Wednesday, May 24, 2006

Ditegur Penunggu Ayam


Semalam lepas makan malam, aku berjalan kaki seorang diri ke rumah Haji NMC untuk menggunting rambut. Selain dari tukang masak, imam tarawih, naqib usrah dan pemain golf yang hebat, dia juga merupakan seorang penggunting rambut yang cemerlang. Jarak antara rumah kami lebih kurang 300 meter sahaja. Sewaktu aku melalui depan Hotel Blossom, aku menjenguk ke dalam hotel kerana kadang-kadang geng Kembang selalu bermesyuarat tak rasmi di situ (sampai kena halau). Aku perasan seorang penarik beca sedang menunggu di hadapan hotel. Perkara biasa kerana terdapat 85,000 penarik beca di seluruh Dhaka (menurut suratkhabar).

Tiba-tiba penarik beca tadi bergerak ke arah aku. Aku menunjukkan isyarat tidak mahu. Dia tetap mengayuh beca, bersaing dengan aku. "How are you, sir?" tanyanya. "Fine, thank you," jawabku. "Where do you come from, sir?" tanyanya lagi. Aku pelik, tidak pernah berjumpa penarik beca di sini yang fasih berbahasa Inggeris. Sebutannya jelas. Pakaiannya sama seperti kebanyakan penarik beca lain, berbaju kemeja lengan panjang dan berkain pelekat. "Malaysia," jawab aku lagi. "Oh it's a very good country, sir. Very nice." katanya. "Yup, thanks," kata aku. "You like to walk, sir?" tanyanya, baik sungguh. "Yup, sort of exercise to me," aku memang ramah. "Yes, sir. A very healthy life," katanya. "Do you want girls, sir?" sambungnya lagi, dengan nada suara menurun. Aku terlongo seketika. Padanlah ramah sangat. "No," balas aku pendek. No thanks this time. "I know a very good place, sir," tawarnya lagi. "NO," aku berkeras. Kepala hotak dia. Hayunan kaki aku makin laju. Hendak sahaja aku tengking, menghalau dia supaya lepas ini, jika terjumpa mereka yang mengaku dari Malaysia, dia takkan bertanya mengenai girls tetapi aku teringat kejadian beberapa minggu lepas yang berlaku pada Isham dan Iskandar, jadi aku cuma berharap dia berambus. Alhamdulillah, dia berambus dan kembali menunggu di hadapan Blossom.

Balik dari rumah Haji NMC, bila lalu depan Blossom, dia tak tegur aku dah. Kepala aku dah botak. Muka dah macam Bruce Willis hidung kembang. Ganas sikit la. Hampeh punya penunggu ayam.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home