Wednesday, May 24, 2006

Selamat Hari Lahir to Pat King Cool (tiada kena mengena dengan Nat King Cole)


****
Mesej ini sepatutnya dibaca pada 26 Mei 2006. Aku jangkakan aku tiada kemudahan internet pada 26 Mei ini. Jadi, kepada yang berkenaan, baca dan cuba sampaikan maksud kepada otak hanya pada 26 Mei 2006.
****

LOTR was originally published 1954-55 and Tolkien (1892-1973) was 62 at that time.

Sir Arthur Conan Doyle (1859-1930) took 40 years to complete the Sherlock Holmes series. He was 68 years old when the last of Sherlock series was published.

C S Lewis (1898-1963) wrote Narnia between 1950-1956… he was 52 when the first installment of Narnia hit the market.


Ahmad Patria Abdullah started the Saga Artakusiad series when he was 17 years old and at the age of 36, he wrote Legenda Numerius, the 7th installment of Saga Artakusiad and aaa… The story tak abis lagi and he is still healthy and productive… hehehe….

Alaa….. muda lagi laaaaaaaa…. Banyak lagi boleh tulis…….

SELAMAT HARI JADIIIIII
SELAMAT HARI JADIIIIIIIII
SELAMAT HARI JADIIIIIIIIIIII
SELAMAT HARI JADIIIIIIIIIIIIIII

Semoga Allah menambahkan iman, memurahkan rezeki, melimpahkan rahmat, menyiramkan bahagia untuk Abg Pat sekeluarga…dan mencurahkan idea tak bertepi untuk Saga Artakusiad.

(Keterangan Gambar: 2 orang bakal pembaca Saga Artakusiad sedang beraksi dan orang yang diraikan berada di belakang tu. Gambar Ihsan:... Sempoii ke Elaira??? Aku tak ingat)

Honey, Happy Anniversary... Abang kat luar pagar sekolah ni

Khamis lepas. Pejabat MAS.

Aku duduk di hadapan kaunter. Gadis Bangla yang cantik manis itu membeliakkan matanya. Kepala hotak. Adakah itu bermakna 'Boleh saya bantu anda?' ? Aku terus memberitahu niat aku untuk membeli tiket Dhaka-KL pergi balik. Dia bertanya 'Do you have the ticket, sir?' Urgh, apa ni? Kalau Syafiq ada di situ, pasti aku tanya 'orang baru ke ni?'. Syafiq adalah orang kuat MAS di Asia Selatan. 'I want to buy ticket,' ulang aku lagi. Nasib baik gadis di sebelah, yang cantik jugak dan senior di situ, menerangkan kepada gadis blank+clueless di hadapan aku ni. Barulah urusan lancar tetapi...'sir, flight on 26th May is full, sir,' katanya. Huh, ramai jugak rakyat Malaysia di Bangla ini. Cuti sekolah dan segala-galanya penuh. Mudah sahaja, undur sehari dan penerbangan pulang aku ialah 1.20 pagi 25 Mei dan tiba pada 7.20 pagi 25 Mei waktu Malaysia.

Selepas keluar dari pejabat MAS, aku berfikir-fikir. 25 Mei. 25 Mei. 25 Mei.

Baru teringat. Hari ulangtahun perkahwinan kami ke 4. Perlukah aku belikan hadiah yang lain dari kepulangan aku walaupun hanya untuk seminggu? Tengok la kalau rajin.

*isteri aku masih menyangka aku akan pulang pada 26 Mei. Mintak-mintak dia tak keluar dari sekolah dia pagi esok. Surprise!!! Sesiapa ada kotak sebesar manusia dan spring sebesar tapak kaki???

**isteri aku baru dapat tunggakan gaji selama 5 bulan semalam. Barang pertama yang dibelinya adalah beg tangan Bonia. Ye la, duit dia. Aku tak leh cakap apa2 kan? Kalau dia mintak aku belikan lagi selepas ini, aku belikan beg plastik Jalal je la. "itu je yang abang mampu, yang".

***Dulu, seminggu selepas Balqis dilahirkan, aku dapat tunggakan kenaikan gaji. Sekarang, sebulan sebelum adiknya dijangka lahir, isteri aku mendapat tunggakan gaji. Segala puji bagi Mu, ya Allah. Semoga Engkau berterusan melimpahkan rahmat, kebahagiaan, kesihatan dan kasih sayang kepada kami sekeluarga... tak kira gaji naik atau tidak.

Kembang Tak Terhalang



Haaa... sekarang Kelab Malaysia Bangladesh dah ada internet group. Ini semua adalah idea Isham, seorang yang paling banyak bertanya kalau ada majlis tazkirah. Banyak idea dia ni. Jadi, untuk sesiapa yang ingin ke Bangladesh, mencari peluang perniagaan, dihantar bertugas, melancong atau mencari saudara mara (ini bukan lawak, ramai wanita Malaysia yang terpikat dengan Mat Bangla dan ada yang sanggup tinggal suami tauke kaya raya dan datang ke sini... akhirnya, tipah tertipu), silalah berkunjung ke group kami ini. Nama group ini ialah Kembang. Huh? Kembang? murninya nama. Kembang adalah singkatan kepada Kelab Malaysia Bangladesh. Boleh la, dah guna lama sebelum kami datang sini. Akan datang, bermacam-macam maklumat yang korang boleh tau pasal dunia belah sini. Dan jugak aktiviti-aktiviti orang-orang Malaysia kat sini.

http://groups.yahoo.com/group/kembangs/

Mesej dari Tuan Presiden
Since A***l staff pakai phone free, nak mintak hangpa hantor sms kat semua msians kat sini inviting them to join as members. Aku akan email list malaysians. tq n syabas.
Jean

Tuan presiden
No hal. Kami tukang jaga pintu jek sampai suatu waktu yang ditentukan, kunci akan diserahkan pada yang lebih layak.

Ditegur Penunggu Ayam


Semalam lepas makan malam, aku berjalan kaki seorang diri ke rumah Haji NMC untuk menggunting rambut. Selain dari tukang masak, imam tarawih, naqib usrah dan pemain golf yang hebat, dia juga merupakan seorang penggunting rambut yang cemerlang. Jarak antara rumah kami lebih kurang 300 meter sahaja. Sewaktu aku melalui depan Hotel Blossom, aku menjenguk ke dalam hotel kerana kadang-kadang geng Kembang selalu bermesyuarat tak rasmi di situ (sampai kena halau). Aku perasan seorang penarik beca sedang menunggu di hadapan hotel. Perkara biasa kerana terdapat 85,000 penarik beca di seluruh Dhaka (menurut suratkhabar).

Tiba-tiba penarik beca tadi bergerak ke arah aku. Aku menunjukkan isyarat tidak mahu. Dia tetap mengayuh beca, bersaing dengan aku. "How are you, sir?" tanyanya. "Fine, thank you," jawabku. "Where do you come from, sir?" tanyanya lagi. Aku pelik, tidak pernah berjumpa penarik beca di sini yang fasih berbahasa Inggeris. Sebutannya jelas. Pakaiannya sama seperti kebanyakan penarik beca lain, berbaju kemeja lengan panjang dan berkain pelekat. "Malaysia," jawab aku lagi. "Oh it's a very good country, sir. Very nice." katanya. "Yup, thanks," kata aku. "You like to walk, sir?" tanyanya, baik sungguh. "Yup, sort of exercise to me," aku memang ramah. "Yes, sir. A very healthy life," katanya. "Do you want girls, sir?" sambungnya lagi, dengan nada suara menurun. Aku terlongo seketika. Padanlah ramah sangat. "No," balas aku pendek. No thanks this time. "I know a very good place, sir," tawarnya lagi. "NO," aku berkeras. Kepala hotak dia. Hayunan kaki aku makin laju. Hendak sahaja aku tengking, menghalau dia supaya lepas ini, jika terjumpa mereka yang mengaku dari Malaysia, dia takkan bertanya mengenai girls tetapi aku teringat kejadian beberapa minggu lepas yang berlaku pada Isham dan Iskandar, jadi aku cuma berharap dia berambus. Alhamdulillah, dia berambus dan kembali menunggu di hadapan Blossom.

Balik dari rumah Haji NMC, bila lalu depan Blossom, dia tak tegur aku dah. Kepala aku dah botak. Muka dah macam Bruce Willis hidung kembang. Ganas sikit la. Hampeh punya penunggu ayam.

Thursday, May 04, 2006

Blast From the Past - JBM 8141

Diambil tanpa izin dari fajaronline.com. Tak ingat tarikh.Dengan sedikit penambahan.

***
Abdul Malik Maidin. Pada mulanya, aku merasakan dia ni cuma hendak mencari nama sahaja. Biasa la zaman sekarang ni, semua orang ingin jadi popular, pangkat dan macam-macam lagi. Tetapi setelah melihat pada kesungguhan dan ketabahan dia, aku akhirnya akui, dan akhirnya faham apa yang dicari olehnya, kerana aku pun pernah berada di tempatnya... errr, takde la sampai ke peringkat antarabangsa dan keluar tv atau mana-mana media. Aku cuma naik motor buruk aku, Honda Cup 70cc lampu 4 segi keluaran 1987 dari JB ke Kuala Terengganu pada penghujung 1999.

Apabila aku menyatakan hasrat aku pada seorang rakan aku, Mahyuzie, tanpa mengangkat kepala sewaktu makan, dia dengan pantas memberi komen dua perkataan 'kau gila'. Dan bukan dia seorang. Tapi aku teruskan juga kerana aku memang perlukan cabaran. Aku begitu tertekan dan semangat aku lemah dengan suasana sekeliling aku ketika itu, dan untuk aku terus bergerak dalam dunia yang semakin mencabar ini, cabaranlah yang perlu aku cari untuk menyegarkan akal dan fikiran aku ketika itu. Biarlah apa orang lain kata. Aku bertolak ke KT dengan Zainun dan seminggu kemudian aku kembali ke JB.. err, tidak. Aku tak mengambil masa 3 hari untuk sampai ke sana, dan 3 hari kembali ke JB. Aku berada di sana selama seminggu utk majlis perkahwinan sahabat aku, Azhan.

Dan sewaktu perjalanan balik ke JB, aku singgah di masjid terapung Raja Baharin. Dan aku terima lagi perkataan 'kau gila' dari seorang tua yang aku rasa dan lihat sebagai seorang yang berada dan hidup selesa. Sepatah pun aku tidak jawab kata-kata yang dilemparkan kepada aku. Aku masih teringat ayat yang diucapkannya, "Tengok ekzosmu, aku tau mu takkan sampai JB punya. Mati mu tengah jalan tu...". Selama beberapa minit dia 'menganyang' aku, sehinggakan rakannya (aku rasa lah) berkata kepada aku 'sabarlah, bawak motor baik2 ye' selepas orang tua tersebut berlalu sambil ketawa.

Ya, dia kutuk ekzos motor aku! Ya, aku masih mampu tersenyum sampai sekarang. Aku bersyukur kepada Allah kerana kata-kata orang tua itulah yang menjadi bahan bakar kepada akal dan hati aku, menjadikan aku segar sepanjang 10 jam perjalanan, (keseorangan kerana zainun meneruskan perjalan ke Kota Bharu) dari KT ke JB. Dan orang pertama yang menyambut dan memberi tahniah kepada aku sewaktu aku tiba di JB ialah Mahyuzie.

Sememangnya cabaran aku langsung tidak sehebat dan bukan di dalam kelas cabaran Abdul Malik Mydin, tetapi aku faham, kalau seseorang itu hanya memikirkan tentang nama dan pangkat yang akan diperolehi selepas menamatkan sesuatu cabaran, dia takkan mampu buat apa yg Malik buat. Ada sesuatu yang dia cari selama ini dan dia telah berjaya mendapatkannya. Anda bagaimana? Kalau anda kata, anda tidak perlukan cabaran, seperti mana orang tua di masjid terapung yg aku temui itu, tunggulah cabaran itu datang kepada anda. And have fun.

***

Motor yang dinaiki mamat dalam cerita di atas bernombor pendaftaran JBM8141. Teringat kat "awek lama" aku tu selepas terlihat gambar Honda Cup dalam blog Blackpurple. JBM 8141 juga aktif bergerak antara Skudai-Muar sekitar tahun 1995-1999. Perancangan asal ialah untuk melengkapkan perjalanan JBM 8141 dari Muar ke Perlis kemudian ke Kota Bharu sebelum menamatkan perjalanan di Kuala Lumpur, tetapi JBM8141 mengidap penyakit batuk yang teruk dan osteoporosis dan terpaksa bersara dari arena kebangsaan dan berehat di Muar sehingga ke akhir hayat pemilikan. Dah kena jual, sapa yang tau tuan dia sekarang, aku rasa macam nak beli balik. Sekian. Terima kasih.

***

cerita lain

Semua orang nak jadi hero, ataupun heroin
Aku nak jadi Artakus
Konon-kononnya
Itu yang email pun bermula dengan artakusaurora
Yang konon-kononnya hebat dalam perjuangan
Ada yang nak jadi Laira
Yang anggun
Ada jugak yang jadi Jundak
Nampak cool
Tapi aku rasa
Kita sebenarnya
Adalah Belakios si Inkatus
Sentiasa inginkan ganjaran yang mewah
Tidak kira tangan mana yang memberi
Armorikus, Morrok atau Kirkos sekalipun
Walaupun kita tahu yang mana arah perjuangan sebenarnya
Moga-moga kita sesungguhnya adalah Belakios
Yang akhirnya memilih arah perjuangan
Yang sebenar-benarnya
(tetapi masih menginginkan harta Morrok kalau menang, adat la)

Untuk memahami konteks, sila lawat http://www.artakus.net.my