Monday, October 16, 2006

Puas menyelam

Jabir r.a darpada Anas, telah bersabda Nabi s.a.w yang bermaksud, “5 perkara dapat membatalkan pahala puasa seseorang , ucapan bohong, mengumpat, fitnah , sumpah palsu dan pandangan yang bernafsu”
(Riwayat Al-Azdiy)

Sesungguhnya, ini bukanlah alasan untuk aku tidak memasukkan entry (maaf, aku tidak ketemu perkataaan yang sesuai dalam Bahasa Melayu, mungkin ada, tapi aku tidak tahu) terkini. Aku sememangnya sibuk, tapi aku rasa sibuknya aku tidaklah sesibuk Mat Jan atau Tok Rimau yang turut sama tidak mengemaskini blog masing-masing. Pulang dari Bangladesh, aku kini bersama dengan syarikat lama aku, dan aku kini terlibat dalam pasukan Operasi dan Penyelenggaraan 3G. Dan aku tak ingat berapa kali aku bekerja malam untuk menaiktaraf dan menambahbaikkan rangkaian 3G yang dibekalkan oleh syarikat aku. Sekiranya aku bekerja malam, aku akan mengambil masa rehat (timeoff) pada paginya, tetapi ini tidak bermakna aku boleh berehat. Balqis akan memastikan aku bangun semula sebelum pukul 8 setengah pagi untuk melayan kerenahnya.

Kini, apabila kita memberikan no telefon bimbit kita kepada seseorang, kita perlu maklumkan kepada mereka bahawa nombor telefon kita adalah 3G. Bukan apa, bolehlah kita berbual sambil melihat macam mana rupa saudara yang di hujung talian sana. Sewaktu aku berkampung di Seberang Jaya selama sebulan, hampir setiap malam aku berhubung dengan keluarga melalui panggilan video. Ada sahaja yang ingin ditunjukkan Balqis kepada aku. Makanannya, permainannya, dvd yang sedang ditonton dan tak lupa, apa yang sedang dibuat oleh adiknya.

Tips: Untuk wanita Muslim, sila halakan kamera telefon anda ke arah lain sebelum menjawab panggilan telefon video sekiranya anda tidak menutup aurat ketika itu.

Untuk pengguna internet ataupun penulis blog tegar seperti Elaira dan Balckpurple, aku cadangkan 3G untuk anda. Di dalam kesesakan jalan raya ataupun kerosakan komuter pun anda boleh mengemaskini blog anda. Dengan syarat ada liputan 3G lah. Untuk pengetahuan, Muar pun dah ada liputan 3G. Dan aku baru sahaja menaiktaraf kad sim aku kepada 3G Unlimited.

Soalan cepumas: Apa akan jadi kalau tiada langsung bekalan elektrik seluruh negara untuk... 3 hari???

*****

Banyak perkara yang ingin aku catatkan di sini tapi malangnya aku terlepas. Kalau nak berbicara mengenainya pun, macam dah basi. Kematian Steve Irwin, Mat Rempit belaan Putera UMNO (yang mana aku cukup sokong cadangan Alpha untuk menugaskan penembak tepat bagi menyelesaikan masalah ini. Mat rempit banyak menyusahkan aku, penunggang motor yang jujur hahaha), sistem SMS One In A Million yang huru hara dan banyak lagi. Tidak mengapa, apabila relevannya masa dan suasana, pasti timbul balik cerita-cerita ini.

6 Comments:

Blogger blackpurple @ jowopinter said...

3G...? belum terfikir lagi la bro...2 biji telefon yang ada sekarang ni pun pakai untuk menelefon & hantar sms jer...hehehe

12:32 PM, October 16, 2006  
Anonymous Anonymous said...

selamat hari raya maaf zahir batin dari aku untuk bad sekeluarga.

6:48 AM, October 19, 2006  
Blogger blackpurple @ jowopinter said...

Slmt Hari Raya utk kau sefamili..

Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran kata-kata samada di dalam entri atau di kotak komen sepanjang berblogging......

9:38 AM, October 19, 2006  
Blogger fajar said...

kat Melaka dah ada 3G tak? kalau aku tukar kpd company kau, bole dpt diskaun tak? ehehehe

8:16 AM, November 09, 2006  
Blogger fajar said...

dah lama dah teringin nak guna 3G. senang sket nak surf internet. mesti laju guna handphone. kan? skrg guna GPRS je. tidak mengoptimumkan hp yg dah beli mahal2. nama je 3G, tapi x subscribe 3G. alasan, takde service kat area ni. apatah lg kat tempat keje aku yg jauh di ceruk hutan. hutan ke?

bad, i miss our old times laaa. ingat lagi tak masa kita buat practical? makan tghari kat warung abg tu? kau kena marah chat kat alamak? hehheheh. suddenly, teringat la pulak

8:19 AM, November 09, 2006  
Anonymous Anonymous said...

bp
Projek juta2 kena guna 3G

Din,
ManUtd vs Chelsea... seri? ok la kot

Fajar
Tetiba teringat... mesti sebab kau nak sambung belajar lagi nih.

4:23 AM, November 27, 2006  

Post a Comment

<< Home