Tuesday, December 13, 2005

Dam dam dum bunyi mercun...

Sejak kebelakangan ini, kejadian pengebom berani mati muncul kembali. Hmm, satu perbezaan antara di sini dan di tempat-tempat lain dalam dunia ialah pengebom berani mati di sini tak ramai yang mati. Dan kaedah yang digunakan juga lain. Dalam satu kejadian, mamat ni menyamar sebagai seorang pelayan, membawa bekas minuman, yang sebenarnya adalah bom, masuk ke dalam mahkamah. Satu kes lain, seorang 'pejuang' ini mengayuh basikal (bom diikat di basikal tu lah)dengan lajunya ke arah kumpulan orang ramai. Bang, kereta mahal la. Basikal murah sikit.

Dan yg terbaru, berlaku di kawasan yang dianggap selamat di bandaraya ini, kawasan yang aku tinggal dan kerja sekarang. Banani, Baridhara dan Gulshan. Kawasan-kawasan ini adalah area perniagaan dan kedutaan serta penginapan kebanyakan warga asing yang bertugas di sini. Menurut berita, sebiji molotov cocktail dilempar mengenai sebuah CNG*, seorang wanita cedera, cuba dihubungi melalui telefom bimbit tapi gagal, bla bla bla... laporan surat khabar di sini kadang2 terlalu detail (dalam perkataan lain, gempak je lebih). Tapi cerita Nizam jugak la yang best...

Malam kejadian itu, ada seorang local ni ditugaskan mengambil baju yang wife Nizam tempah kat kedai area Gulshan-2. Masa dia naik satu CNG ni, sampai kat tempat tu, dia dengar benda meletup... rupa2 nya ada orang campak 2 biji cocktail (dalam paper kata sebiji) dari bangunan yang under construction. Kena kat CNG di belakang CNG yang dia naik, berapi la CNG tu. Dia cabut keluar dari CNG yang dia naik, cross road ambik CNG lain. Dia terpaksa beredar segera kerana pihak keselamatan akan terus menahan, dengan cepat dan beramai-ramai, sesiapa sahaja yang berada di sekeliling tempat berlakunya sesuatu kejadian. Sampai di rumah Nizam, dia pun cerita apa yang berlaku kepada Nizam. Dengan bersyukurnya Nizam cakap kat dia "Nasib kau memang baik... kalau api tu kena baju wife aku, siap kau aku belasah!"...

*kalau di Bangkok dipanggil tut tut, bezanya tut tut adalah kenderaan terbuka manakala CNG tertutup.

*********************************

2 hari lepas ada majlis perpisahan untuk GMT yang akan tamat perkhidmatannya pada 15 Disember ini. Harap-harapnya GMT yang baru mampu meneruskan apa yang telah dimulakan oleh GMT yang akan bersara ini. Kalau tak, penat usaha kami selama 2 bulan yang lepas.

Dua tiga hari yang lepas ini juga, kepala aku berserabut, tetapi Alhamdulillah berserabut yang masih nampak hujung benangnya. Cabaran bekerja dengan mereka yang mempunyai dunia yang berbeza memang menarik, di samping memikul tanggungjawab memastikan kepentingan negara terjamin. Sememangnya sebelum tiba ke mari, fikiran aku hanya memikirkan tentang kerjaya dan masa depan aku. Tetapi selepas mendengar pesanan dari GMT, barulah nampak tanggungjawab kami bukan sekadar untuk syarikat malah untuk negara. Dan kerana Allah, kami cuba membantu saudara-saudara seagama di sini. Sewaktu belajar dahulu, aku selalu mendengar kata-kata Kerana Tuhan Untuk Manusia, di sini aku rasa kata-kata itu sememangnya amat bermakna. InsyaAllah doakan kami berjaya.

1 Comments:

Blogger sempoii said...

Kerana Tuhan untuk Manusia..Ayat ni pun dah banyak kali menaikkan semangat aku bila aku ada probs.

Sebelum tu derang guna "Untuk Tuhan dan Manusia" (UTM) tapi kena revise sebab Tuhan dan manusia tak leh satu level.

5:14 AM, February 03, 2006  

Post a Comment

<< Home