Thursday, May 17, 2007

Alasan

Ah lama sungguh aku meninggalkan blog ni. Kenapa lama aku tak update? Hmmm, kalau aku tak nak beri jawapan, boleh tak? Aku ingin melatih diri untuk tidak memberi alasan kerana aku merasakan aku semakin pandai mencari alasan dari memberi alasan. Memberi alasan ialah apabila mempunyai sebab, tetapi mencari alasan pada aku adalah lebih kepada mencipta sebab yang tiada. Jadi, mari kita teruskan...

******Delayed Transmission*****
Hujan yang turun sejak 2,3 hari lepas membuatkan aku hanya berkurung di dalam hotel dan bermain game. Walaupun Hotel Zon Regency (dulunya dikenali sebagai Eden Garden) ini mempunyai kompleks membelibelah di dalamnya, tetapi aku hanya mengambil masa tidak sampai satu jam untuk habis 'membeli tingkap'. Benci aku melihat anak-anak Melayu (tidak pasti Islam atau tidak) menjadi penjual arak.

Memandangkan ini adalah hari terakhir aku outstation di Johor Bahru, aku mengambil keputusan untuk keluar awal dari hotel dan pergi ke Kotaraya JB. Banyak kenangan aku di sini selama 5 tahun aku tinggal di JB satu ketika dahulu. Selepas meletakkan kereta di bumbung bangunan, aku segera berlari ke pintu masuk kerana hujan yang amat lebat. Sejuk dan basah, membuatkan aku terasa ingin terkencing. Sewaktu turun dari eskalator, aku ternampak satu tanda arah ke tandas dan terus mengikutinya, melepasi beberapa orang pemuda yang sedang lepak di kaki lima. Aku terlihat pintu tandas sudah terbuka dan tiada orang yang menjaga pintu untuk mengambil bayaran. Percuma kot. Terus aku masuk, pilih satu cubicle dan menyempurnakan hajat aku. Selepas bersuci, aku terdengar suara 2 orang wanita yang masuk dan berborak sambil menggunakan sinki. Pencuci tandas agaknya, fikirku. Tetapi minda separa sedar aku tidak membuatkan aku terus membuka pintu dan keluar.

Loghat mereka bukanlah loghat orang luar, dan suara mereka adalah suara muda. "akak tak pegi rebonding ke?"... "Entah lah fesyen tu macam payah je nak jaga" ... bla bla bla aku tak ingat apa lagi kerana aku tahu aku dah tersilap masuk tandas. Naluri aku mengingatkan aku untuk secure the place. Cepat-cepat aku keluarkan handphone aku dan menukar mode kepada silent. Jangan ada yang menghubungi aku sewaktu peluh sudah mula mengalir di leher. Aku tahu apa akan terjadi kalau aku ditangkap berada di dalam tandas wanita. Bukan kerana aku pernah ditangkap tetapi kawan baik aku yang ditangkap sewaktu mencari tisu di dalam tandas wanita di pejabat kami. Dia tidak menyangka masih ada pekerja wanita yang bekerja larut malam tetapi sudah memang nasibnya tidak baik, ada. Tidak mengapalah, kesnya sudah ditutup dan dia didapati tidak bersalah. Aku?

Masa yang sekejap aku rasakan begitu lama. Argh, sudahkanlah perbualan dan keluarlah dari sini, jerit aku di dalam hati. Janganlah sampai masuk lagi 3,4 orang perempuan yang bercerita tentang Mawi pulak lepas ini. Terseksa sungguh aku. Kemudian salah seorang dari mereka melangkah keluar dari tandas dan seorang lagi masuk ke salah satu cubicle di sebelah aku. Aku menunggu seketika dan membuka sedikit pintu untuk memastikan tiada sesiapa di luar. Line clear. Aku meluru keluar dan pemuda-pemuda tadi sedang berkumpul di luar tandas lelaki yang berhadapan dengan tandas wanita yang aku masuk. Dalam keadaan begini, bakat lakonan yang asli amatlah diperlukan. Aku pasti muka macho Steven Seagal tidak boleh menyelamatkan aku. Dengan muka yang blank, mata yang dibulatkan dan langkah yang terhenti, aku ternganga dan melihat ke pintu yang bertentangan. Pemuda-pemuda tadi dengan spontan kata 'Salah masuk ke bang?'. 'Ha ah' jawab aku.

Dan aku tahu apa yang membuatkan aku termasuk ke tandas wanita. Tanda 'Sedang Dicuci' atau 'Tandas Licin' (aku tak ingat yang mana satu) digantung menutupi simbol 'Tandas Wanita'. Hampeh. Dengan keadaan aku yang terkucil nak terkencing, sebarang bilik yang menyerupai tandas amatlah dicitakan. Tidak sempat memeriksa lambang. Aku melangkah dan menggelengkan kepala (sambil kaki aku menggigil) dan meninggalkan para pemuda tadi gelak-gelak kecil. Aku terus menuju ke kedai cenderamata, membeli ole-ole untuk Balqis dan Bazli, dan sehelai tudung untuk isteriku. Dan aku terus tinggalkan Kotaraya, manalah tau kot-kot ada CCTV yang mengikuti pergerakan aku. Rancangan makan tengahari di tingkat atas Kotaraya terpaksa aku batalkan. Jangan cari pasal. Tiada alasan aku boleh bagi kalau aku tertangkap waktu itu.

*Budak-budak UTM semua dah duduk dalam ke? Aku lihat warung-warung di sekitar Taman Seri Puteri lengang, kosong tiada pengunjung.
*Untuk abang polis yang melihat sebuah kereta Celcom berpusing-pusing 4 kali di sekitar CP dan Komtar, maaflah bang, saya mencari jalan ke Stulang yang kali terakhir saya pegi pada tahun 1999 dahulu. Jalannya dah ilang...
*Hotel Zon Regency amatlah tidak sesuai untuk orang yang ingin tidur awal pada waktu malam. Bising.

6 Comments:

Blogger fajar said...

hahahah. kelakarnya. takleh aku imagine keadaan kau waktu tu. rileks, lagipun bukannya kantoi kan? hahaha

p/s: rasanya zali x tahu kot. biarlah.. :)

7:39 PM, May 17, 2007  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Setelah genap lima bulan kau menyepi dari arena 'perblogan', akhirnya keluar juga kau dari persembunyian ekk.. he he.

Nak juga merasa 'tersalah' masuk tandas. Ada beza tak dari segi bau.. ? ha ha..

12:29 PM, May 18, 2007  
Blogger Alpha said...

Hoh lamanya engko bersembunyi.

Apa-apa hal, satu panduan tandas awam - kalau takde tempat kencing berdiri tu, maknanya tandas pompuan le tu!

8:02 AM, May 20, 2007  
Blogger fajar said...

tp, betul la. kalau dah tak tahan sgt, mana la perasan sgt kan?

3:32 PM, May 22, 2007  
Anonymous Anonymous said...

kwang kwang kwang.. sib baik ramai org depan aku, tak bley bantai gelak kuat2!!

takper bad, aku paham perasaan ko time tuh.. aku pon ader pengalaman salah masuk toilet nih.. tp percayalah, aper yg ko alami lagik OK DARI YG AKU ALAMI!! (jgn tanye selebeynye)... :D

11:38 AM, May 25, 2007  
Blogger JBM8141 said...

fajar
hehe mmg tak kantoi tapi cukup la untuk menguji ketenangan aku menghadapi saat2 cemas... yup, mmg aku tak tahan, sejuk + basah...

bp
bang, deria bau aku tertutup waktu tu. control nafas. tapi aku rasa bersih jugak la...

alpha
mana le sempat aku nak perati tempat berdiri tu, lagipun aku mmg tak biasa kencing open2 ni. mesti cari cubicle. malu ah... hehe

intan
lama tak dengar cerita. nanti ada geng kita dulu join kau, insyaAllah. ko pun silap masuk tandas? pompuan takpe la, boleh buat ala2 maid nak basuh tandas wahaha...

9:14 PM, May 25, 2007  

Post a Comment

<< Home