Saturday, April 29, 2006

Pesanan dari Kelab Malaysia Bangladesh

Di mana-mana pun kita perlukan komuniti. Hidup berkomuniti ini banyak kelebihannya. Sekiranya anda, rakyat Malaysia, yang ingin ke Bangladesh samada bekerja atau berniaga, adalah digalakkan anda melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti Kelab Malaysia Bangladesh. Kelab ini adalah sebuah kelab yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti, bebas dari segala pegangan politik dan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh, tidak kira samada yang datang sebentar ataupun tinggal lama. Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah sukan seperti bowling, mencari harta karun, golf (kat sini senang nak main,bang, bukan macam kat Malaysia. Tapi aku tak main) dan bolasepak. Untuk yang beragama Islam, kelab ini menganjurkan Majlis Fikir 2 minggu sekali yang diadakan di rumah-rumah para ahli. Kelas bahasa Bengal pun ada.

Untuk yang anti sosial, yang cari-orang-bila-takde-tiket-nak-balik atau yang masanya terlalu berharga, mungkin sms ini boleh merubah fikiran anda.
*
two of our Msian brothers were mugged at knifepointnwhile on rickshaw, near KC in Banani around midnight last Thursday. Total loss: 2 h/phones & USD700 & TK5000.Thank God both were not harmed. Message to all Msians: Avoid taking rickshaw/CNG at night, do not carry excessive cash & valuables while on rickshaw/CNG - From Kelab Msia Bangladesh
*
Dengan adanya Kelab Malaysia Bangladesh, diharap sekiranya berlaku kecemasan, kita dapat membantu satu sama lain dengan lebih mudah. Kelab Malaysia Bangladesh mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh.
*
In the spirit of camaraderie, Kelab Malaysia Bangladesh is urging all Msians to come forward & donate cash to ease suffering of our 2 brothers who got mugged last Thursday night. Collection booth is opened tonight from 9 to 11 pm at Blossom Hotel, Baridhara - Message from Kelab Malaysia Bangladesh
*
Sekiranya anda masih tidak ingin melibatkan diri dengan Kelab Malaysia Bangladesh, anda boleh juga menyertai Jemaah Tabligh yang berpusat di Kakrail. Rangkaian jemaah tabligh seluruh dunia berkumpul di sini. Mereka juga sering membantu sesiapa sahaja yang datang ke situ dengan tangan yang terbuka. Sekian Terima Kasih.
oppss.. terlupa. Sila hubungi Saudara Sendijins, Presiden Kelab Malaysia Bangladesh di talian +88 018 9244244 untuk sebarang kemusykilan. Saudara Sendijins adalah Jawa Selangor, kalau tak silap aku, bukannya orang German atau Czechoslovakia. Sekali lagi, terima kasih.
*tragedi di atas boleh berlaku di mana-mana, malahan di Ulu Bertam Hilir pun boleh berlaku. Berhati-hati di mana sahaja anda berada.

Thursday, April 27, 2006

Rabun Warna


Masa aku kat kampung awal bulan ini, aku baca satu suratkhabar dan terjumpa artikel ini. Aku rasa macam ada yang tak kena. Lepas tu baru aku perasan. Nak cerita pasal warna, tapi yang ada cuma hitam, putih dan kelabu. (Kosmo, Utusan Malaysia atau Berita Harian? aku tak ingat)

******
Wahahah terima kasih blackpurple... tengah-tengah meraba dalam gelap, ada orang bagi lampu picit, lengkap dengan bateri. Daaaahhh ada link kat tepi tu. Aku letak kau punya dulu, sebagai tanda terima kasih
.

Wednesday, April 26, 2006

Yes, sir.

Satu perangai kebanyakan dari mereka, mereka suka menonjolkan diri sekiranya mereka rasa mereka bagus, walaupun sedikit. Bagi mereka, itu amat penting kerana saingan untuk kelangsungan hidup (survival) di sini amat sengit. Bagi mereka yang betul-betul bagus, memanglah berguna untuk sesiapa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Bagi mereka yang mengaku bagus tapi hampeh, lawak jadinya.

Jalal (bukan nama sebenar) adalah pembantu rumah Haji Chef, Uncle Mus dan Halim. Dia mengaku dia boleh masak macam-macam masakan Malaysia. Amat bagus. Realitinya, berkaitan dengan masakan, Haji Chef hanya benarkan dia masak air, buat teh, goreng telur dan masak nasi. Yang lain, gagal. Dan dia cukup suka berbual, sampai letih Haji Chef dibuatnya.

Jalal: Sir, I got problem last night
Haji CHef : What problem?
Jalal: I fight with my wife, and then I kill her
Haji Chef: HAH? She's dead?
Jalal: Nooooo...

Tanya punya tanya, dia pukul isteri dia, bukannya bunuh. Ada sekali kejadian, pintu bilik air terkunci dari dalam. Uncle Mus suruh Jalal ambik kayu panjang. Nak cuba bukak pintu dari tingkap bilik air.

Uncle Mus: Jalal, go find a very long stick (sambil mendepakan tangan dia). I want to open the door through the window.
Jalal: okey, sir.
Jalal: (selepas beberapa ketika) Sir, I can only find this.
Uncle Mus: Hah? (tepuk dahi) Ko nak suruh aku buat apa dengan benda alah ni? (ini bukan terjemahan. Uncle Mus memang membebel dalam BM. Jalal ambik mentol panjang).

Jangan jadi Jalal. Tak tau cakap le tak tau. Untuk kawan-kawan yang ada blog, aku belum gheti lagi nak buat link kat tepi tu. Jangan kecik hati yek. Aku pernah cuba ubah template aku tapi huru hara jadinya. Hujung minggu ini kalau aku tak sibuk, aku belajar lagi.

satu lagi...satu lagi...
Haji Chef rajin buat makan-makan di rumahnya. Suatu waktu, ada lebihan juadah dan dibahagi-bahagi kepada tetamu.

Haji Chef: Nis, ambik la ni bawak balik.
Kak Nis: Terima kasih. Jalal, can you please give me one plastic bag?
Jalal: Yes, madam.

Dia bawak beg plastik kecil, lebih kecil dari tupperware juadah untuk Kak Nis.
Haji Chef: Take bigger plastic bag laaa...
Jalal: Yes, sir.

Dia datang bawak beg plastik sampah yang besar warna hitam.
*Walaupun mengarut, aku hormat semangat dia yang sentiasa cuba mendapatkan apa sahaja yang diminta. Janji ada.*

Tuesday, April 25, 2006

Dendang perut

Aku ingat nak update entry, tapi perut memulas ni. Hj Chef sedang tergolek di rumah. Cirit. Sabtu lepas dia pergi ke majlis kenduri (sini tak panggil kenduri la) kahwin staff dia. Yup, kalau nak menjamu selera di sini, lebih baik berhati-hati. Melalui surat khabar, aku dapati di sini cirit birit, taun dan sebagainya biasanya menyerang dalam skala yang besar. Di Malaysia, kita biasa mendengar satu sekolah atau satu asrama diserang cirit birit. Di sini, satu kampung. Sehinggakan pesakit terpaksa baring di tepi jalan di luar hospital kerana kekurangan tempat.

Aku tak pergi kenduri tu. Aku masak sendiri di rumah minggu lepas. Tapi minggu lepas kami menukar jenama air mineral yang digunakan di rumah. Ada satu botol tu aku rasa semacam je tapi aku belasah jugak la.

Eh panjang pulak. Bergelodak angin rasanya dalam perut ni.

Zoolhilmy, email aku artakusaurora@yahoo.com. Aku ingat kau, kali terakhir jumpa kat kedai kasut sekitar stesyen bas Melaka. 5Sc2 kelas aku jugak, kelas agama.

***************
Form is temporary, Class is permanent. http://en.wikipedia.org/wiki/English_Premier_league
Tengok kat All Time FA Premier League Table.

Thursday, April 20, 2006

Macam-macam adaaa...

Siaran TV yang menggunakan antena di rumah sewa baru kami di Sg Pencala amat buruk kualitinya. Ada teori yang kata, kalau para jiran terdekat pasang Astro, kualiti TV yang menggunakan antena biasa akan terjejas. Aku tak pasti, dulu waktu Dr Mazlina mengajar, aku banyak main. Apa yang jelas, kualiti yang teruk sekarang adalah alasan terbaik untuk aku pasang Astro. EPL musim depan lebih meriah nampaknya untuk aku. Lagipun, itu boleh dijadikan motivasi untuk aku jaga bakal anak aku no dua tu malam-malam, kan?

Semalam dapat sms dari isteri aku. Dia dah daftar Astro. Tak payah suruh, dia dah tau keperluan aku. Saluran wajib; ESPN, StarSports dan National Geographic. Tapi dia ambik kartun sekali. Lupa aku nak bagi amaran, jangan ambik kartun. Ambik News. Tapi dah daftar. Lain kali la tukar. Bukan apa, cukup dengan Barney, Tilmiz, Barbie dan Mr Bean yang aku dah beli belambak2 tu. Anak aku belajar doa makan dengan Tilmiz, one two three, A sampai Z dan bentuk2 asas dengan Barney... dan semalam isteri aku cakap, anak aku joget ala Mr Bean dalam bilik air. Cukup lah. Dalam rumah okey lagi. Jangan dia buat perangai Mr Bean kat Tesco sudah le.

Wednesday, April 12, 2006

Blast From The Past Part II

Kebanyakan orang amat suka berjumpa dengan para sahabat lama dari bermacam kumpulan hidup yang pernah dilaluinya. Kawan sekampung, kawan sekolah rendah, kawan berbasikal, kawan seperguruan, kawan sewarung, kawan sama-sama jamming.... dan senarai ini berterusan. Aku? Aku juga cukup suka bercerita tentang rakan-rakan aku. Tapi kadang-kadang perlu berhati-hati kerana orang mungkin bosan apabila kita selalu bercerita tentang sejarah hidup kita. Ok, jadi untuk sementara, sebelum aku balik kampung tempohari, aku bercadang untuk tidak bercerita tentang masa lepas aku. TETAPI, dalam 2 minggu yang lepas ini, masa lepas aku datang bertemu aku. Jadi, nak tak nak, bacalah ye.

Sewaktu di kampung, aku sempat meluangkan masa ke majlis konvokesyen isteri aku di Cheras. Dia mengambil Diploma KPLI dan majlis konvokesyennya ringkas dan meriah (bunga ros 3 kuntum rm15??? Aku tak pernah bagi isteri aku bunga walaupun waktu bercinta. 3 kuntum rm15? Mahal ke aaa?). Aku lebih suka duduk di luar dewan membaca The New Jerusalem dari melihat seorang demi seorang graduan naik ke pentas apabila nama mereka disebut. Letih dan giliran isteri aku masih jauh. Tiba-tiba terdengar satu nama disebut. 'Mohd Najib Mustapha'. Nama yang biasa. Mohd.Najib.Mustapha. Tetapi apabila digabungkan, ia memetik satu suis dalam kepala aku. Dan bila aku melihat layar putih yang diletakkan di luar dewan, ...'macam muka dia?'. Selepas majlis selesai, aku mencarinya. Dia tak dapat mengecam aku kerana aku semakin kacak wahaha... bukan, aku semakin botak. Tetapi apabila dia mendengar nama Bad, berseri-seri mukanya seperti berjumpa Siti Nurhaliza. Lebih 15 tahun kami tak berjumpa. Dan wajahnya tidak jauh berubah cuma badannya lebih besar dari aku. Sewaktu di Sekolah Agama dulu, aku lebih besar dari dia. Apa yang buat aku ingat pada dia ialah karakternya yang cukup baik, lemah lembut dan tidak pernah menyakiti hati kawan-kawan. Karakter aku? Kena tanya kawan-kawan aku la. Kalau tanya aku, karakter aku ialah Spiderman. Kenapa? Suka aku la wahaha.

Januari lepas, aku ada meninggalkan mesej di fotopages Judd. Ada gambar majlis perkahwinan kawan lama aku, Inang Jamili Nasron. Tapi tiada mesej balasan daripadanya. Mungkin dia sibuk. Tidak mengapalah. Tetapi minggu ini, dia ada meninggalkan mesej di fotopages aku. Hi Bad, It's me. Saw your comments on judd's page.U use to be in my secondary school right? My classmates?In Sek Keb Pt Setongkat? Sorry it takes this long to contact you. Jus returned from acheh since january. Hahaha, jumpa lagi kawan lama walaupun secara maya. Dia ni pun aku rasa dah dekat 12 tahun aku tak jumpa. Kali terakhir aku jumpa dia pada tahun 1994 waktu interschool debate peringkat daerah Muar. Tapi takkan nak tegur 'musuh' time tu. Dia SAB, aku Highschool. Err, Inang, i was in your primary school lah, not secondary. Your secondary school was all-girl school, right? Selalu control hensem kalau lalu depan sekolah u wahaha....

Lagi seorang ni. Encik Anonymous. Tinggalkan mesej di blog aku. Aku rasa dia ini mesti satu batch sewaktu di High School Muar. Tak ramai yang boleh menyelesaikan penaakulan mantik berikut yang mana Premis 1 Nama aku Badrul Hisham dan Premis 2 Aku kenal Mont menghasilkan Kesimpulan Aku budak 5 Sains 1. Janganlah segan-segan tinggalkan nama walaupun anda adalah Santa Singh/Ching Chai Lai/ Abdul Wahab Suradi.

Your past will come to you; whether you want it or not; to haunt or to delight. In my case, always delightful.