Thursday, August 24, 2006

Perang yang lagi satu

Aku pernah bertanya kepada isteri aku, sewaktu perang Teluk kedua baru meletus. "Kalau perang sampai ke Malaysia, nak lari ke mana? Kedah atau Johor?" tanya aku. Isteri aku terdiam. Biasanya laju sahaja dia menjawab walaupun pendek. Dia memang suka menjawab hahaha. Tapi kali ini dia terdiam.

Mungkin tak pernah terfikir akan sampai perang ke Malaysia. Mungkin dia terbayang bagaimanakah ingin mengkelek (?) anak yang masih kecil (Balqis, pada waktu itu) naik lori yang penuh dengan muatan, seperti yang selalu dilihat di kaca televisyen. Di manakah ingin mencari susu kalau pasaraya habis dibom? Apa yang hendak dilakukan kalau anak-anak menangis kelaparan? Memang isteri aku serba salah hendak menjawab. Tak tahu hendak lari ke mana.

Aku? Aku akan hantar mereka ke arah yang berlawanan dengan arah datangnya musuh. Jika Malaysia diserang dari selatan, ke utaralah mereka akan pergi. Kalau datangnya musuh dari utara, ke selatanlah mereka akan pergi. Yang penting, tempat yang selamat untuk mereka. Hantar mereka? Ya, hantar mereka. Itu tanggungjawab aku memastikan mereka selamat.

Aku? Selepas itu aku akan pastikan mereka betul-betul selamat.

Bagaikan realiti
Jatuh bangun kerajaan dunia
Dan semua mengejarnya
Atas nama kemajuan
Perang tak boleh dielakkan
Hari ini atau esok
Pasti berlaku

-Mohamad Nasir Mohamad, 1993-

*********

Siapa yang tak sedih melihat gambar-gambar anak-anak yang tak berdosa, yang jadi mangsa korban perang? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak yang masih kecil. Setiap hari dapat melihat anak-anak berlari keriangan, ketawa dan tersenyum jujur yang tidak pernah menipu. Datangnya perang, dan mereka menjadi kaku, tidak bergerak diselaputi debu. Tiada lagi gelak tawa, yang tinggal hanya sayu.

Aku? Mereka masih hidup. Aku melihat mereka sedang berlari-lari. Dengan pakaian mereka itulah. Aku yakin, mereka sudah pun selamat. Mereka akan bergembira dengan kegembiraan yang kekal abadi. Tiada lagi peluru yang menghujani, tiada lagi bom yang menggegarkan bumi. Di tempat mereka sekarang. Mereka boleh makan dan minum, tiada lagi perut yang kembung, tiada lagi mata yang cengkung.

Kalau kau tak percaya, lupakan sahajalah.

Tuesday, August 22, 2006

Nak bersuara jugak

Aku pun nak komen jugak, walaupun terlambat. Apa yang berlaku kepada mereka yang mengidap Obsessive Compulsive Disorder (tidak mampu menahan diri dari menggunakan bahasa Inggeris) di dalam hal berbahasa ini adalah lambang kegagalan fungsi kekeluargaan dalam mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa Ibunda di kalangan orang-orang Melayu. Salah mak bapak lah senang cerita. Dah cukup. Yang lain, baca sahajalah Faisal Tehrani punya ulasan dan pautan-pautan yang ada di blognya.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bila nak bertukar singkatan?

*****
Tahukah anda, ada satu hari di dalam kalendar negara Bangladesh, negara dunia ketiga yang anda selalu perkecilkan itu, yang dipanggil Hari Syahid, yang juga dikenali sebagai Hari Revolusi Bahasa? Perjuangan ini bermula apabila Kerajaan Pusat Pakistan mengumumkan bahasa Urdu, yang hanya digunakan oleh segelintir golongan elit di Pakistan Timur (nama lama bagi Bangladesh), sebagai bahasa rasmi Pakistan. Rakyat berbangsa Bengal ini bangkit dalam perjuangan berdarah pada 21 Februari 1952 yang memakan korban yang bukan sedikit. Perjuangan ini seterusnya menjadi titik tolak kepada pergerakan kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil keputusan untuk memilih 21 Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa.

*untuk berlaku adil, rakyat Bangladesh mempunyai tahap kesensitiviti (bahasa melayu? kepekaan?) yang amat tinggi. Sekiranya bekalan tenaga elektrik terganggu dan menghalang mereka dari menonton Piala Dunia, itu sudah cukup untuk mereka mengamuk dan menyerang sesiapa yang bertanggungjawab membekalkan tenaga elektrik kepada mereka.

Kerajaan selalu mengatakan, rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dapat tinggal dalam negara Malaysia dan mempunyai kerajaan seperti kerajaan Malaysia. Aku berpendapat kerajaan Malaysia dan menteri-menteri sepatutnya bersyukur dapat rakyat seperti rakyat Malaysia. Kalaulah rakyat kita ini seperti rakyat Bangladesh, bak kata kawan aku, lari malam menteri-menteri di Malaysia agaknya!

****
Sudah seminggu aku berada di tempat yang bernama Berharga Mentega (huh?). Dan dijangka terus berada di sini untuk 3 minggu lagi. Banyak kabel yang hendak ditarik.

Tuesday, August 08, 2006

Dari Luar Kotak

New NE to be installed in KLIA. Might be busy for 2 or 3 weeks. Lots of cables to be pulled.

****
Stesyen LRT Putra Ampang Park. Tak ingat bila.

Aku sedang menyeberangi Jalan Ampang (err, 'menyeberangi' bermaksud 'pergi ke sebelah sana', kan? tak kisah samada lalu di atas atau di bawah?) melalui laluan bawah tanah, dan seperti biasa banyak promosi bergerak di situ. Seorang pemuda cuba menahan 'Bang, abang dah ada kredit kad? Kami sedang...'. Secara spontan, aku mengangkat tangan, dengan 5 jari yang terbuka untuk menyampaikan mesej 'Tak apa, terima kasih'. Tapi mungkin dia bodoh, atau lembab ataupun dia sememangnya seorang yang berfikir lain dari yang lain, dia membalas 'Oh, abang dah ada 5 kredit kad eh? takpe la'. Ha ha ha dalam hati aku mula-mula marah sebab dia betul. Aku ada 5 kredit kad masa tu. Tapi jadi sejuk sebab jawapan dia unik.

Lepas ini kalau ada yang menahan aku untuk mempromosikan kad kredit, aku nak tunjuk tanda 'Peace'. Dan tak mungkin aku menunjukkan penumbuk kepada mereka kerana penting jugak kredit kad ini kalau kena pergi bertugas luar kawasan.

Thursday, August 03, 2006

Cintai bahasa anda

Semalam, sewaktu sibuk berpindah ke ofis baru di PJ (Putra Jaya? Petaling Jaya? Parit Jawa?) aku terima panggilan dari isteri aku, Yan, yang masih bercuti di rumah.

isteri: Abang, nak tanya something ni
Aku: haa, apa dia?
isteri: Jawab jujur eh, jangan tipu.
Aku: Haa ye laaa...
Isteri: betul abang tak ada perempuan lain? (suara dah sebak)
Aku: alahai.... (tengah2 penat tengahari ni boleh terima soalan camni) Takde laaaaaa....
Isteri: Betul ni?
Aku: La ila ha illallah... tak ada laaaaaa
Isteri: abis ni siapa Baiti ni?
Aku: Huh, Baiti?
Isteri: Ni Yan jumpa dalam buku tulis abang ni... Loan Yan, Loan Aku, Loan Baiti... sapa Baiti ni??!?!?!
Aku: Hah? Laaa tu skim Pinjaman bank Islam laa. Loan rumaaahhhh........
Isteri: Ye ke ni? jangan tipu.
Aku: Alaaaaahaiiii..... baiti tu kan cakap arab, maksudnya rumahku....
Isteri: Mana la tau... ada jugak orang nama Baiti...
Aku: *&#(*&%@#^@^#@*^#!!!!!!!!

Dialog seterusnya tak perlu dipaparkan kerana hanya mengulang-ulang ayat yang sama sehingga disconnect.