Sunday, February 19, 2006

Burrpp....

Sewaktu di dapur hujung minggu lepas, aku terkenangkan mak, ayah, isteri dan anak aku yang jauh di kampung. Aku rindu masakan mereka, rindukan gelak tawa mereka sewaktu di dapur. Aku dah tak tahan. Mata aku mula bergenang dengan air mata. Lama kelamaan empangan yang ku tahan selama ini pecah, melimpah laju. Aku tak mampu menahan air mata ini dari terus mengalir. Aku tak mampu berlakon, berlagak macho depan Apeng, biarlah, aku ni manusia biasa. Sememangnya aku tak mampu menahan kepedihan yang semakin hebat. Ia menghiris tajam, membelah satu persatu. Aku menutup mata, tak kuasa lagi untuk melihat. Setelah selesai memotong bawang 5,6 biji tu, cepat2 aku campak dalam kuali, Apeng terus mengambilalih tugas menggoreng. Aku basuh tangan dan keluar ambik udara, bersihkan mata. Dulu time aku potong bawang kat Malaysia, takde la pedih sangat mata aku macam ni. Bawang kat sini lain spesis ke? Sedih? bukan la, aku kata kepedihan, bukan kesedihan.

Selepas ni, kalau setakat buat nasi goreng cina atau nasi goreng ayam tu, kacang je la. Setakat lauk-pauk sayur ni, huh, jangan takut, yang, abang masak lepas ni. Kalau ayang penat kat sekolah, ayang duk je rehat, abang keluar beli makan, eh, abang pegi dapur masak untuk ayang dan anak2. Sebelum ni, aku cuma tahu masak air, tak pernah gagal. Seronok jugak memasak ni. Lebih kurang sama seronok dengan godek motor atau pc, repair printer, repair lampu dan lain-lain tugas merepair. Seronok melihat sesuatu itu jadi. Of course lah dengan izin Allah. Lepas ni kalau balik malaysia, aku nak beli rempah nasi goreng adabi banyak2, dan jugak ikan bilis. Kat sini ikan bilisnya besar2, sebesar jari manis aku. Dah takde rupa ikan bilis, ngeri jugak aku nak makan.

Tapi kalau nak masak yang berat2, aku serah kat PD la. Dia lagi mahir. Lagi satu kat sini, tukang masak yang hebat2 semuanya lelaki. PD, Hj Chef, Hj NMC, Uncle Mus, sekadar menyebut beberapa nama. Persamaan antara mereka, semuanya tak bawak isteri datang ke mari. Jadi, kepada kaum wanita, jangan perkecilkan suami2 anda kalau mereka malas ke dapur. Pujuklah mereka dengan suara yang manja dan perkataan yang menggoda, bahawa anda ingin merasa masakan mereka. Mungkin mereka mempunyai bakat sehebat chef wan. Jangan kutuk kalau tak sedap, tapi berikanlah bimbingan dan panduan. Tapi jika mereka mendiamkan diri sambil muncung semakin panjang, telinga semakin merah dan hidung kembang kempis sewaktu anda meminta mereka memasak, lupakan je la sebelum mereka bertukar menjadi tapir. Dorang memang buta sudip (boleh terima ke simpulan bahasa ni?).

*start mid Januari, aku dah tak duduk hotel. Aku dah dapat rumah dengan Apeng dan PD.*

5 Comments:

Blogger Rie said...

kalo ko nak sup kambing aku bleh post kat ko. resepi nak?

3:02 PM, February 20, 2006  
Blogger sempoii said...

Bagi ayat menggoda nak pujuk asben masak? err aku takut tak end up kat dapur la.. hahaha! :p

Tabahkan hati bad, jgn nangisĀ² ok..

5:08 AM, February 21, 2006  
Blogger JBM8141 said...

Ida,
banyak boleh kita belajar dari tingkahlaku binatang ni.Antaranya, kalau kita jarang gosok gigi, muka kita jadi macam orangutan.

Intan,
aku tak bawak family la. Hidup kat negara ni... menarik. Menarik dan seronok adalah dua perkara yang berbeza. visit album aku http://bad.fotopages.com. banyak gambar anak aku kat situ.

Esis,
kau ni ada sort of obsession dengan kambing eh? Bagi je la resipi tu, send kat artakusaurora@yahoo.com. nanti aku bagi kat kau Most Wanted Secret Recipes.tejumpa dalam internet. kfc coleslaw, mcd shakes, baskin robbin's icecream cake... sapa nak angkat ibu jari dan jari kelingking kaki kanan serentak!!!

Kak Poii,
Aku menangis sebab potong bawang laaa. Anyway, terima kasih atas pesanan, hidup kat sini mmg kena tabah. Kalau tak, hari-hari menyumpah. Har Har Har.

4:51 PM, February 21, 2006  
Anonymous Anonymous said...

kelakar la plak. ko ni bad, masa dok kat skudai dulu, xde pun nak tunjuk skil masak2. apa yg aku tau, ko punye skil benda2 lain power. hahaha! tak sangka ye. rupa2nya dah pandai kupas bawang. :P

-fajar

6:55 AM, February 23, 2006  
Blogger yakinsz said...

Haha...I learned the cook when I first came to the US. And that was years ago. Anyway, I like cooking when I have the time. It has a calming effect sometimes. Tapi bila lepas masak kadang2 rasa tak larat nak makan lak! hahaha...btw, rindu family tu biasalah. Don't worry, you'll get through it! :-)

10:48 PM, February 28, 2006  

Post a Comment

<< Home