Thursday, June 07, 2007

Kitaran

Hmmm baru semalam dalam entri aku, aku konon-kononnya cuba buat 'lawak' mengenai penyakit mata yang mudah merebak seperti wabak-wabak lain yang berbahaya. Hari ini keluar berita virus selsema burung di Sungai Buloh. Berpuluh-puluh ayam kampung ternakan dijumpai mati dan hasil ujian yang dijalankan mengesahkan kehadiran virus H5N1 di kawasan tersebut. Kawasan di sekitar Kampung Paya Jaras Dalam, Hulu dan Hilir dilaporkan di dalam pemantauan pihak berkuasa. Alhamdulillah rakyat di negara kita ini boleh dikatakan peka dan sensitif dengan perkara sebegini. Penternak yang memiliki ayam kampung yang mati itu juga boleh dikatakan seorang yang bijak kerana terus melaporkan kepada pihak berkuasa sebaik sahaja mendapati ayam ternakannya mati bergelimpangan. Setakat ini tiada jangkitan ke atas manusia yang dilaporkan.

Mustajab? Tapi aku tidak memiliki apa jua kuasa memakbulkan kata-kata aku sendiri. Dan aku bukannya Desmond David Hume dalam cerita Lost yang mempunyai anugerah melihat lintasan gambaran di masa hadapan. Celupar? Mungkin jugak. Aku minta maaf kalau ada yang marah. Selsema burung, seperti mana berjenis wabak berbahaya yang lain, bukannya suatu yang boleh dibuat main. Aku akan lebih berhati-hati selepas ini. Sebab itulah, mulut kita ini (ataupun dalam alam siber, jari kita ini) perlu melahirkan perkataan yang baik-baik sahaja. Contohnya, melahirkan harapan supaya perniagaan kita berjaya, pelajaran kita cemerlang, dapat naik pangkat dan bermacam lagi. Ataupun kita menyebut supaya dimurahkan rezeki atau dikurniakan anak.

Ehem ehem. Isnin lepas, isteri aku yang masih berada di Kedah memberitahu penanda ujian kehamilan yang dilakukannya sendiri menunjukkan 2 garisan yang menandakan dia hamil. Dia hanya ingin menghilangkan rasa curiganya terhadap ketidakselesaan yang sering dialaminya sejak kebelakangan ini. Dan pagi semalam, dia membuat scanning... alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Ya, isteri aku telah hamil 6 minggu. Secara jujur kami memang tak menjangkakannya. Sekali lagi, baca kembali entri Kahwin aku 25 Mei lepas. Salah satu dari impian aku dalam masa 5 tahun dari sekarang ialah seorang lagi anak. Mustajab? Premonition?

...Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)...

Segala puji bagiMu ya Allah, Yang Menjadikan kami dari tiada kepada ada.

6 Comments:

Blogger fajar said...

tahniah bad! wah, bkn main laju lagi. ni dah masuk 3. nak kena keep up. moga2, lps ni dpt twin, terus boleh sama. kan kan?
doakanlah bad. aminnnn.

3:00 PM, June 11, 2007  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Tahniah. Tahniah. Tahniah.

Terusakn produktiviti bro'...

Tak balik Muor? :D

8:28 AM, June 18, 2007  
Anonymous Anonymous said...

alhamdulillah!! congrats!!

heehehe.. itu laa pasal aku tak berani berkata aper2.. takut kang menJADI!! hahaha

6:49 AM, June 22, 2007  
Blogger Adun Karamba said...

bad, ko cite pasal aku hensom plakk

7:38 AM, July 03, 2007  
Anonymous Anonymous said...

Alhamdulillah, bertambah sorang lagi umat Muhammad. Tahniah, bad!

nak masuk tiga dah hg noo. aku tatau la bila yang no.3 hehe...

Woit, tukar link aku tu, bukan yg lama dah daa...

11:30 AM, July 05, 2007  
Blogger JBM8141 said...

fajar,
sabar, tumpukan pelajaran itu dahulu. kalau rasa dah stabil, proceed. heheh...

bp,
ish anak aku dah hampir setiap hari sebut 'nak balik rumah tok waaa.....' maybe ujung bulan ni, insyaAllah

intan
abih takkan nak bagi Naim pangkat koperal aje??? thanks :).

adun
tak mau la, kau dah la banyak duit. kaya raya nak hensem lagi. mana boleh.

mahyuddin
thanks. weh kau mengajar kat fakulti mana??? Still dgn MU atau dah pindah Spain? hehe...

3:29 PM, July 13, 2007  

Post a Comment

<< Home