Wednesday, April 26, 2006

Yes, sir.

Satu perangai kebanyakan dari mereka, mereka suka menonjolkan diri sekiranya mereka rasa mereka bagus, walaupun sedikit. Bagi mereka, itu amat penting kerana saingan untuk kelangsungan hidup (survival) di sini amat sengit. Bagi mereka yang betul-betul bagus, memanglah berguna untuk sesiapa sahaja yang ada di sekeliling mereka. Bagi mereka yang mengaku bagus tapi hampeh, lawak jadinya.

Jalal (bukan nama sebenar) adalah pembantu rumah Haji Chef, Uncle Mus dan Halim. Dia mengaku dia boleh masak macam-macam masakan Malaysia. Amat bagus. Realitinya, berkaitan dengan masakan, Haji Chef hanya benarkan dia masak air, buat teh, goreng telur dan masak nasi. Yang lain, gagal. Dan dia cukup suka berbual, sampai letih Haji Chef dibuatnya.

Jalal: Sir, I got problem last night
Haji CHef : What problem?
Jalal: I fight with my wife, and then I kill her
Haji Chef: HAH? She's dead?
Jalal: Nooooo...

Tanya punya tanya, dia pukul isteri dia, bukannya bunuh. Ada sekali kejadian, pintu bilik air terkunci dari dalam. Uncle Mus suruh Jalal ambik kayu panjang. Nak cuba bukak pintu dari tingkap bilik air.

Uncle Mus: Jalal, go find a very long stick (sambil mendepakan tangan dia). I want to open the door through the window.
Jalal: okey, sir.
Jalal: (selepas beberapa ketika) Sir, I can only find this.
Uncle Mus: Hah? (tepuk dahi) Ko nak suruh aku buat apa dengan benda alah ni? (ini bukan terjemahan. Uncle Mus memang membebel dalam BM. Jalal ambik mentol panjang).

Jangan jadi Jalal. Tak tau cakap le tak tau. Untuk kawan-kawan yang ada blog, aku belum gheti lagi nak buat link kat tepi tu. Jangan kecik hati yek. Aku pernah cuba ubah template aku tapi huru hara jadinya. Hujung minggu ini kalau aku tak sibuk, aku belajar lagi.

satu lagi...satu lagi...
Haji Chef rajin buat makan-makan di rumahnya. Suatu waktu, ada lebihan juadah dan dibahagi-bahagi kepada tetamu.

Haji Chef: Nis, ambik la ni bawak balik.
Kak Nis: Terima kasih. Jalal, can you please give me one plastic bag?
Jalal: Yes, madam.

Dia bawak beg plastik kecil, lebih kecil dari tupperware juadah untuk Kak Nis.
Haji Chef: Take bigger plastic bag laaa...
Jalal: Yes, sir.

Dia datang bawak beg plastik sampah yang besar warna hitam.
*Walaupun mengarut, aku hormat semangat dia yang sentiasa cuba mendapatkan apa sahaja yang diminta. Janji ada.*

7 Comments:

Anonymous Anonymous said...

hahaha!
jalal: ikhlas, jujur, positif!

salam..

4:03 AM, April 27, 2006  
Blogger fajar said...

aduh, ada gak org mcm jalal ni. tp, realitinya boleh tensen gak kalau selalu jadi mcm tu.

10:09 AM, April 27, 2006  
Anonymous Anonymous said...

heheh.. aku rase bukan kat saner jer ader org mcm tu bad.. kat mesia ni pon ujud..

cuba tanye org2 yg ader pembantu2 rumah yg diimport dr negara2 jiran.. mcm2 perangai ader.. yg sket lebey kurang jalal (bkn namer sebenar) pon byk.. ;)

10:35 AM, April 27, 2006  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

hehehe...

diaorang ni sesetengahnya memang la...
btw, aku pernah 'belasah' budak bangla masa aku kerja kat CH dulu2.. masa tu panas baran...hehehe

11:12 AM, April 27, 2006  
Blogger Rie said...

lurus bendul betul jalal ni. tapi dalan perspektif dia la.

8:16 AM, April 29, 2006  
Blogger JBM8141 said...

gitartong
boleh lantik jalal jadi model syarikat insurans, bank atau syarikat keselamatan!

fajar
sebelum Ojit datang, Hj Chef offer kami ambik Jalal jadi maid. Kami cakap, boleh, suruh dia masuk ikut pintu belakang. Realiti, rumah kami takde pintu belakang.

Intan
yup, betul. plus: kat sini kalau goreng, silap haribulan 'hangit' kita dibuatnya.

Bp,
CH tu kat mana? cameron highland?

esis
yup, sebab tu arahan kena jelas. kalau tak, telur setengah masak jadi telur rebus.

11:59 AM, April 29, 2006  
Anonymous Anonymous said...

Nice! Where you get this guestbook? I want the same script.. Awesome content. thankyou.
»

12:53 AM, July 22, 2006  

Post a Comment

<< Home