Wednesday, March 15, 2006

Apa persamaan antara golf dan SPM?

Pagi ni semasa aku melayari (uh indahnya bahasaku, serius) lawan web sekolah lama aku, http://www.highschoolmuar.com/, aku terkenangkan satu insiden yang mana kawan baik aku memaki seorang cikgu tapi tidak dikenakan sebarang tindakan. Boleh bayangkan suatu keadaan di mana ramai yang mendengar kata-kata makiannya yang memang dimaksudkan untuk cikgu itu tanpa maksud yang tersirat, tetapi tiada yang marah malahan satu kelas ketawa gembira, termasuklah cikgu berkenaan?

Kawan baik aku, kami panggilnya Mont (sebab dia montel, nama sebenar dia Rizal), adalah anak kepada pegawai pendidikan daerah pada ketika itu. Kami mengambil mata pelajaran Prinsip Akaun yang diajar oleh cikgu Loh dan kelas kami tidak besar, dalam 20 orang sahaja. Dalam kumpulan yang kecil begitu, hubungan kami amat rapat. Pada suatu hari, selepas mengajar, cikgu Loh yang sememangnya kuat berbual, menceritakan kepada kami berkenaan dunia perakauan yang kemudiannya berkait-kait sehinggalah masuk bab pengauditan, pangkat dan rasuah.

Sedang kami ternganga mendengar gorengannya, cikgu Loh dengan selambanya berkata 'macam bapak u la, Rizal'. Tanpa berlengah lagi Mont berdiri dan jarinya menunding ke arah cikgu Loh 'Babi lu Loh A* M***!' dia separa menjerit. Cikgu Loh tersengih dengan sengihan orang bersalah dan kemudian menukar tajuk perbualan. Takkan dia nak marah, kalau Mont report kat bapak dia, macam mana? Satu kelas ketawa, dan Mont, yang duduk sebelah aku selama 3 tahun dari tingkatan 3 hingga 5, senyum kepuasan. 'Huih bukan senang dapat maki cikgu tanpa rasa besalah,' ujarnya. Ha ha ha. Kami dapat A untuk SPM Prinsip Akaun. Betul la dia kata tu. Dia tak bersalah. Selepas SPM, aku pergi ke selatan Malaysia dan Mont pergi ke selatan dunia.

**********
Semalam PD balik Malaysia, cuti seminggu. Aku tinggal seorang diri (dgn Ojit la, tapi dia tak dikira). Apeng minggu lepas lagi dah balik. Minggu depan baru balik. InsyaAllah aku balik awal bulan depan. Silap haribulan balik terus he he he.

4 Comments:

Anonymous Anonymous said...

pergh.. high school muo pon bley ader website tuh.. ni aku kena report kat laki aku nih.. ntah2 laki aku pon tatau.. hahahah.. bukan bley harap.. tu sumer jenis luper diri tuh.. hahaha...

1:37 PM, March 17, 2006  
Blogger JBM8141 said...

intan, bukan hubby ko je. adik dia sekali tu, aloy, pun perlu diingatkan.

12:48 PM, March 19, 2006  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

ooo....dari Muo High School....hehehe...

11:11 AM, March 22, 2006  
Anonymous Anonymous said...

ko nie badrulhisham ker? ko citer pasal mont.. ko mesti 5Sc1..

8:46 AM, April 03, 2006  

Post a Comment

<< Home