Sunday, September 14, 2008

Shaking Da Ground...

Semalam aku mimpi ayah aku marah aku. Marah betul-betul. Rupa-rupanya lepas subuh tadi Abg Din, abang iparku telefon. Ayah nak bercakap dengan aku rupanya. Dia risau sebab dengar Khamis lepas ada gempa bumi kat Iran, dan ikut berita gegarannya rasa sampai ke UAE. Yup, memang rasa sampai ke Dubai. Aku sangkakan aku pening kepala, sebab puasa dan keadaan panas melampau di luar+sejuk melampau di dalam pejabat. Meja, kerusi dan partition aku bergoyang. Macam aku cakap, ingatkan pening kepala. Rupa-rupanya rakan sepejabat semuanya rasa. Bos aku angkat notebook dia dan terus keluar. Hampir seluruh umat Academic City keluar dari bangunan aku rasa.

Tapi sebagai x-Celcom HQ, pada aku setakat bangunan goyang ini perkara biasa. Kalau ada gempa bumi di Indonesia, hampir pasti Menara Celcom di Jalan Semarak dan Wisma Celcom di PJ turut bergoyang. Nak baca cerita lagi best? Baca berita ni. Dan baca blog Isti ni. Petanda tu, Isti. Tu petanda bahawa sudah sampai masanya. Sudah sampai masanya kau kahwin. Iye la, kerja, kerja jugak. Merantau, merantau jugak. Rugi.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

assalamualaikum silence,

salam ramadhan. semoga berada dalam sejahtera dan lindungan Allah selalu hendaknya.

mana-mana pun kita berada, apa pun yang kita lakukan, sememangnya kita jauh dari kesempurnaan. yang mampu kita usahakan ialah berusaha melakukan yang terbaik, dan semoga kelak hasilnya adalah yang baik-baik belaka walaupun tidak sesempurna mana.

Aurorans miss u. Harap satu hari kita kembali 'bergandingan' dalam 'perjuangan' ini.

Selamat berpuasa, jaga diri di tempat orang. All the best.

p/s: rajin2 apdet blog okeh, always love what you wrote... huhu...

4:45 AM, September 16, 2008  
Blogger Adun Karamba said...

bad, aku dah balik KL,,best bad ,,aku dpt makan pulut panggang, ayam percik,nasi kerabu,nasik dagang,otak-otak, ishhh..sedap gila tuh

10:06 AM, September 19, 2008  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Bila-lah kau nak update ni bad....

12:10 PM, June 08, 2009  
Anonymous Anonymous said...

I loved as much as you'll receive carried out right here. The sketch is attractive, your authored material stylish. nonetheless, you command get got an shakiness over that you wish be delivering the following. unwell unquestionably come more formerly again as exactly the same nearly a lot often inside case you shield this hike.
My web-site ... skin lightening cream

7:13 AM, January 06, 2013  

Post a Comment

<< Home