Thursday, May 04, 2006

Blast From the Past - JBM 8141

Diambil tanpa izin dari fajaronline.com. Tak ingat tarikh.Dengan sedikit penambahan.

***
Abdul Malik Maidin. Pada mulanya, aku merasakan dia ni cuma hendak mencari nama sahaja. Biasa la zaman sekarang ni, semua orang ingin jadi popular, pangkat dan macam-macam lagi. Tetapi setelah melihat pada kesungguhan dan ketabahan dia, aku akhirnya akui, dan akhirnya faham apa yang dicari olehnya, kerana aku pun pernah berada di tempatnya... errr, takde la sampai ke peringkat antarabangsa dan keluar tv atau mana-mana media. Aku cuma naik motor buruk aku, Honda Cup 70cc lampu 4 segi keluaran 1987 dari JB ke Kuala Terengganu pada penghujung 1999.

Apabila aku menyatakan hasrat aku pada seorang rakan aku, Mahyuzie, tanpa mengangkat kepala sewaktu makan, dia dengan pantas memberi komen dua perkataan 'kau gila'. Dan bukan dia seorang. Tapi aku teruskan juga kerana aku memang perlukan cabaran. Aku begitu tertekan dan semangat aku lemah dengan suasana sekeliling aku ketika itu, dan untuk aku terus bergerak dalam dunia yang semakin mencabar ini, cabaranlah yang perlu aku cari untuk menyegarkan akal dan fikiran aku ketika itu. Biarlah apa orang lain kata. Aku bertolak ke KT dengan Zainun dan seminggu kemudian aku kembali ke JB.. err, tidak. Aku tak mengambil masa 3 hari untuk sampai ke sana, dan 3 hari kembali ke JB. Aku berada di sana selama seminggu utk majlis perkahwinan sahabat aku, Azhan.

Dan sewaktu perjalanan balik ke JB, aku singgah di masjid terapung Raja Baharin. Dan aku terima lagi perkataan 'kau gila' dari seorang tua yang aku rasa dan lihat sebagai seorang yang berada dan hidup selesa. Sepatah pun aku tidak jawab kata-kata yang dilemparkan kepada aku. Aku masih teringat ayat yang diucapkannya, "Tengok ekzosmu, aku tau mu takkan sampai JB punya. Mati mu tengah jalan tu...". Selama beberapa minit dia 'menganyang' aku, sehinggakan rakannya (aku rasa lah) berkata kepada aku 'sabarlah, bawak motor baik2 ye' selepas orang tua tersebut berlalu sambil ketawa.

Ya, dia kutuk ekzos motor aku! Ya, aku masih mampu tersenyum sampai sekarang. Aku bersyukur kepada Allah kerana kata-kata orang tua itulah yang menjadi bahan bakar kepada akal dan hati aku, menjadikan aku segar sepanjang 10 jam perjalanan, (keseorangan kerana zainun meneruskan perjalan ke Kota Bharu) dari KT ke JB. Dan orang pertama yang menyambut dan memberi tahniah kepada aku sewaktu aku tiba di JB ialah Mahyuzie.

Sememangnya cabaran aku langsung tidak sehebat dan bukan di dalam kelas cabaran Abdul Malik Mydin, tetapi aku faham, kalau seseorang itu hanya memikirkan tentang nama dan pangkat yang akan diperolehi selepas menamatkan sesuatu cabaran, dia takkan mampu buat apa yg Malik buat. Ada sesuatu yang dia cari selama ini dan dia telah berjaya mendapatkannya. Anda bagaimana? Kalau anda kata, anda tidak perlukan cabaran, seperti mana orang tua di masjid terapung yg aku temui itu, tunggulah cabaran itu datang kepada anda. And have fun.

***

Motor yang dinaiki mamat dalam cerita di atas bernombor pendaftaran JBM8141. Teringat kat "awek lama" aku tu selepas terlihat gambar Honda Cup dalam blog Blackpurple. JBM 8141 juga aktif bergerak antara Skudai-Muar sekitar tahun 1995-1999. Perancangan asal ialah untuk melengkapkan perjalanan JBM 8141 dari Muar ke Perlis kemudian ke Kota Bharu sebelum menamatkan perjalanan di Kuala Lumpur, tetapi JBM8141 mengidap penyakit batuk yang teruk dan osteoporosis dan terpaksa bersara dari arena kebangsaan dan berehat di Muar sehingga ke akhir hayat pemilikan. Dah kena jual, sapa yang tau tuan dia sekarang, aku rasa macam nak beli balik. Sekian. Terima kasih.

***

cerita lain

Semua orang nak jadi hero, ataupun heroin
Aku nak jadi Artakus
Konon-kononnya
Itu yang email pun bermula dengan artakusaurora
Yang konon-kononnya hebat dalam perjuangan
Ada yang nak jadi Laira
Yang anggun
Ada jugak yang jadi Jundak
Nampak cool
Tapi aku rasa
Kita sebenarnya
Adalah Belakios si Inkatus
Sentiasa inginkan ganjaran yang mewah
Tidak kira tangan mana yang memberi
Armorikus, Morrok atau Kirkos sekalipun
Walaupun kita tahu yang mana arah perjuangan sebenarnya
Moga-moga kita sesungguhnya adalah Belakios
Yang akhirnya memilih arah perjuangan
Yang sebenar-benarnya
(tetapi masih menginginkan harta Morrok kalau menang, adat la)

Untuk memahami konteks, sila lawat http://www.artakus.net.my

8 Comments:

Blogger fajar said...

teringat kisah ko eksiden dgn sahak, sampai berterabur gambar2 yg kita ambik kat utmkl tu. isk isk isk. aku xleh bayangkan, mcmana sahak tu 'terbang'

10:46 AM, May 04, 2006  
Blogger JBM8141 said...

fajar
isk aku pun ngeri gak. lepas jatuh dari motor aku, dia tegolek atas jalan pastu kereta motor suma tgh gear 1,2. tengah pecut lepas traffic light ijau. aku toleh belakang, tayar2 kereta lalu sebelah kepala dia jek. nak nangis rasanya time tu. JBM8141 aku dah campak ntah kemana...

2:35 PM, May 04, 2006  
Blogger NONIE AZIZ said...

pehhh..JB - kuala tganu - JB? Sehari berapa jam perjalanan? mesti keras kejung punggung!!

9:35 AM, May 05, 2006  
Blogger Rie said...

hati ko memang kental

5:42 PM, May 05, 2006  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Aku tau sekarang anda mesti terkilan menjual JBM8141 tu dulu, seperti mana aku terkilan sekarang kerana menjual Honda C90 JAUXXXX dan EX5 JCFXXXX aku dulu.... nasib baik honda C70 abah masih dapat diselamatkan...Sekarang baru tau 'harga' sebenarnya....

Nostalgia adalah sesuatu yang tiada nilainya.....

7:16 PM, May 05, 2006  
Blogger JBM8141 said...

Mamarisyia
pegi 2 hari sebab lampu tebako kat kuantan. tidur semalam kat masjid teluk cempedak. balik sehari, 10 jam travel. berenti sekali makan/solat/cek my itam kat muazam shah. macam2 position tak nak bagi punggung krem... superman, mendagu, bersila. aku layak join TATU ATM.

Esis
hati yg kental perlu utk stabilkan akal yang kacau

Bp
huuu ayah aku jual motor tu tak bgtau aku...

8:43 AM, May 07, 2006  
Anonymous Anonymous said...

dulu, aku sentiasa bersemangat untuk buat benda-benda mustahil. rasa riak seorang diri memberikepuasan tak terhingga.

sekarang, masa-masa tu macam dah terlalu jauh berbalam. aurora yang dulu entah di mana, sekarang sudah terkampung. alhamdulillah.

dan, aku rasa semakin letih, sangat letih - kudrat elaira serasa semakin hapus. hari-hari malap sudah tiba agaknya. jika aku hilang, mekarkan aku dalam kenangan kalian ya... :|

[tgh usha mnasir, aku nak buat dia jadi geng mcm abang pat jugak kekeke... ni latest challenge aku... huhu]

5:22 AM, May 10, 2006  
Anonymous Anonymous said...

maaf, saya tak sempat untuk membaca lagi, tetapi alang2 sudah buka, hendak juga mengomen. saya akan membacanya kemudian nanti. salam.

3:23 PM, May 19, 2006  

Post a Comment

<< Home