Saturday, April 29, 2006

Pesanan dari Kelab Malaysia Bangladesh

Di mana-mana pun kita perlukan komuniti. Hidup berkomuniti ini banyak kelebihannya. Sekiranya anda, rakyat Malaysia, yang ingin ke Bangladesh samada bekerja atau berniaga, adalah digalakkan anda melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti Kelab Malaysia Bangladesh. Kelab ini adalah sebuah kelab yang aktif menganjurkan pelbagai aktiviti, bebas dari segala pegangan politik dan bertujuan mengeratkan silaturrahim antara rakyat Malaysia yang berada di Bangladesh, tidak kira samada yang datang sebentar ataupun tinggal lama. Antara aktiviti yang sering dijalankan ialah sukan seperti bowling, mencari harta karun, golf (kat sini senang nak main,bang, bukan macam kat Malaysia. Tapi aku tak main) dan bolasepak. Untuk yang beragama Islam, kelab ini menganjurkan Majlis Fikir 2 minggu sekali yang diadakan di rumah-rumah para ahli. Kelas bahasa Bengal pun ada.

Untuk yang anti sosial, yang cari-orang-bila-takde-tiket-nak-balik atau yang masanya terlalu berharga, mungkin sms ini boleh merubah fikiran anda.
*
two of our Msian brothers were mugged at knifepointnwhile on rickshaw, near KC in Banani around midnight last Thursday. Total loss: 2 h/phones & USD700 & TK5000.Thank God both were not harmed. Message to all Msians: Avoid taking rickshaw/CNG at night, do not carry excessive cash & valuables while on rickshaw/CNG - From Kelab Msia Bangladesh
*
Dengan adanya Kelab Malaysia Bangladesh, diharap sekiranya berlaku kecemasan, kita dapat membantu satu sama lain dengan lebih mudah. Kelab Malaysia Bangladesh mempunyai hubungan yang amat rapat dengan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh.
*
In the spirit of camaraderie, Kelab Malaysia Bangladesh is urging all Msians to come forward & donate cash to ease suffering of our 2 brothers who got mugged last Thursday night. Collection booth is opened tonight from 9 to 11 pm at Blossom Hotel, Baridhara - Message from Kelab Malaysia Bangladesh
*
Sekiranya anda masih tidak ingin melibatkan diri dengan Kelab Malaysia Bangladesh, anda boleh juga menyertai Jemaah Tabligh yang berpusat di Kakrail. Rangkaian jemaah tabligh seluruh dunia berkumpul di sini. Mereka juga sering membantu sesiapa sahaja yang datang ke situ dengan tangan yang terbuka. Sekian Terima Kasih.
oppss.. terlupa. Sila hubungi Saudara Sendijins, Presiden Kelab Malaysia Bangladesh di talian +88 018 9244244 untuk sebarang kemusykilan. Saudara Sendijins adalah Jawa Selangor, kalau tak silap aku, bukannya orang German atau Czechoslovakia. Sekali lagi, terima kasih.
*tragedi di atas boleh berlaku di mana-mana, malahan di Ulu Bertam Hilir pun boleh berlaku. Berhati-hati di mana sahaja anda berada.

8 Comments:

Anonymous Anonymous said...

bertambah ngeri aa nak pi bangladesh...

4:40 AM, May 02, 2006  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Wah... elok juga kalau kelab sebegitu... sekurang-kurangnya tidak terasa 'kera sumbang' di tempat orang...

12:45 PM, May 02, 2006  
Anonymous Anonymous said...

aaa?? SENDIJIN?? mcm penah aku dengar namer itu.. hehehe
kem salam rindu aku kat dia.. hehehe.. tanye kat dia, ingat lagik tak dia kat awek lamer dia nih.. dulu asik dok kaco aku kalu traffic delay.. hahaha.. rupe2nye dah ader kat bangladesh dah dia...
tanye dia tanak masuk digi ker?

12:52 PM, May 02, 2006  
Anonymous Anonymous said...

haa.. baru aku ingat.. bukan namer dia sendijin ngadimun ker? hehehe

1:08 PM, May 02, 2006  
Blogger JBM8141 said...

elaira
kat mana2 boleh belaku kak mas oiii... aku kat kl tu pun ngeri kalau keluar malam. takut turun kereta.

bp
kena ooo berjemaah, kalau nak berkumpul dgn bangla pun boleh, tapi ilmu kena tinggi la

intan
takde sendijins lain dah, mmg dia la tu. dia dah keje kat sini lama dah. family sume kat sini. dulu tmi, sekarang dah join bisnesman malaysia. orang penting tu.

1:53 PM, May 02, 2006  
Blogger Alpha said...

Tima kacih sebab lawat blog saya...
pasal tempat futsal kat BP ye....saya tak duduk BP dah 7 tahun dah...tak tau mana tempat futsal.....errrr main kat padang majlis daerah x leh? Heheh

6:39 AM, May 15, 2006  
Blogger JBM8141 said...

alpha,
bukan apa. ada kaum bukak futsal kat melaka. masyuuukkk.... tu aku saja2 la nak usha kot2 bp belum ada, boleh aku pasang angan2 buat kat muar... ambik market muar+bp.

3:04 PM, May 17, 2006  
Anonymous Anonymous said...

Super color scheme, I like it! Keep up the good work. Thanks for sharing this wonderful site with us.
»

4:40 PM, June 10, 2006  

Post a Comment

<< Home