Sunday, February 03, 2008

Tie Your Camel And Pray

Hari tu bayi kecil dah masuk wad sebab jaundice. Pada hari ulangtahun kelahiran aku mengikut tahun masihi, dia masuk wad lagi. Kali ini demam. Doktor dah ambil darah dan x ray. Dua-dua OK. Tapi punca demam masih tak diketahui.

Aku berdoa pada Allah. Orang kata, antara doa yang dimakbulkan ialah doa orang yang kurang dosa (nabi dan rasul je yang maksum). Aku pun mengajak dan mengajar Balqis berdoa.

'Balqis, Balqis sayang tak kat baby?'

'Sayang.'

'Kalau sayang, doa la pada Allah supaya baby sihat dan boleh keluar hospital.'

'Hmmm OK'

'Ikut ayah eh.'

'Hmmm OK.'


'Ya Allah, Ya Tuhanku...'

'Ya Allah, Ya Tuhanku...'

'Sembuhkanlah Batrisya Huda...'

'Sembuhkanlah Batrisya Huda...'

'Jadikanlah dia sihat walafiat...'

'Jadikanlah dia sihat walafiat...'

'Dan jauhkanlah dia...'

'Dan jauhkanlah dia...'

'dari sebarang penyakit...'

'dari sebarang penyakit...'

'Amiinnnn...'

'Ayah!!!'

'Huh, kenapa?'

'Amin tu kawan saya kat sekolah la...'

Haiiyyaa...


Alhamdulillah, esok harinya Batrisya Huda (yup, tu nama anak ketiga aku) dibenarkan keluar dari hospital. Dan tadi, isteri aku memberitahu beratnya kini dah 4.1 kg.

Dan jangan bawa anak anda ke kedai nombor ekor. Haram.

****************************

Pagi Khamis lepas.

Abg Meor menjerit memanggil aku dari tempat Sham, bos kami. "Bad! Mari sini!" jeritnya. Aku pergi ke tempat Sham, cuba meneka apa tujuan mereka panggil aku. Abg Meor tersenyum melihat aku sampai. "Bad, aku nak kau pergi Perda, boleh tak?" tanya Sham, juga tersenyum. Perlu ke aku jawab? Mereka tahu isteri aku sedang berpantang di Baling. Sepatutnya Abg Meor yang pergi ke sana. "Berapa lama, Sham?" tanya aku. "3 minggu," jawab Sham sambil menerangkan skop tugas aku di sana.

Hehehe, ini namanya ketam cina dalam tong. Abg Meor malas keluar outstation jauh-jauh, aku pulak tak perlu ambil cuti banyak-banyak dan memeningkan kepala merancang untuk berulang alik KL-Baling. Jadi, aku akan berada di Baling/Perda dari Raya Cina ini sampai la hujung bulan 2. Abg Meor pulak akan ke Kepong, cukup dekat dengan rumahnya di Kota Damansara. Alhamdulillah.

8 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Lawak la si Balqis tu. Hehehe! Batrisya Huda , indah nama itu.

Agaknya dia pun faham. Langkah kanan la kiranya ek

10:36 AM, February 05, 2008  
Anonymous Anonymous said...

batrisyia.. bijak.. samer laa namer anak kiter.. :)

kem salam kat abg meor yer.. tny dia, masih igtkah pada aku? hehehe

3:18 PM, February 05, 2008  
Blogger JBM8141 said...

bp, bos aku tu pun org muo gak. org sg mati. super senior HSM hehehe...

intan, yup, nama tu pilihan ibu dan kakak dia. aku sokong aje selagi lebih pendek dari nama aku. abg meor cakap waalaikumsalam. dia mintak no telefon kau. aku bagi blog address kau.

12:59 PM, February 20, 2008  
Blogger JBM8141 said...

hah intan, nora switch operation yg selalu pass cdr kat kau pun kem salam...

1:02 PM, February 20, 2008  
Anonymous Anonymous said...

anak-anak jadilah juara..

6:49 PM, March 07, 2008  
Blogger dinoor said...

weh bad, anak hg sihat dah kaa... bini dah abis pantang la kut noo, bulan 4 dah ni....

hg kira melompat sakan la ni no....muahaa...

12:24 PM, April 22, 2008  
Blogger fajar said...

bang, update la weii!

3:43 PM, May 20, 2008  
Blogger Adun Karamba said...

apa nih, meh kasi aku password, biar aku update

8:19 PM, July 04, 2008  

Post a Comment

<< Home