Sunday, November 26, 2006

Mari Menonton Filem

Alien, Predator, Species, Battlefield Earth, E.T. The Extra-Terrestrial, Evolution, The Fifth Element, Star Wars, Galaxy Quest, Independence Day, Men in Black, Star Trek, Starship Troopers, The War of the Worlds, Roswell...

Ini adalah senarai filem-filem dan drama fiksyen sains yang hebat-hebat, kecuali Battlefield Earth. Gagal di pasaran. Ada lagi filem lain yang hebat tapi aku tak terfikir, banyak sangat. Yang pastinya, teknologi yang ditunjukkan dalam filem-filen berkenaan amat hebat. Hero dan heroin pun kacak, cantik, bijak atau gagah perkasa, kecuali Galaxy Quest. Dan tidak lupa kepada makhluk asing yang ditampilkan, ganas, berbahaya danmisteri, kecuali Galaxy Quest.

Aku bukan hendak mengulas mengenai betul atau tidak wujudnya makhluk-makhluk pelik dalam alam ini, lihat sahajalah ke dalam Dewan Parlimen kita, sudah cukup pelik. Aku juga bukan hendak mengakui kehebatan manusia berimaginasi sehingga menghasilkan filem-filem tersebut, tetapi lebih kepada keterbatasan pemikiran manusia yang ditampilkan. Hah, terbatas kata kau? Piring terbang gergasi (Independence Day), darah asid (Alien) dan sifat halimunan (Predator), masih terbataskah itu?

Ya. Setiap konsep makhluk asing yang dicipta oleh manusia di dalam filem mengambil bentuk dari makhluk-makhluk yang sedia ada dalam alam ini. Hmm, aku rasa 'setiap' lah. Aku bukannya pernah menonton kesemua filem yang menonjolkan makhluk asing. Para pengarang filem tersebut mengambil sistem biologi manusia, haiwan atau tumbuh-tumbuhan, mengubah dan menambah sana sini, gabung atau kurang, dan jadilah makhluk asing yang digeruni. Selain mengambil sifat biologi yang sedia ada sekalipun, mereka menggunakan konsep kehidupan yang telah sedia ada dalam alam ini. Melihat, mendengar, beranak, makan, berdarah, memegang, berdiri...

Sebelum kau semakin bosan, baik aku nyatakan secepat mungkin. Manusia tidak mampu mencipta alam baru. Apa yang mereka fikirkan, telah pun wujud dalam alam ini. Mereka sangkakan mereka mampu memberi kehidupan kepada ciptaan-ciptaan mereka. Tetapi apa yang mereka cuba cipta itu hanyalah hakikat kehidupan yang telah sedia ada. Maka tidakkah mereka mahu mengaku bahawa ada Pencipta yang Maha Berkuasa?

Tidakkah diakui dan tidakkah dipercayai bahawa Tuhan yang telah menciptakan langit dan bumi (yang demikian besarnya) berkuasa menciptakan semula manusia sebagaimana Dia menciptakan mereka dahulu? Ya! Diakui dan dipercayai berkuasa! Dan Dialah Pencipta yang tidak ada bandinganNya, lagi Yang Maha Mengetahui.
Yaasin:81
******
Gambar-gambar di Kota Singa .

3 Comments:

Blogger fajar said...

masa mula2 tgk Alien, serius, rasa scary yg amat! kemudian, rasa kagum tgk cerita spt Predator + ID4. Teknologi menzahirkan kehebatan imaginasi pemikiran manusia. Tapi, keupayaan kita terbatas. Bayangkan, keindahan yang terindah yang ada di muka bumi ini. Kemudian, bayangkan pula, bagaimana agaknya indahnya syurga yang telah Allah janjikan!

4:38 AM, November 29, 2006  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tak minat sungguh cerita-cerita pasal alien atau berunsur sains fiksyen yang terlalu futuristik...

Nampak mengarut sangat.... !

Akal fikiran manusia memang tak akan dapat mencipta satu makhluk lain...mesti berasaskan manusia dan binatang...

1:53 PM, December 01, 2006  
Blogger Alpha said...

Mereka percaya kepada Yang Maha Pencipta...tapi percaya kepada Pencipta yang palsu, atau telah diubah...

8:09 AM, December 07, 2006  

Post a Comment

<< Home