Thursday, August 24, 2006

Perang yang lagi satu

Aku pernah bertanya kepada isteri aku, sewaktu perang Teluk kedua baru meletus. "Kalau perang sampai ke Malaysia, nak lari ke mana? Kedah atau Johor?" tanya aku. Isteri aku terdiam. Biasanya laju sahaja dia menjawab walaupun pendek. Dia memang suka menjawab hahaha. Tapi kali ini dia terdiam.

Mungkin tak pernah terfikir akan sampai perang ke Malaysia. Mungkin dia terbayang bagaimanakah ingin mengkelek (?) anak yang masih kecil (Balqis, pada waktu itu) naik lori yang penuh dengan muatan, seperti yang selalu dilihat di kaca televisyen. Di manakah ingin mencari susu kalau pasaraya habis dibom? Apa yang hendak dilakukan kalau anak-anak menangis kelaparan? Memang isteri aku serba salah hendak menjawab. Tak tahu hendak lari ke mana.

Aku? Aku akan hantar mereka ke arah yang berlawanan dengan arah datangnya musuh. Jika Malaysia diserang dari selatan, ke utaralah mereka akan pergi. Kalau datangnya musuh dari utara, ke selatanlah mereka akan pergi. Yang penting, tempat yang selamat untuk mereka. Hantar mereka? Ya, hantar mereka. Itu tanggungjawab aku memastikan mereka selamat.

Aku? Selepas itu aku akan pastikan mereka betul-betul selamat.

Bagaikan realiti
Jatuh bangun kerajaan dunia
Dan semua mengejarnya
Atas nama kemajuan
Perang tak boleh dielakkan
Hari ini atau esok
Pasti berlaku

-Mohamad Nasir Mohamad, 1993-

*********

Siapa yang tak sedih melihat gambar-gambar anak-anak yang tak berdosa, yang jadi mangsa korban perang? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mempunyai anak yang masih kecil. Setiap hari dapat melihat anak-anak berlari keriangan, ketawa dan tersenyum jujur yang tidak pernah menipu. Datangnya perang, dan mereka menjadi kaku, tidak bergerak diselaputi debu. Tiada lagi gelak tawa, yang tinggal hanya sayu.

Aku? Mereka masih hidup. Aku melihat mereka sedang berlari-lari. Dengan pakaian mereka itulah. Aku yakin, mereka sudah pun selamat. Mereka akan bergembira dengan kegembiraan yang kekal abadi. Tiada lagi peluru yang menghujani, tiada lagi bom yang menggegarkan bumi. Di tempat mereka sekarang. Mereka boleh makan dan minum, tiada lagi perut yang kembung, tiada lagi mata yang cengkung.

Kalau kau tak percaya, lupakan sahajalah.

5 Comments:

Blogger Rie said...

syukur alhamdulillah. minta-minta dijauhkan perang itu.

9:25 AM, August 28, 2006  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Bersyukur...Sekurang2nya kita di sini masih aman...

9:56 AM, September 05, 2006  
Blogger dinoor said...

dah dengar album sang pencinta? semua lagu besst wooo!!!

apa2 pun salam ramadhan untuk sdr bad.

10:29 AM, September 26, 2006  
Anonymous Anonymous said...

dah lama benar blog ko ni "silent" .. takkan balik mesia abih tak de cerita dah??

3:33 AM, October 04, 2006  
Blogger JBM8141 said...

esis, bp
yup, sebelum kita protes apa2, bersyukur mesti didulukan

mydinz
aku tak beli lagi. rata2 kata sedap.

elaira
ada la kak mas. aku sibuk.

lidah penghunus
ws. teruskan bersuara...

10:50 AM, October 16, 2006  

Post a Comment

<< Home