Tuesday, August 22, 2006

Nak bersuara jugak

Aku pun nak komen jugak, walaupun terlambat. Apa yang berlaku kepada mereka yang mengidap Obsessive Compulsive Disorder (tidak mampu menahan diri dari menggunakan bahasa Inggeris) di dalam hal berbahasa ini adalah lambang kegagalan fungsi kekeluargaan dalam mempertahankan bahasa melayu sebagai bahasa Ibunda di kalangan orang-orang Melayu. Salah mak bapak lah senang cerita. Dah cukup. Yang lain, baca sahajalah Faisal Tehrani punya ulasan dan pautan-pautan yang ada di blognya.

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu bila nak bertukar singkatan?

*****
Tahukah anda, ada satu hari di dalam kalendar negara Bangladesh, negara dunia ketiga yang anda selalu perkecilkan itu, yang dipanggil Hari Syahid, yang juga dikenali sebagai Hari Revolusi Bahasa? Perjuangan ini bermula apabila Kerajaan Pusat Pakistan mengumumkan bahasa Urdu, yang hanya digunakan oleh segelintir golongan elit di Pakistan Timur (nama lama bagi Bangladesh), sebagai bahasa rasmi Pakistan. Rakyat berbangsa Bengal ini bangkit dalam perjuangan berdarah pada 21 Februari 1952 yang memakan korban yang bukan sedikit. Perjuangan ini seterusnya menjadi titik tolak kepada pergerakan kemerdekaan Bangladesh dari Pakistan.

Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu mengambil keputusan untuk memilih 21 Februari sebagai Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa.

*untuk berlaku adil, rakyat Bangladesh mempunyai tahap kesensitiviti (bahasa melayu? kepekaan?) yang amat tinggi. Sekiranya bekalan tenaga elektrik terganggu dan menghalang mereka dari menonton Piala Dunia, itu sudah cukup untuk mereka mengamuk dan menyerang sesiapa yang bertanggungjawab membekalkan tenaga elektrik kepada mereka.

Kerajaan selalu mengatakan, rakyat Malaysia sepatutnya bersyukur dapat tinggal dalam negara Malaysia dan mempunyai kerajaan seperti kerajaan Malaysia. Aku berpendapat kerajaan Malaysia dan menteri-menteri sepatutnya bersyukur dapat rakyat seperti rakyat Malaysia. Kalaulah rakyat kita ini seperti rakyat Bangladesh, bak kata kawan aku, lari malam menteri-menteri di Malaysia agaknya!

****
Sudah seminggu aku berada di tempat yang bernama Berharga Mentega (huh?). Dan dijangka terus berada di sini untuk 3 minggu lagi. Banyak kabel yang hendak ditarik.

4 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Kadang-kadang letih la nak cakap benda-benda macam ni semua.

Suara kita ni siapa nak dengar...?

12:53 PM, August 23, 2006  
Blogger JBM8141 said...

Bp
tok guru kata, kalau kita kuat, kita lawan cara org kuat. kalau kita lemah, lawan cara orang lemah.

12:59 PM, August 23, 2006  
Blogger Alpha said...

Pasal bahasa ni...entah ye...buat macam aku la senang..aku ajar anak aku BI, mama dia ajar BM...dah bi-language. Masuk sekolah suruh dia belajar Mandarin plak!

8:10 AM, August 24, 2006  
Blogger JBM8141 said...

Alpha,
Lagi banyak bahasa lagi bagus. Yang penting bila masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang harimau mengaum. Kalau masuk kandang harimau mengembek, memang nak kena baham la.

1:53 PM, August 24, 2006  

Post a Comment

<< Home