Friday, June 30, 2006

Right place at the right time - takdir

Tengahari tadi, seperti biasa ada majlis ilmu di masjid sebelum solat Jumaat. Ustaz Anuar Ridwan Zakaria. Kelakar dan selamba. Tapi yang lebih penting ialah apa yang ingin disampaikannya. Aku tak tahu apa tajuknya tapi yang pasti, Allah menggerakkan aku makan cepat2 dan pergi ke masjid lebih awal. Kandungannya berkenaan dengan menguruskan anak yang baru lahir dan membesarkan anak. :D.

Antara isinya ialah
1. Mentahnik ('membelah mulut anak dengan makanan yang manis) dan meminta doa dari orang yang saleh
-Jangan suruh artis yang mentahnikkan anak tu, Ustaz Anuar memberi amaran.

2. Mencukur rambut

3. Memberi nama
-Tiada nas yang mengatakan memberi nama Muhammad/Mohd kepada anak lelaki adalah sunnah. Nabi Muhammad SAW sendiri tidak meletakkan nama Muhammad kepada anak-anak dan cucu-cucunya. (Menjawab persoalan dalam diri aku ketika memikirkan nama anak aku yang kedua ini)
-Jangan suka-suka memberi nama gabungan kepada anak. Sebagai contoh, nama suami Yahya dan nama isteri Mahani. Nama anaknya? Yamaha. (Ustaz ni memang lawak)

4. Akikah. (aku merancang untuk melakukan akikah, seekor di kedah dan seekor di Johor)

5. Berkhatan.
-Khatankan anak-anak lelaki semasa mereka masih bayi. Jangan ikutkan pandangan orang-orang yang kesiankan bayi itu. Menurutnya, lebih senang diuruskan sekiranya berkhatan masih kecil. (Yup, mungkin aku akan ikut. Tunggu dia besar sikit, 3,4 bulan ke)

6. Mengajar tauhid dan mengukuhkan akidah dari kecil lagi dengan cara yang mudah, jangan gunakan falsafah kepada kanak-kanak. (aku tak ingat frasa tepat yang diberikannya tadi)

7. Sembahyang
-Pukul lah jika mereka tidak mahu sembahyang ketika umur 10 tahun. Jangan mula nak pukul anak ketika umur 20 tahun. Kenapa? nanti kita kena pukul balik, kata Ustaz Anuar.

Banyak aku dapat dari kuliahnya tadi. Walaupun ini anak kedua, tapi sebagai manusia, aku perlu selalu diingatkan seperti kereta yang perlu dibuat alignment dan balancing dari masa ke semasa.