Monday, March 13, 2006

Can you see whatever lies beyond that mountain without climbing it?


Cerita ini selalu diulangkisah oleh En Sumbat (dipercayai diriwayatkan pertama kali di bumi bangla ini oleh Haji NMC) setiap kali kami berkumpul, samada sewaktu makan atau beriadah. Setiap seorang dari kami mempunyai tujuan yang tertentu merantau, mencari rezeki di negeri orang. Dan setiap seorang dari kami mempunyai pengalaman tersendiri, samada manis atau pahit dan juga perancangan untuk masa depan. Dan di dalam perjalanan menuju destinasi masing-masing, bermacam perkara dan halangan boleh berlaku dan setiap satu darinya mempunyai hikmah.

***********

Tersebutlah kisah di satu masa yang tidak bertarikh, di sebuah negeri yang tidak bertempat, terdapat seorang raja yang mempunyai seorang penasihat yang telah berkhidmat dengannya untuk sekian masa yang tidak tercatat. Raja ini sering merujuk kepada penasihatnya sekiranya berlaku sebarang masalah seperti bajir kilat dan juga isu-isu seperti kenaikan harga minyak cap kapak di negeri tersebut. Dan satu kata-kata yang sering diberikan oleh penasihat ini kepada rajanya ialah 'sabarlah tuanku, patik pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini.' Dan selalunya, raja ini menerima kata-kata tersebut dengan senang hati.

Satu hari si raja bersiar-siar menaiki basikal di taman istana bersama-sama dengan gundik-gundiknya. Sesambil bergurau senda, salah seorang gundiknya telah mencucuk pinggang raja ini kerana raja ini terkenal dengan perangai melatahnya. Raja pun terjatuh dan kakinya termasuk dalam rantai basikal yang sedang berpusing. Luka teruk wa cakap lu. Terkopek dan banyak la darah raja tersebut yang mengalir keluar. SI pensihat pun berkejar ke tempat kejadian, dan seperti biasa, terkeluarlah kata-kata hikmahnya itu... 'sabarlah tuanku, patik pasti ada hikmahnya ni.' Si raja menjadi berang 'Apa ni? tak nampak kaki beta dah luka teruk, sure nak kena jahit ni, sakit tau tak? ini pun ada hikmah? Pengawal, tangkap dia ni, campak dalam penjara, bosan beta dengar kata-katanya.' Si penasihat tersengih 'takpe la tuanku, masuk
penjara pun ada hikmahnya jugak dan...' belum sempat si penasihat menghabiskan ayatnya, raja menjerit 'Cepat!!!!!masukkan dia dalam penjara dengan gundik yang cucuk pinggang beta tadi!!!!!'........

Hendak dijadikan cerita, suatu hari di bulan februari, si raja, dengan terdengkot-dengkot, pergi memburu di sebuah hutan yang agak jauh dari negerinya sambil membawa sekumpulan kecil pengawal2 diraja. Nasib malang, rombongan mereka terjumpa satu puak makan orang dalam erti kata lain, kanibal . Kumpulan mereka teramat kecil, dan mereka semua ditangkap dan dibawa berjumpa chip kodok eh eh silap chip kanibal tersebut. Suatu majlis makan-makan pun diumumkan dan segala persiapan untuk memasak kumpulan raja itu segera dimulakan. Sebelum upacara memasak dilangsungkan, chip kanibal tersebut memeriksa satu persatu hasil tangkapan mereka. Sebagai Mr Perfect, chip kanibal ini amat cerewet. Sewaktu dia memeriksa anatomi si raja, dia dapati kaki raja ada luka besar yang masih belum sembuh. "eeeiiii, apa ni? lain kali kalau tangkap tu tengok la dulu, geli la wei,' komen chip kanibal. Menurut kepercayaan mereka, sekiranya mereka memakan manusia yang ada luka-luka, ada kemungkinan mereka akan mengidap penyakit gila babi hutan dan migrain. Si raja pun dilepaskan tetapi pengawal-pengawalnya terus ditahan dan dimasak sweet sour serta gulai asam pedas.

Raja yang terselamat ini segera balik ke istana dan termenung kerana mengingatkan kata-kata penasihatnya. 'Betul la, ada hikmahnya kaki aku luka ni,' fikirnya. Dia pun mengarahkan supaya penasihatnya dan gundik tadi dilepaskan dan tanpa berlengah lagi dia meminta maaf kepada penasihatnya dan menceritakan apa yang berlaku. Seperti biasa, si penasihat berkata 'patik juga ingin berterimakasih kepada tuanku kerana masukkan patik dalam penjara... ada hikmahnya, tuanku.' 'Apa dia?' tanya raja sambil menjeling ke arah gundiknya. 'Kalau tuanku tak masukkan patik dalam penjara, ada harapan patik pun kena gulai dengan puak kanibal tu,' kata penasihatnya.........................

*******
tak kisah la apa yang berlaku; notebook hilang, kereta baru remuk digesel, elaun beribu2 US dollar yang dijanjikan tak dapat, dipaksa berjauhan dari yang tersayang, dapat bos bodoh ataupun yang sayang kroni... semuanya ada hikmah. Duduk diam-diam dan fikir. Kalau nasib baik, hikmah datang dulu sebelum kita sedar macam raja dalam kisah di atas. Kalau nasib tak baik, kita akan terus menyumpah kerana tak terjumpa hikmah yang tersedia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home