Thursday, January 24, 2008

The D-Day

Hehehe, panjang cerita ni...

Baru semalam aku rasa dah betul-betul selesai. Ok, 14 Januari 2008, isteri aku melahirkan anak kami yang ketiga. Untuk para bapa yang biasanya menguruskan sendiri hampir segala perkara berkaitan dengan kelahiran anak, pasti tahu dari saat isteri mula dimasukkan ke bilik bersalin, dari saat itulah punggung si suami tidak sempat panas di satu kerusi.

Selepas menerima SMS tersebut, aku terus menghubungi isteri aku. Dia dah beberapa kali merasakan perutnya memulas. Contraction? Mungkin, tapi dia tak merasakan apa-apa kesakitan. Dia sanggup tunggu hingga habis waktu persekolahan (pendidikan khas tamat pada pukul 12 tengahari) dan aku memutuskan supaya kami berjumpa di rumah sahaja (rumah-pejabat aku-sekolah dia-hospital semuanya dekat2). Mungkin kerana pasti saatnya semakin hampir, isteri aku terlupa mengambil Balqis di tadika Islam yang terletak hanya di belakang sekolah dia. Dari rumah, kami mengambil Balqis dan terus ke hospital. Sampai di depan klinik Dr Susanna, baru kami sedar ketika itu adalah waktu makan tengahari. Hehehe camana ni?

Alhamdulillah mereka yang bernama doktor ini, hidup mereka bukan macam kita. Selepas menunggu beberapa minit, Dr Susanna yang baru selesai mesyuarat membuka kliniknya dan terus memeriksa isteriku. OK, 4cm already. Masuk labor room eh? Selesai menghantar isteriku ke bilik bersalin (yang sama ketika melahirkan Bazli Hadi), aku menghantar Balqis pulang ke rumah, solat Zuhur dan datang semula ke hospital dengan motosikal aku bersama-sama air zam zam dan kurma. Isteri aku baru selesai bersalin apabila aku kembali ke bilik tersebut. Bersalin baju la. Tepat jam 2.30 petang, Dr Susanna datang dan memeriksa isteri aku dan dia mengambil keputusan untuk memecahkan air ketuban. Pengalaman berada bersama isteri sewaktu melahirkan Bazli menyediakan aku untuk saat2 sebegini. Aku menjangkakan dia akan bersalin dalam 3 jam dari sekarang. Oh, mak dan ayah mertua aku sedang bersiap sedia untuk bertolak dari Kedah untuk menyambut cucu ketiga mereka. Mak dan Ayah aku pula terpaksa menjaga 5 cucu mereka di Muar, dan aku faham sukar untuk mereka menyambut cucu ke 17 ini bersama-sama.

Selepas dipecahkan air ketuban, rasa sakit mula terasa. Jangan tanya aku macam mana sakitnya kerana perkara paling sakit yang dilalui seorang lelaki Islam normal hanyalah sunat (itupun sekali seumur hidup dan diberi gelaran anak jantan selepas itu hahaha). Sewaktu aku kecil, mak aku ada menceritakan tentang seorang tua di Jalan Sultan Ibrahim, Muar yang boleh memindahkan rasa sakit seorang isteri yang bersalin kepada suaminya. Tunggang langgang si suami menahan sakit sementara si isteri bersalin. Kau sanggup? Aku? Pass!!! Soalan lain, please...

Jururawat masuk ke bilik dan bertanya samada isteriku ingin mengambil suntikan menahan sakit. Bukanlah tidak sakit langsung seperti mengambil epidural. Jururawat menerangkan suntikan tersebut akan membolehkan isteri aku mengantuk, tidur sedikit2 dan sekaligus mengurangkan rasa sakit. Oh baru aku teringat sewaktu melahirkan Bazli, isteri aku ada mengambil suntikan yang sama dan rasa mengantuk, tetapi oleh kerana tidak faham fungsi suntikan tersebut, isteriku melawan rasa mengantuk dan apabila tiba masanya, dia keletihan dan terpaksa dibantu dengan vakum. Kali ini, aku membiarkan dia terlelap dan kadang-kadang tersedar apabila contraction semakin kerap. Dua penanda yang aku gunakan untuk mengetahui tahap kesakitannya. Pertama sebuah mesin yang memaparkan angka 2 digit (apa unitnya aku pun tak tau) dan kedua ialah genggaman tangan isteri aku. Semakin besar julat perubahan angka tersebut dan semakin kuat genggaman tangannya, aku tahu masanya semakin hampir. Sepanjang waktu itu aku berzikir perlahan-lahan dan dalam hati aku berulang kali berdoa kepada Allah dan memaafkan segala dosa dia terhadap aku.

Hampir 4.30 petang (kurang sejam dari jangkaan aku), isteri aku menyuruh aku memanggil Dr Susanna. Dia masuk bersama-sama 2 orang jururawat dan bersiap-sedia dengan pakaian yang sesuai. Mereka terkejut kerana seperti sebelum ini, mereka tidak menunggu lama. Autobots! Transform!!! Katil yang isteri aku baring bertukar menjadi sebuah kerusi. Bukanlah bertukar sendiri tetapi diubahsuai oleh jururawat. Aku berdiri memberi ruang untuk mereka menjalankan tugas dan mengambil sudut yang sesuai untuk aku melihat segala-galanya. Oh lupa, sebelum ini aku ada bertanya kepada Dr Susanna samada aku boleh mengambil rakaman video... tidak dibenarkan. Mungkin takut sesuatu yang tidak diingini berlaku dan rakaman video tersebut menjadi bukti, tapi aku tidak membantah sebab dah memang prosedur hospital tersebut. Alhamdulillah, aku rasakan mudah isteri aku bersalin kali ini (dan dia juga merasa begitu). Kurang dari 2 minit (aku pun kurang pasti sebenarnya sebab masa seakan-akan terhenti seketika) segala-galanya selesai. 4.35 petang bayi ketiga kami dilahirkan ke dunia. Subhanallah yang menjadikan kami dari tiada kepada ada.

Sekali lagi seperti sebelum ini, aku diberi penghormatan memotong tali pusat. Sementara Dr Susanna menyempurnakan tugasnya, jururawat meletakkan bayi kami di dalam pangkuan isteri aku. Beberapa ketika selepas itu, selepas bayi kami dibersihkan, aku menjalankan tugas aku sebagai seorang ayah, mengiqamat dan tahnik. Isteri aku telah pun pun tidur keletihan sewaktu aku mula menghantar dan menerima sms tahniah dari saudara mara dan sahabat.


3.48kg



Saya dah ada 2 adik!!!

Tahniah, Sarjan Bad. Terima kasih di atas semua ucapan tahniah dan juga doa untuk kami sekeluarga. Oh, ada juga yang mengucapkan 'selamat berpuasa' kepada aku. Oh kalau nak baca kisah pengalaman First Mum, pergi sini.

5 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah! Tahniah! Tahniah! Sarjan Bad. Lepas Sarjan apa pulak ek?

Bagus juga kau buatkan pautan-pautan istilah-istilan itu. Boleh juga aku mendapat pengetahuan am. Hehehe!

Arbaie kembali bujang la ni. Hehehe!

12:56 PM, January 25, 2008  
Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah
tahniah la bad...
happy je baca stori ko
hehe..
mmm..
congrates again!
by me & family

3:25 PM, January 27, 2008  
Anonymous Anonymous said...

congratulation boss!!!
ko dh lebey dr aku.. kene pk balik nih.. ;)

9:54 PM, January 27, 2008  
Blogger Neeza Shahril said...

salam kenal. tahniah dah ada 3's stooges. heheheee.. best kan dapat honorship potong tali pusat. My husband tak pernah rasa sebab all my kids lahir ikut tingkap.. walaupun at first nak lahir normal. nak buat camne kan... :)

8:23 AM, January 31, 2008  
Blogger JBM8141 said...

bp,
Thanks, lepas Sarjan, Staff Sarjan la. Duduk sorang-sorang ni, sepi pulak rumah rasanya heheh..

Nana,
Thanks, kau pun...tahniah walaupun dah lambat sikit hehe. Ada orang Nokia offer aku keje kat sinun... menggoda sungguh tawaran ni...

Intan,
Thanks. Jangan 'pk balik', tapi 'balik dan jgn pikir2 lagi'...

Neeza
Thanks for visiting. wehehe my wife tak nak ikut tingkap. For me, tak kisah la mana2, janji selamat.

8:49 PM, February 03, 2008  

Post a Comment

<< Home