Saturday, July 28, 2007

Harry Potter yang berumur

Kau tahu kau sudah berumur apabila

anak-anak saudara kau semakin ramai...

kawan-kawan sebaya kau yang belum berkahwin semakin kurang...

seorang demi seorang rakan sekerja kau meninggalkan syarikat...

kecederaan otot atau urat kau semakin lambat pulih...

orang di surau menolak kau ke depan menjadi imam...

Harry Potter sudah sampai ke penghujung ceritanya. Semalam aku mendapat email yang mengandungi salinan lembut (softcopy hahaha) Harry Potter and the Deathly Hallows. Tetapi aku hanya membaca 2 muka surat pertama sahaja kerana aku tidak pasti samada itu adalah cerita asal ataupun draf yang entah ke berapa puluh ditulis oleh JK Rowling. Aku mesti memiliki buku terakhir Harry Potter untuk melengkapkan koleksi aku. Borders, malam ni?

Teringat aku 2 tahun lepas sewaktu HP and the Half Blood Prince baru keluar di pasaran, aku seperti tahun ini juga tidaklah mengejar hari pertama munculnya buku itu di Malaysia. Aku tidak gemar bersesak-sesak kecuali jika wajib. Balik kampung di Muar, aku pergi ke kedai buku Popular di bangunan sebelah Toko Besar Senyum. Aku tidak ingat namanya. Yang aku tahu ialah Senyum, Hock Hai dan Upwell (kini Astaka) kerana aku membesar bersama mereka. Masih banyak HP and the HBP berada di rak. Tidak kelihatan versi dewasa, aku mengambil versi biasa yang bezanya hanyalah muka depan dan cara binding. Sewaktu mahu membayar di kaunter, aku didahului dua orang pelajar perempuan yang sebaya dengan adik ipar aku. Berdasarkan pakaian dan tudung mereka, aku rasa mereka dari sekolah menengah di sekitar Muar.

Dari perbualan mereka dan gadis penjaga kaunter, mereka telah menempah buku tersebut dan kini ingin mengambilnya. Aku menunggu dengan sabar dan dalam hati ingin juga aku mempromosikan Saga Artakusiad kepada mereka kerana mereka nampaknya meminati kisah sains fiksyen. Tetapi sewaktu membayar, aku nampak mereka menghadapi masalah. Harga buku tersebut lebih tinggi dari apa yang mereka sangkakan. Habis semua duit mereka keluarkan dari beg duit tetapi masih tidak cukup. Hanya kurang lagi tidak sampai 2 ringgit. Serba salah dan malu. Beberapa ketika mereka menoleh kiri dan kanan, yang mereka nampak hanyalah seorang pemuda di belakang mereka yang bermuka toya. Dengan tersenyum aku bertanya 'Berapa yang tak cukup tu?'. Aku cukup gembira untuk membantu kerana minat membaca mereka. 'Nah,' aku menghulur 2 ringgit tanpa menunggu mereka menjawab. Mereka mengangguk-angguk malu dan berkata 'Terima kasih, pakcik'.

Pakcik? ITU SATU LAGI CARA UNTUK MENGETAHUI BAHAWA KAU SEMAKIN BERUMUR HAHAHA. Aku berharap di Borders nanti gadis penjaga kaunter di sana tidak terlalu ramah dan menyapa aku dengan berkata 'Wah, lengkaplah koleksi Harry Potter anak encik ya?'.

Oh ya, selepas keluar dari Popular, aku mencari 2 orang pelajar tadi tapi tak terjumpa. Bukan untuk mengurat atau mempromosikan Saga Artakusiad yang ideanya hilang sebentar tadi, tapi untuk bertanya samada mereka mempunyai wang tambang untuk pulang. Kan aku seorang pakcik yang baik?

11 Comments:

Blogger Adun Karamba said...

gile tua ko, macam kes aku biasa diorg panggil aku 'adik'.

6:32 PM, July 28, 2007  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Jarang orang panggil aku
'uncle' atau pakcik. Panggil abang pun jarang. Selalunya diaorang panggil adik. [ha ha ha. perasan muda betul aku!]

Aku tak minat sangat HP. Tak tau kenapa?

1:41 PM, July 30, 2007  
Blogger fajar said...

kena terima hakikat bahawa kita ini semakin meningkat usia. tapi, aku rasa mcm x sedar ttg itu. isk...

8:27 PM, July 30, 2007  
Blogger Huda said...

This comment has been removed by the author.

7:14 AM, July 31, 2007  
Blogger Huda said...

pakcik, nak dua posen? hehe. kesian kat kau, tak pernah lg org panggil aku makcik. biasanya "kak" skrg, no longer "adik" mcm dulu :( i agree with u, kita dah tua.. closer and closer to death. hei, takut! HP & the goblet of fire movie, was rather disappointing dont u think? aku yg tak baca habis pun (only for that particular episode) frust dgn movie tu, apa lagi kalau yg baca habis!

7:15 AM, July 31, 2007  
Anonymous Anonymous said...

Oo...

Tu namanya Kompleks Lagenda.. yang bangunan hijau dan satu2 nya yang ada panggung wayang kat Muar kan.. ha ha ha...

Hanya pergi situ bila rasa nak beli cd game dan juga tengok wayang. Kalau tak memang tak jejak..

10:10 AM, August 01, 2007  
Blogger JBM8141 said...

isti
aku rasa ko kena bela misai n janggut la. rambut tu bagi nipis sikit. pak arab tengok ko pun rasa cam beselera je.

bp
amalam penjagaan kesihatan kau hebat. aku pun tak minat harry potter dulu, tapi bila TERbaca buku 1 anak sedara punya, terus hook.

fajar
nanti bila najla cakap macam balqis cakap hari tu 'ayah, tak nak bawak, nanti kawan tengok' sambil sembunyikan botol susu dia dalam kereta, lagi la terasa...

huda
dua posen? ingat aku bujang lapuk ke? hehehe. ntah aku tak tengok GoF. what i like about the movie is they grow up together in there.

chentahati
yup lagenda. dulu kat situ tapak pawagam odeon. i still remember, i bought first class ticket, but found out that first, 2nd or whatever classes that they had were actually the same. hampeh.
ada lagi 2 pawagam cathay dan rex, tapi yup, semua dah takde.

panjangny aku jawab. actually nak update tapi ada batu besar dalam kepala. berat.

10:56 AM, August 02, 2007  
Blogger dinoor said...

waaa, ini kes tua sebelum umurnya nih! kepala ko dah naik uban banyak kutt!

aku pulak muda tak padan dengan umur! muahaaa... bukan perasan aaa..

ada ka hari tu tokei kedai makan yang aku pi makan tanya aku student kat u mana?

cita betul nih!

wakakaka...

7:51 PM, August 07, 2007  
Blogger Fadzilayaty Ramli said...

salam bad..sian kat ko....aku selalunya orang ingat student UKM...kecuali if aku dokong alya....(jgn mare yer..)

8:57 AM, August 08, 2007  
Blogger luna said...

haha..kelakar.
setakat ni sume org manggil saya 'cik', tapi masa kat hospital, pekerja tu manggil 'puan'..cehh..

(gi hospital utk checkup kandungan..cehh)

12:15 PM, August 14, 2007  
Blogger JBM8141 said...

mahyudin, fadzila, laluna
korang ni awet muda belaka yek. tunggu la kalau bas penuh nanti, sure aku yg dapat tempat duduk dulu... sebab nampak lebih tua heheh

6:28 AM, October 26, 2007  

Post a Comment

<< Home