Thursday, January 03, 2008

new GREGORY year, new HOUSE

Aku tak pernah merayakan kedatangan tahun baru. tak pernah. Ia bukannya suatu perayaan. Lebih-lebih lagi tahun ini. Aku lebih menantikan kedatangan ahli keluarga baru.

Tetapi ada sesuatu yang menjadikan aku lebih bersedia dalam tahun 2008 ini. Sesuatu yang besar untuk aku dan keluarga, mungkin kecil untuk orang lain. Sejak 6 tahun lepas aku dan isteri telah berpindah rumah sebanyak 3 kali. Awal perkahwinan, kami menyewa di Taman Balakong Jaya, dekat dengan UPM untuk isteri aku berulang alik ke kelasnya. Waktu itu, taman ini seakan-akan pulau, di kelilingi rumah setinggan, hutan di satu bahagian dan tanah merah lapang di satu bahagian lain. Dan aku antara penghuni awal taman itu. surau pun menumpang di pejabat pemaju. Sekarang, aku rasa dah ada pam minyak di situ.

Sejurus selepas Balqis Hani lahir (dia lahir seminggu selepas isteri aku selesai peperiksaan akhir semester di semester terakhir), kami berpindah ke Bandar Country Homes, Rawang, menumpang ehsan di rumah abang aku. Ye la, isteri belum bekerja, aku cuma penarik kabel. 2 tahun kami tinggal di situ, aku mendapat tawaran bekerja di TM International Bangladesh. Ketika aku di sana, isteri aku menguruskan perpindahan kami ke Kampung Sungai Pencala sewaktu mengandungkan Bazli Hadi. Sehinggalah hari ini kami tinggal di sini, tempat yang aku rasa tak nak pindah ke mana-mana kalau aku diberi pilihan. Faham-faham je la kan, suasana kampung. Jiran-jiran semua kenal satu sama lain. Surau belakang rumah aje. 2,3 hari tak nampak muka (hari-hari balik keje lepas maghrib) pasti kena tegur 'lama tak nampak'.

Tapi adat orang merantau.

Kajang Pak Malau, Kajang berlipat,
Kajang hamba, mengkuang layu,
Dagang Pak Malau, dagang bertempat,
Dagang hamba, musafir lalu...

Aku perlu cari rumah sendiri untuk isteri dan anak-anak aku berteduh. Itu yang penting, rumah sendiri (walaupun buat pinjaman kat bank, secara praktikalnya, rumah sendiri la). Kalau aku mati dahulu, dari segi duniawi, sekurang-kurangnya mereka dah ada rumah tempat berteduh. Jadi, aku telah pun membeli sebuah rumah di Bangi. Aku baru sahaja menelefon pihak pemaju, dah 80% siap. Sebulan dua lagi mungkin siap 100%. Tapi, aku takkan pindah terus. Banyak lagi perkara yang perlu diuruskan. Kesimpulannya aku memilih untuk berpindah hujung tahun ini, sewaktu cuti sekolah yang panjang. Senang untuk aku menguruskan perpindahan dan isteri aku tidak perlu mengambil cuti. Lagi satu, aku mahu masuk rumah secara rasmi pada bulan Muharram 1429 (pembetulan:1430 sebenarnya hehe). Tahun baru Hijrah, semoga penghijrahan aku membawa rahmat.

2008. Tahun berhijrah. Semoga berjaya.

3 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Selamat berhijrah bang!

Betul. Kata orang, buruk-buruk pun rumah sendiri.

Bangi belah mana weh? Mana tau, kalau aku lalu-lalu nanti boleh singgah sekali. Hehehe!

11:08 AM, January 03, 2008  
Blogger JBM8141 said...

Aku kat seksyen 7 la. dekat dengan tol Kajang dan tol Bangi. Boleh, kalau agak-agak letih baru balik dari muor tu, singgah le ngorok sejam dua.

5:24 AM, January 07, 2008  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tau, tau , tau. Ada seorang kawan aku tinggal situ. Rumah dia depan sekolah.

1:34 PM, January 07, 2008  

Post a Comment

<< Home