Sunday, November 26, 2006

Mari Menonton Filem

Alien, Predator, Species, Battlefield Earth, E.T. The Extra-Terrestrial, Evolution, The Fifth Element, Star Wars, Galaxy Quest, Independence Day, Men in Black, Star Trek, Starship Troopers, The War of the Worlds, Roswell...

Ini adalah senarai filem-filem dan drama fiksyen sains yang hebat-hebat, kecuali Battlefield Earth. Gagal di pasaran. Ada lagi filem lain yang hebat tapi aku tak terfikir, banyak sangat. Yang pastinya, teknologi yang ditunjukkan dalam filem-filen berkenaan amat hebat. Hero dan heroin pun kacak, cantik, bijak atau gagah perkasa, kecuali Galaxy Quest. Dan tidak lupa kepada makhluk asing yang ditampilkan, ganas, berbahaya danmisteri, kecuali Galaxy Quest.

Aku bukan hendak mengulas mengenai betul atau tidak wujudnya makhluk-makhluk pelik dalam alam ini, lihat sahajalah ke dalam Dewan Parlimen kita, sudah cukup pelik. Aku juga bukan hendak mengakui kehebatan manusia berimaginasi sehingga menghasilkan filem-filem tersebut, tetapi lebih kepada keterbatasan pemikiran manusia yang ditampilkan. Hah, terbatas kata kau? Piring terbang gergasi (Independence Day), darah asid (Alien) dan sifat halimunan (Predator), masih terbataskah itu?

Ya. Setiap konsep makhluk asing yang dicipta oleh manusia di dalam filem mengambil bentuk dari makhluk-makhluk yang sedia ada dalam alam ini. Hmm, aku rasa 'setiap' lah. Aku bukannya pernah menonton kesemua filem yang menonjolkan makhluk asing. Para pengarang filem tersebut mengambil sistem biologi manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan, mengubah dan menambah sana sini, gabung atau kurang, dan jadilah makhluk asing yang digeruni. Selain mengambil sifat biologi yang sedia ada sekalipun, mereka menggunakan konsep kehidupan yang telah sedia ada dalam alam ini. Melihat, mendengar, beranak, makan, berdarah, memegang, berdiri...

Sebelum kau semakin bosan, baik aku nyatakan secepat mungkin. Manusia tidak mampu mencipta alam baru. Apa yang mereka fikirkan, telah pun wujud dalam alam ini. Mereka sangkakan mereka mampu memberi kehidupan kepada ciptaan-ciptaan mereka. Tetapi apa yang mereka cuba cipta itu hanyalah hakikat kehidupan yang telah sedia ada. Maka tidakkah mereka mahu mengaku bahawa ada Pencipta yang Maha Berkuasa?

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
Yaasin:81
******
Gambar-gambar di Kota Singa .

Thursday, November 09, 2006

Selamat

Selamat Hari Raya. Masih boleh diucapkan, bukan?

Hari raya tahun ini, aku rasakan seakan lain dari tahun-tahun biasa. Pertamanya, aku sedih bila menjelang malam raya kerana Ramadhan telah sampai ke penghujung. Hah, macamlah baik sangat. Kau tahu mengapa aku sedih? Kerana aku betul-betul tidak merasa gangguan syaitan sepanjang bulan Ramadhan. Aman. Oh di Malaysia lah. Dan apabila tiba malam raya, bisikan-bisikan itu mula kelihatan. Dan selama 11 bulan seterusnya, perjuangan menentang syaitan di dalam hari dan fikiran terus berlangsung sehingga tiba Ramadhan yang akan datang.

HA tengok... baru aku nak update blog ada je masalah yang datang. Ada alarm kat Mobile Switching Server aku...