meninggal. Isteri aku hampir hilang tenaga, keletihan. Mungkin disebabkan dia membuang tenaga meneran di tekak, bukannya di bawah. Aku menjenguk melihat apa yang dipegang oleh Doktor Susanna. Entah, mungkin sebab aku dah biasa tengok grafik-grafik ganas, darah, peperangan, luka parah, aku tak rasa loya atau lemah. Ataupun, mungkin, mungkin sebab aku rasa aku tak boleh lemah pada ketika itu. Aku terus mengusap kepala isteri aku dan cuba membantu mengatur pernafasannya. Doktor Susanna mengambil keputusan menggunakan vakum. Tidak lama kemudian, dia dilahirkan. Doktor Susanna memberi aku penghormatan memotong tali pusatnya. Selepas dibersihkan, aku mengazankannya dan 'membelah' mulutnya dengan air zam-zam dan kurma, perkara yang sama aku lakukan kepada kakaknya sebelum ini. Alhamdulillah, penantian aku berakhir dengan selamat, pada hari itu.



Lelaki itu gagah? Perkara paling 'menakutkan' dalam hidup seorang lelaki adalah sunat. HAHAHAH. Nothing, man, nothing if you want to compare to bersalin. Nothing.

*selepas ini, seminggu yang amat panjang*

Monday, June 12, 2006

Rush Hour

Isteri aku baru call. Dia baru buat check-up kat Damansara Specialist. Dah bukak 2cm.

Time to go home. Maybe for good.

Doakan kami.
Selamatkan kami, ya Allah.

Sunday, June 04, 2006

Ini namanya kambing

Sewaktu di kampung, aku cuma mengadap televisyen untuk 3 perkara; menonton DVD, melihat siri perlawanan persahabatan menjelang Piala Dunia dan National Geographic (atau Discovery). Aku nak mendatangkan minat kepada Balqis terhadap dunia haiwan. Sebelum ini, dia hanya mengenal haiwan melalui cerita animasi, buku dan juga teddy bearnya. Jadi ketika NG menyiarkan rencana mengenai seorang penjaga zoo Jepun dan beruang kolar putihnya, aku bertanya kepada Balqis, 'Sama tak dengan bearbear (panggilan Balqis pada teddy bearnya)?' 'Sama, kan? sama, kan?' jawabnya.

Kemudian apabila terlihat singa, aku teringat cerita Madagascar, salah satu filem kegemaran Balqis. 'Balqis! Alex!' sebutku. 'Ha ah, Alex,' jawabnya. 'Melman, Balqis!' apabila ada zirafah di kaca tv. Balqis tersengih kegirangan 'Melman!'. Kemudian apabila keluar penguin, 'Err... Err...' aku termangu-mangu cuba mengingatkan nama watak penguin dalam filem tersebut. 'Pingu!!!' sebut Balqis. Pingu? Boleh laaa...

*isteri aku mengingatkan aku, salah satu watak penguin dalam Madagascar itu adalah Rico.

CRASH

Minggu lepas aku tengok dvd Crash. Nak jugak tahu apa kelebihan filem ini yang tak memenangi kategori-kategori lain tapi menang Filem Terbaik. Kesudahannya, aku fikirkan aku tahu apa yang aku lihat dan dengar tetapi sebenarnya aku tak tahu. Filem ini bukanlah filem yang sempurna untuk menerangkan kita tentang kehidupan tetapi itulah yang berlaku di dalam kehidupan. Lihatlah, mana satu watak anda di dalam filem ini.

2 watak yang aku rasa begitu dekat dengan aku ialah Officer Hanson, seorang polis yang jujur dan baik dan ingin membetulkan keadaan sekeliling yang dia rasa salah dengan cara yang dia rasa betul sebetul-betulnya(dalam tempoh masa yang amat singkat, dia telah membuat satu pertimbangan yang silap dan membawa kepada kesalahan yang amat besar) dan Daniel yang mempunyai seorang anak perempuan, bekerja keras sehingga lewat malam dan berusaha untuk menjauhkan anaknya dari segala bahaya. Aku rasa terseksa melihat dia meraung ketika Lara, anak kesayangannya, ditembak ketika cuba menyelamatkan Daniel. You try to bring her away from danger, but remember, danger sometimes would eventually find its way to you. Minta maaf, di bawah ini penuh dengan spoilers...

Aku sangkakan
1. Officer John Ryan adalah seorang yang hidup dengan penuh kebencian terhadap mereka yang bukan kulit putih; hanya kerana mereka tidak berkulit putih.

2. Daniel adalah seorang penjahat hanya kerana aku mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Jean yang cantik (aku perlu selalu tengok cermin selepas ini. Muka dan kepala aku dan Daniel lebih kurang je, skinhead, cuma dia kulit putih, aku kulit gelap).

3. pemandu van berbangsa Korea itu adalah orang baik hanya kerana aku dan dia sama-sama orang Asia.

4. Shereen, anak seorang Parsi , bekerja kilang atau sewaktu dengannya hanya daripada kata-katanya bahawa dia bekerja shift malam.

5. Officer Hanson berani bertanggungjawab ke atas setiap tindakannya.

6. Anthony buat apa sahaja untuk dapatkan duit.

7. Officer Ryan meninggalkan Christine mati terbakar di dalam kereta.

8. Brendan Fraser akan buat lawak.

9. banyak kematian dalam filem ini (cis, antara saat mendebarkan ialah ketika bapak Shereen terjumpa alamat rumah Daniel dan menunggunya pulang dari kerja).

10. Officer Ryan membalas dendam ke atas Officer Hanson hanya kerana kata-katanya yang menjadi tag filem ini. 'You think you know who you are. You have no idea.'

Memang patutlah aku dihantar ke sini.