Thursday, March 23, 2006

From Jalan Bakariah to Gulshan Avenue...


Ada orang kampung melawat 'rumah' aku. Terima kasih, blackpurple. Dan sebagai seorang yang berbudi bahasa, aku membalas lawatannya dan terjumpa artikel mengenai Muo oleh Dato' Johan Jaafar. Ikut hati, ingin aku menulis nostalgia berkenaan bandar kelahiran aku itu. Mungkin satu hari nanti. Tapi percayalah kata-kata aku, nama Muar sudah terkenal di peringkat antarabangsa dan menjadi salah satu tempat tumpuan para expatriate hehehe...

Sewaktu aku pulang berhari raya haji Januari lepas, aku mendapat buktinya. Sebelum itu, aku dikejutkan dengan satu pendedahan berani seorang pegawai Imigresen di Lapangan Terbang Zia. Melihat kami beratur di kaunter imigresen, seorang pegawai menegur kami "from Malaysia?". "Yup," jawab aku. "Good, I respect Dr Mahathir," katanya. Kami angguk. "Very good leader," katanya lagi. "oh? yes," kami mengiakan sahaja. Sebabnya, sememangnya diketahui mereka suka bercakap dari mendengar kami bercakap. "Dr Mahathir is the fourth generation from Chittagong," sebutnya dan kami ternganga. "Huh? Betul ke?" aku tanya PD. "Angguk je la. Kang buat dia tak bagi balik Malaysia, naya je," gesa PD. Aku mengiakan je. Kalau layan lebih-lebih, silap haribulan keluar cerita Britney Spears berasal dari Sungai Lembing, Pahang.

Apabila tiba masa untuk masuk ke boarding room, aku beratur di belakang seorang pemuda tempatan yang pastinya turut ke Malaysia untuk bekerja. Mereka sering membawa fail hijau atau jingga. Ada yang berkot dan bertali leher, konon-kononnya belajar di IPTS di Malaysia, (lepas tu hilang ntah kemana). Ada juga yang datang ke Malaysia untuk betul-betul belajar, seperti pelajar tajaan Telekom Malaysia. Pemuda tadi, mungkin kerana seronok, menegur aku. "Sir, go back Malaysia?" tegurnya. "Yup, and you?" angin aku baik ketika itu. "I want to go work in Malaysia," sambil tersengih dia menjawab. "Which part of Malaysia?" tanyaku. "Muar, Make furniture (dia menyebut nama kilang tersebut, aku tak ingat), Bukit Pasir," dia menjawab. "Aaaa I know that place," Dulu aku sering menghantar ayah aku pergi dan balik kerja sebagai jaga di salah sebuah kilang di Bukit Pasir sewaktu cuti semester dan aku tahu kawasan yang dimaksudkan.

Masuk ke dalam, aku dan PD mencari tempat duduk. Terjumpa dengan seorang Melayu yang bekerja dengan Ericsson. PD dan abang Ericsson tersebut berborak berkenaan perangai rakyat tempatan dengan suara yang agak kuat, termasuklah perangai mereka yang kuat menipu. Aku lebih suka main Nature Park. Ada seorang pemuda Bangla berpakaian kemas duduk sebelah PD, tetapi hanya diam melihat keadaan sekeliling. Kemudian, ada seorang lagi pemuda Bangla datang dan ingin duduk di sebelah aku. Pelik aku, banyak lagi tempat kosong, sebelah aku jugak yang dia sasari. "Abang nak balik Malaysia?" tegurnya. "aik, boleh cakap Melayu?" tanya aku. "Saya dulu kerja Batu Pahat, 6 tahun," jawabnya. Kemudian dia meneruskan cerita sambil aku mencelah serba sikit. "Dulu ada satu haji di Batu Pahat sangat baik dengan kami. Selalu ajak kami makan rumah (makan nasi kat rumah la tu, bukannya kunyah bumbung rumah satu2) lepas balik dari masjid. Ada makcik jugak ajak kami, tapi kami tak nak sebab orang kampung mesti ada cakap, apa la lu bangla makan rumah orang. kami paham orang tarak suka." "Bagus la you pandai jaga diri. kerja bagus-bagus la, simpan duit," sampuk aku. "lepas kerja 6 tahun saya balik sini. Sekarang sudah 4 tahun saya balik sini saya mau pergi balik Malaysia, kerja," sambungnya. "sekarang mau kerja mana?" tanyaku. "Muar, kilang perabot," jawabnya pendek. Habis la skill buat perabot orang-orang Muar camni.

Mendengar perbualan kami, pemuda berpakaian kemas yang duduk diam sebelah PD tadi menyampuk "saya pun kerja di Malaysia." Aku tau PD dan abang Ericsson tadi terdiam sekejap sebab mereka kutuk orang-orang tempatan kuat menipu. "Memang, abang, orang-orang sini suka menipu, lebih-lebih lagi yang kaya. Mereka selalu menipu orang miskin. Saya datang airport sini dari kampung pun kena tipu beribu taka," ceritanya. Ntah hapa lagi yang diceritanya dengan PD aku tak ingat. Aku cuma bertanya kepadanya, kat Malaysia kerja di mana. Yup, Muar.

Masuk dalam flight, aku tak bertanya dah. Aku terbayang keadaan Tanjung Emas 10 tahun dari sekarang. Bhai ya!!! Kya mona chin?!?!? Balhooooo....

5 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Terima kasih juga kerana mengabadikan pengalaman sdra melawat blog jowopinter. Kita mempunyai sentimen yang serupa rupanya. Satu lagi entry 'catatan S Jaafar' juga bermaksud yang lebih kurang serupa.......

Muo tetap di hati......

2:36 PM, March 27, 2006  
Blogger fajar said...

wah, mesti dah terror ckp org sana kan?

10:20 AM, March 29, 2006  
Anonymous Anonymous said...

isk isk isk... bahaya cenggitu!! walaupon aku bukan org muo.. tp laki aku org saner.. walaupon bkn jaWORLD mcm ko.. tp muo akan menjadik tmpt aku berkg biler udah tua nanti!!!

uwwwa... tanak laa sekg ngan bangla.. tulun tulun... kang tib2 lagik 30 thn, kiri kanan umah aku (lom ader lagik skrg).. sumer bangla.. uwwaa...

9:40 AM, March 30, 2006  
Blogger JBM8141 said...

blackpurple
dah baca gak yang tu. thanks.

fajar
sepatah dua je, bang. bahasa dorang kompleks. tulisan dorang melambangkan cara hidup dorang. rumit.

intan
nak ke, tak nak ke, tu le realitinya. so, apa lagi, bukak le kilang perabot kat muar.

12:54 PM, March 30, 2006  
Blogger Rie said...

cayalah. muar memang global

7:21 AM, March 31, 2006  

Post a Comment

<< Home