Monday, March 06, 2006

Kuch Kuch Hotak Hang

Kami baru dapat maid/tukang gaji. Minggu lepas Sayem, orang Admin, datang bawak maid ke ofis untuk berkenalan dengan kami. Soalan pertama yang aku tanya kat maid tu, dah kawin ke belum. Penting soalan ini sebab nak tahu mentaliti dia macam mana. Serius, takde udang di sebalik batu, mi mahupun kenaikan harga minyak di pasaran. Apeng kemudian bertanya berkenaan kerjanya sebelum ni. Dia bekerja di Hotel Pan Pacific selama setahun sebelum berhenti. Sayem pun explain scope of work dia pada kami; masak, kemas rumah, gosok baju dan memastikan segala keperluan kami dipenuhi seperti air minum, pembayaran bil2, dan sebagainya. Dan maid ni akan tinggal bersama kami. Selepas pertemuan tu, kami suruh driver kami, Badal, membawanya pulang ke rumah untuk melihat keadaan rumah dan jugak kemudian ke pasar untuk membeli segala barang-barang dapur.

Apabila aku pulang ke rumah malam tu, terkejut aku tengok baju aku dah dibasuh, dilipat, katil aku kemas, buku-buku aku tersusun atas meja dan makan malam siap dimasak. Biasanya kami buat sendiri semua tu so agak janggal la bila balik je rumah semuanya dah siap. Kami kesian jugak melihat dia terpaksa tinggal di bilik yang amat kecil dalam rumah kami. Bilik air aku lagi besar dari bilik dia. Tiada katil, tiada tilam, tiada kipas, cuma bantal dan selimut. Nak jugak aku ajak tidur dalam bilik tapi ye la, faham2 je la kan, tak boleh bagi muka sangat kecuali kalau dah kenal lama. Oh lupa nak bagitau, nama dia Ojit dan dia dah kawin selama 3 tahun. Isterinya tinggal di kampung. Errr, ye, maid kami tu lelaki. Bukan perempuan. Gambar di sebelah hanyalah gambar hiasan.

Sedap jugak masakan dia. Ye la, dia kan chef kat hotel dulu. Lepas makan tu, kami panggil dan bertanyakan nama penuh dia. Nama penuh dia adalah Ojit Stanley Apakenamantahlepastuakutakingat sebab aku dah start tekejut. Apeng tanya lagi, apa agama dia. Bukan Islam. tak payah sebut la kan. Hampeh. Aku perasan PD dah terlopong sebelah aku. Hampeh punya Sayem. Lebih 100 juta orang Islam dalam negara ni, ini yang dia cari. As Muslim, korang tau la kan. Bab2 makan ni memang sensitif. Lepas tu kami direct bgtau dia kami akan masak sendiri lepas ni. Tugas dia adalah seperti yang Sayem cakap kecuali masak. Sampai ke hari ni kami masih berfikir nak suruh dia blah ke atau pun nak suruh Sayem tu yang blah. Geram siut. Tapi kami kesian jugak kat Ojit ni, dia pun nak cari makan jugak untuk anak bini dia. Dia ada anak perempuan yang mungkin sebaya dengan anak aku. Nak buat apa-apa pun biar berhikmah, sebelum dia blah tu, mari kita isi telinga dia dengan apa yang patut dia dengar. Mana la tau kan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home