Friday, June 30, 2006

Apa ada pada nama

Antara yang menarik ketika menguruskan anak yang baru lahir ini ialah ketika menentukan namanya. Hampir semua orang tahu yang nama adalah penting.

Bagaimana dengan sejarah nama aku? Mak aku mencadangkan nama aku mengikut nama seorang DJ radio popular sekitar 1976-77. Huh? Kemudian, pakcik aku, yang merupakan seorang yang amat dihormati dan sering menjadi rujukan adik beradiknya mengenai isu-isu kekeluargaan, menghantar surat (mana ada email atau sms waktu itu) dan memberikan dua nama untuk mak aku pilih. Salah satunya sama dengan nama pilihan mak aku. Maka bernamalah aku dengan nama Badrul Hisham.

Untuk nama anak aku ini, aku tak la pilih ikut artis atau mana-mana selebriti. Selebet jadinya nanti. Jadi aku dan isteri aku telah pun menyenaraikan beberapa nama sebelum kelahirannya dahulu. Sebelum dan sebaik sahaja dia dilahirkan, rakan-rakan aku juga mencadangkan beberapa nama. Aku bersyukur kerana mempunyai rakan-rakan yang amat prihatin dan mengambil berat. Berikut adalah cadangan-cadangan mereka.

Drobga -Radzi
Sinchan Alfonso Torres - Hamid
Sheikh Shakapurrahman Islam Al-Baridhara bin Badrul Hisham Chowdury - Apeng (mandai2 ko tambah
chowdury kat ujung nama aku ek
)

Wan MK bagi cadangan
Kalau Lelaki:
1. Mohd Sendijins bin Badrul (sempena nama Presiden Kembang)
2. Alamghir Hossain Chowdury Khan bin Badrul (sempena nama pegawai kat kedutaan Bangladesh di KL)
3. Saifurrahman Al-Mamun bin Badrul

Kalau perempuan, ada 2 nama aje yang sesuai:
1. Khaleda Zia binti Badrul (sempena nama Perdana Menteri Bangladesh sekarang)
2. Sheikh Hasina binti Badrul (sempena nama Ketua Pembangkang Bangladesh)

Tuan Presiden Kembang, Sendijin bagi cadangan sempena pengumuman aku menyokong TnT dalam world cup
1. Dwight York Bin Badrul
2. Shaka Hislop Bin Badrul

Semua cadangan diterima tapi satu pun tak boleh pakai. Saudara mara pun ada jugak mencadang dan meneka, dan kakak aku meneka paling hampir, Basri Hadi.

Ok, nama anak aku yang kedua ialah Bazli Hadi. Kebijaksanaanku, Petunjukku. Mudah-mudahan.

*nanti le aku masukkan gambar dalam fotopages... berterabur la sekarang...