Dendang perut
Aku ingat nak update entry, tapi perut memulas ni. Hj Chef sedang tergolek di rumah. Cirit. Sabtu lepas dia pergi ke majlis kenduri (sini tak panggil kenduri la) kahwin staff dia. Yup, kalau nak menjamu selera di sini, lebih baik berhati-hati. Melalui surat khabar, aku dapati di sini cirit birit, taun dan sebagainya biasanya menyerang dalam skala yang besar. Di Malaysia, kita biasa mendengar satu sekolah atau satu asrama diserang cirit birit. Di sini, satu kampung. Sehinggakan pesakit terpaksa baring di tepi jalan di luar hospital kerana kekurangan tempat.
Aku tak pergi kenduri tu. Aku masak sendiri di rumah minggu lepas. Tapi minggu lepas kami menukar jenama air mineral yang digunakan di rumah. Ada satu botol tu aku rasa semacam je tapi aku belasah jugak la.
Eh panjang pulak. Bergelodak angin rasanya dalam perut ni.
Zoolhilmy, email aku artakusaurora@yahoo.com. Aku ingat kau, kali terakhir jumpa kat kedai kasut sekitar stesyen bas Melaka. 5Sc2 kelas aku jugak, kelas agama.
***************
Form is temporary, Class is permanent. http://en.wikipedia.org/wiki/English_Premier_league
Tengok kat All Time FA Premier League Table.
5 Comments:
CB aka cirit birit. student aku kasi sms kata xleh dtg kelas sbb CB. aku baca kuat2 sms dia dlm kelas.
semua student gelak?
cirit birit ni kelakar agaknya.
salam kenal...
masuk dr laman blog BP
Dah kat Dhaka la ni ekk......
Cirit birit, orang tua2 kampung di pt jawa panggil mencret... hehehe
esis
kelakar bagi yang tak kena. kalau yang kena tu, alaaahai... nak berdiri pun lemah kepala lutut rasanya
mamamanja
salam secara maya... bp memang banyak dapat pahala, menghubungkan silaturrahim.
bp,
dah dua minggu kat sini. ko patut buat e-kamus. aku tempah satu.
Greets to the webmaster of this wonderful site! Keep up the good work. Thanks.
ยป
Post a Comment
<< Home