Sunday, February 19, 2006

Burrpp....

Sewaktu di dapur hujung minggu lepas, aku terkenangkan mak, ayah, isteri dan anak aku yang jauh di kampung. Aku rindu masakan mereka, rindukan gelak tawa mereka sewaktu di dapur. Aku dah tak tahan. Mata aku mula bergenang dengan air mata. Lama kelamaan empangan yang ku tahan selama ini pecah, melimpah laju. Aku tak mampu menahan air mata ini dari terus mengalir. Aku tak mampu berlakon, berlagak macho depan Apeng, biarlah, aku ni manusia biasa. Sememangnya aku tak mampu menahan kepedihan yang semakin hebat. Ia menghiris tajam, membelah satu persatu. Aku menutup mata, tak kuasa lagi untuk melihat. Setelah selesai memotong bawang 5,6 biji tu, cepat2 aku campak dalam kuali, Apeng terus mengambilalih tugas menggoreng. Aku basuh tangan dan keluar ambik udara, bersihkan mata. Dulu time aku potong bawang kat Malaysia, takde la pedih sangat mata aku macam ni. Bawang kat sini lain spesis ke? Sedih? bukan la, aku kata kepedihan, bukan kesedihan.

Selepas ni, kalau setakat buat nasi goreng cina atau nasi goreng ayam tu, kacang je la. Setakat lauk-pauk sayur ni, huh, jangan takut, yang, abang masak lepas ni. Kalau ayang penat kat sekolah, ayang duk je rehat, abang keluar beli makan, eh, abang pegi dapur masak untuk ayang dan anak2. Sebelum ni, aku cuma tahu masak air, tak pernah gagal. Seronok jugak memasak ni. Lebih kurang sama seronok dengan godek motor atau pc, repair printer, repair lampu dan lain-lain tugas merepair. Seronok melihat sesuatu itu jadi. Of course lah dengan izin Allah. Lepas ni kalau balik malaysia, aku nak beli rempah nasi goreng adabi banyak2, dan jugak ikan bilis. Kat sini ikan bilisnya besar2, sebesar jari manis aku. Dah takde rupa ikan bilis, ngeri jugak aku nak makan.

Tapi kalau nak masak yang berat2, aku serah kat PD la. Dia lagi mahir. Lagi satu kat sini, tukang masak yang hebat2 semuanya lelaki. PD, Hj Chef, Hj NMC, Uncle Mus, sekadar menyebut beberapa nama. Persamaan antara mereka, semuanya tak bawak isteri datang ke mari. Jadi, kepada kaum wanita, jangan perkecilkan suami2 anda kalau mereka malas ke dapur. Pujuklah mereka dengan suara yang manja dan perkataan yang menggoda, bahawa anda ingin merasa masakan mereka. Mungkin mereka mempunyai bakat sehebat chef wan. Jangan kutuk kalau tak sedap, tapi berikanlah bimbingan dan panduan. Tapi jika mereka mendiamkan diri sambil muncung semakin panjang, telinga semakin merah dan hidung kembang kempis sewaktu anda meminta mereka memasak, lupakan je la sebelum mereka bertukar menjadi tapir. Dorang memang buta sudip (boleh terima ke simpulan bahasa ni?).

*start mid Januari, aku dah tak duduk hotel. Aku dah dapat rumah dengan Apeng dan PD.*

Sunday, February 05, 2006

The Blast from the Past

"Good Riddance (Time Of Your Life)"

Another turning point, a fork stuck in the road
Time grabs you by the wrist, directs you where to go
So make the best of this test, and don't ask why
It's not a question, but a lesson learned in time

It's something unpredictable, but in the end it's right.
I hope you had the time of your life.

So take the photographs, and still frames in your mind
Hang it on a shelf in good health and good time
Tattoos of memories and dead skin on trial
For what it's worth it was worth all the while

It's something unpredictable, but in the end it's right.
I hope you had the time of your life.

-Greenday-

Thursday, February 02, 2006

Tension? Tengok National Geographic.

Pagi tadi satu persoalan timbul di benakku. Binatang apakah yang pada kebiasaannya mempunyai usia yang panjang berbanding dengan binatang lain? Jawapannya, kura-kura, ikan paus, ular sawa, buaya, orang utan...

*******************
Findings
Elephant 70
American Box Turtle 123
Galapagos Land Tortoise 193
Camel 50
blue whale 80
bowhead whale 200
Gorilla 55 (average 20 years)
http://www.tesarta.com/www/resources/library/lifespans.html
http://www.canongate.net/Lists/Animals/MaximumRecordedLifespanOf58
*******************
Apa persamaan antara mereka ni? Hehehe, mereka menjalani hidup mereka dengan tenang. Rata-rata aktiviti mereka dilakukan dengan slow and steady. Jarang sekali mereka marah2 macam singa. Itu pandangan aku lah. Jadi, kalau nak umur panjang, bertenanglah. Relax, buat sesuatu dengan teratur dan sabar, macam buaya menunggu mangsa di tepi sungai. Kalau berjalan, jalanlah dengan tenang, macam gajah berlenggang. Kalau kena kutuk ke apa ke, buat tak tau je macam orang utan kena kutuk sebab tak gosok gigi(tapi perbaiki la dalam diam2 tu, kalau perlu diperbaiki). Bukanlah satu jaminan bahawa umur kita pasti panjang kalau hidup dengan tenang, tetapi insyaAllah kita sihat sehingga tiba waktu yang dijanjikan. Maybe ada orang tak suka ambil binatang sebagai contoh. Ingatlah, Allah menghantar gagak untuk mengajar kita cara menanam mayat.

Tapi tang amalan dan akhlak tu janganlah ikut binatang. Nabi Muhammad kan ada.