Wednesday, April 12, 2006

Blast From The Past Part II

Kebanyakan orang amat suka berjumpa dengan para sahabat lama dari bermacam kumpulan hidup yang pernah dilaluinya. Kawan sekampung, kawan sekolah rendah, kawan berbasikal, kawan seperguruan, kawan sewarung, kawan sama-sama jamming.... dan senarai ini berterusan. Aku? Aku juga cukup suka bercerita tentang rakan-rakan aku. Tapi kadang-kadang perlu berhati-hati kerana orang mungkin bosan apabila kita selalu bercerita tentang sejarah hidup kita. Ok, jadi untuk sementara, sebelum aku balik kampung tempohari, aku bercadang untuk tidak bercerita tentang masa lepas aku. TETAPI, dalam 2 minggu yang lepas ini, masa lepas aku datang bertemu aku. Jadi, nak tak nak, bacalah ye.

Sewaktu di kampung, aku sempat meluangkan masa ke majlis konvokesyen isteri aku di Cheras. Dia mengambil Diploma KPLI dan majlis konvokesyennya ringkas dan meriah (bunga ros 3 kuntum rm15??? Aku tak pernah bagi isteri aku bunga walaupun waktu bercinta. 3 kuntum rm15? Mahal ke aaa?). Aku lebih suka duduk di luar dewan membaca The New Jerusalem dari melihat seorang demi seorang graduan naik ke pentas apabila nama mereka disebut. Letih dan giliran isteri aku masih jauh. Tiba-tiba terdengar satu nama disebut. 'Mohd Najib Mustapha'. Nama yang biasa. Mohd.Najib.Mustapha. Tetapi apabila digabungkan, ia memetik satu suis dalam kepala aku. Dan bila aku melihat layar putih yang diletakkan di luar dewan, ...'macam muka dia?'. Selepas majlis selesai, aku mencarinya. Dia tak dapat mengecam aku kerana aku semakin kacak wahaha... bukan, aku semakin botak. Tetapi apabila dia mendengar nama Bad, berseri-seri mukanya seperti berjumpa Siti Nurhaliza. Lebih 15 tahun kami tak berjumpa. Dan wajahnya tidak jauh berubah cuma badannya lebih besar dari aku. Sewaktu di Sekolah Agama dulu, aku lebih besar dari dia. Apa yang buat aku ingat pada dia ialah karakternya yang cukup baik, lemah lembut dan tidak pernah menyakiti hati kawan-kawan. Karakter aku? Kena tanya kawan-kawan aku la. Kalau tanya aku, karakter aku ialah Spiderman. Kenapa? Suka aku la wahaha.

Januari lepas, aku ada meninggalkan mesej di fotopages Judd. Ada gambar majlis perkahwinan kawan lama aku, Inang Jamili Nasron. Tapi tiada mesej balasan daripadanya. Mungkin dia sibuk. Tidak mengapalah. Tetapi minggu ini, dia ada meninggalkan mesej di fotopages aku. Hi Bad, It's me. Saw your comments on judd's page.U use to be in my secondary school right? My classmates?In Sek Keb Pt Setongkat? Sorry it takes this long to contact you. Jus returned from acheh since january. Hahaha, jumpa lagi kawan lama walaupun secara maya. Dia ni pun aku rasa dah dekat 12 tahun aku tak jumpa. Kali terakhir aku jumpa dia pada tahun 1994 waktu interschool debate peringkat daerah Muar. Tapi takkan nak tegur 'musuh' time tu. Dia SAB, aku Highschool. Err, Inang, i was in your primary school lah, not secondary. Your secondary school was all-girl school, right? Selalu control hensem kalau lalu depan sekolah u wahaha....

Lagi seorang ni. Encik Anonymous. Tinggalkan mesej di blog aku. Aku rasa dia ini mesti satu batch sewaktu di High School Muar. Tak ramai yang boleh menyelesaikan penaakulan mantik berikut yang mana Premis 1 Nama aku Badrul Hisham dan Premis 2 Aku kenal Mont menghasilkan Kesimpulan Aku budak 5 Sains 1. Janganlah segan-segan tinggalkan nama walaupun anda adalah Santa Singh/Ching Chai Lai/ Abdul Wahab Suradi.

Your past will come to you; whether you want it or not; to haunt or to delight. In my case, always delightful.

10 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

"Your past will come to you; whether you want it or not; to haunt or to delight. In my case, always delightful. "

absolutely agree with you..... :)

4:40 AM, April 14, 2006  
Blogger Rie said...

aku jugak suka jumpa kawan sekolah lama. kawan2 jahat je ler

1:44 PM, April 17, 2006  
Blogger JBM8141 said...

bp, ada jugak sejarah hidup aku yang suram. tapi, macam cerita raja dan kanibal, macam2 hikmah yang keluar.

esis, aku pun ramai kawan yang jahat2 kat school dulu. tapi 99% dah jadi manusia dah, alhamdulillah. ada la jugak sorang dua yang jadi tajuk berita sensasi 2,3 tahun dulu. bebudak HSM tau la kot.

7:54 AM, April 18, 2006  
Blogger fajar said...

This comment has been removed by a blog administrator.

6:29 AM, April 20, 2006  
Blogger fajar said...

ala, silap posting lak.

kalau boleh, aku nak erase memori silam aku. aku benci! tak suka! byk org yg telah menyakitkan hati aku sejak aku sek rendah, sampai aku sek menengah. kata nista, ejekan dan mcm2 lagi membuatkan aku rasa kecil dan trauma. serius. itulah dark hour utk aku.

TAPI, mcm apa yg Allah janjikan. setiap sesuatu pasti ada hikmahnya. dgn kepahitan itu, aku menjadi lebih tabah dan berusaha memperbaiki diri sendiri. and i think it's beyond to what i have expected before.

org yg dianiaya, doanya makbul. dan aku cukup percaya akan kata-kata ini. kerana, aku sendiri yg merasainya akan kebesaran Tuhan.

6:33 AM, April 20, 2006  
Blogger fajar said...

tiba2 teringat la pulak kat chee leong kee. hahahaha!

10:12 AM, April 20, 2006  
Blogger JBM8141 said...

fajar, chee leong kee yang bawak wira biru dulu kan? macam mana boleh teringat kat dia plak? kenapa kita suka 'berebut' awek2 yang sama? hahaha...

1:37 PM, April 20, 2006  
Blogger fajar said...

ye la. yg mana lg. mana ada awek cina dlm kelas kita yg lemah lembut, bersopan, sweet, cute, baik, x brutal dan mcm2 lagi la! dia buat aku gila bayang. dulu laaa... hehehehe.

tp, frust bila dpt tahu dia dah ada pakwe. pakwe dia bawak kereta honda lagi. huhuhuh. kita dulu pakai moto cabuk je. mana la sama.

ha'ah ek. ntah apa2 je. 'rebut' yg sama lak tu.

8:42 AM, April 21, 2006  
Blogger JBM8141 said...

weh aku bawak honda jugak dulu. honda cup.

9:45 AM, April 23, 2006  
Anonymous Anonymous said...

helo bard, nama aku zoolhilmy.5SC2.kalau ko ingat la..aku satu sekolah dgn mont sebelum dia masuk high school..ko kasi ler email ko..nanti aku send email.

7:17 AM, April 25, 2006  

Post a Comment

<< Home