Friday, May 25, 2007

Kahwin

Musim cuti sekolah datang lagi. Seperti biasa, banyak majlis kenduri kahwin diadakan sepanjang cuti sekolah ini. Aku sendiri menerima 5 atau 6 jemputan kahwin dari saudara mara dan sahabat handai. Untuk berlaku adil, pat pat gi, jemput dulu, aku pergi. Memandangkan antara yang terawal 'menjemput' adalah majlis makcik isteriku, maka itulah majlis pertama yang akan aku hadiri. Mana taknya, dah sebelah rumah kat kampung kat Baling tu... dan menjadi undang-undang tak bertulis aku dan isteri, kalau cuti panjang, pasti balik ke Kedah dan kalau cuti pendek, balik ke Muar. Hari Raya Aidilfitri pula, masih setia mengikut giliran.

Majlis yang kedua akan aku hadiri, insyaAllah, adalah majlis rakanku, Shauki yang diadakan di Perlis. Aku cukup gembira kalau mendengar berita rakan-rakan seperjuanganku di Skudai menamatkan zaman bujang masing-masing. Lagipun aku berada di Kedah pada waktu itu, jadi alang-alang biar sampai ke Perlis. Lagi satu, Perlis adalah satu-satunya negeri dalam Malaysia yang aku belum sampai.

Teringat pula aku sewaktu aku menjalani proses pra-perkahwinan. Ujian darah dan temuduga menjadi perkara yang wajib di Johor, dan aku sempat menolong Ustaz yang menemuduga aku menyelesaikan masalah prepaidnya. Err, oi aku lulus temuduga sebab aku berjaya jawab semua soalan dengan lancar, ya. Merisik? Hahaha, akulah yang 'merisik' isteriku sendiri. Dengan selamba aku pergi ke Kupang, Baling dan bertemu dengan bakal keluarga mertua aku buat pertama kali dan terus menetapkan tarikh pertunangan. Bertunang? Alhamdulillah ramai yang menyertai rombongan pertunangan aku, dan mungkin kerana kepakaran taiko-taiko besar dalam keluarga kedua-dua belah pihak, hantaran yang dipersetujui tidaklah mengarut dan melampaui batas-batas adat ketimuran Eskimo Darat. Bernikah? Macam nak rak aku menghafal skrip ijab dan qabul dan juga mengawal pernafasan agar tak tersalah sebut nama bakal isteri dan juga bapa mertua... rupa-rupanya aku hanya perlu menjawab 'Aku terima nikahnya dengan yang tersebut'. Itu sahaja.

Kenapa aku sibuk mengimbas kembali saat-saat aku menjadi seorang suami?

Lima tahun yang lepas, pagi 25 Mei 2002, di sebuah masjid di Kampung Padang Lengkuas, Kupang, Baling, aku dinikahkan dengan Wan Nor Azian binti Biduzodin dan semalam adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang kelima. 5 tahun yang penuh warna warni.

Apa yang masih kekal sejak 5 tahun dahulu?
Peti sejuk, televisyen, set bilik tidur, jam tangan...

Apa yang bertambah sejak 5 tahun dahulu?
Balqis Hani, Bazli Hadi, mesin basuh (mula2 kawin basuh tangan aje), berat badan aku... our love...

Apa yang berkurang sejak 5 tahun dahulu?
Rambut aku...

Apa yang ada untuk 5 tahun lagi?
Rumah sendiri, kerja baru, seorang lagi anak, kereta yang sama (hopefully)...

Happy Annivessary, my dear. May Allah bless us all the way. Thanks for everything...

4 Comments:

Blogger fajar said...

oh so sweet!
tahniah. selamat ulangtahun perkahwinan yang ke5. Moga bertambah kasih sayang dan rahmat dalam rumahtangga kalian.

bad, aku x akan lupakan inspirasi kau untuk aku mendirikan rumah tangga dulu. the chat give a BIG impact to my life.

"kerana mengharap RAHMAT Allah"

:)

6:01 PM, May 26, 2007  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah! Tahniah! Tahniah!

Semoga ikatan perkahwinan kau terus diberkati dan dirahmati Allah sehingga ke akhir hayat.

Ukurlilit perut macamana? Ada peningkatan yang ketara tak dari sejak mula kahwin dulu? ha ha ha.

2:47 PM, May 27, 2007  
Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah!! tahniah bad!! semoga dipanjangkan jodoh selamanya.. AMIN!!!

ps: aku thn nih insyaAllah masuk 6!

9:53 AM, June 04, 2007  
Blogger JBM8141 said...

fajar
aku mintak izin republish chat tu dalam blog aku eh? thanks.

Bp,
ah sudah gaharu cendana pula, sudah tahu... eh ko bila nak kawin? banyak dah harta tu rasanya...

Intan,
May Allah bless u and Naim for the next 60 years...

Terima kasih. Semoga Allah memberikan kalian kehidupan yang dipermudahkan untuk menuju kebahagian dunia dan akhirat.

12:00 PM, June 06, 2007  

Post a Comment

<< Home