Thursday, December 08, 2005

First post and last night's dream

Bismillahirrahmanirrahim...
Ini post aku yang pertama, dan harapan aku agar blog ni boleh berterusan sehingga... ntah. Allah je la yang tau.

*************************************

Semalam aku mimpi aku sembahyang di sebuah masjid yang sedang menguruskan solat jenazah. Selalunya, kalau aku bermimpi sembahyang di masjid, biasanya aku dapat saf yang di belakang, ataupun aku tak dapat tempat langsung. Kalau begitu mimpi aku, aku faham kerana ini bermaksud aku tak menjaga sembahyang aku dalam dunia sebenar.

Tapi kalau bermimpi sembahyang jenazah? Beberapa orang jemaah sembahyang di atas pentas berdekatan dengan jenazah, seorang perempuan tua, manakala aku dan beberapa jemaah lain sembahyang di atas tanah yang berlecak. Ntah.

************************************

Hari ini aku lunch seorang diri di Friday. Apeng ada meeting dgn anak Eric, Project Director pulak seperti biasa makan dengan staf2 tempatan, Kak Nis pergi ke MAS untuk mengesahkan tiket balik waktu cuti Krismas nanti. Aku insyaAllah balik raya haji dengan Project Director. Mungkin balik terus, tapi mengikutkan kata Kak Nis dan Puan One, mungkin lama lagi kami di sini.

Dua tiga hari ni, aku rasa macam dah kurang berita mengenai suicide bomber. Mungkin sebab pihak keselamatan semakin aggresif mengawasi dan mencari mereka. Aku tak nampak sebab kenapa mereka yang mengaku pejuang Islam ni menggunakan kaedah sebegitu di sini. Mereka memulakan pertumpahan darah dan kemudian mendakwa mendapat perintah dari Allah. Menjadikan situasi yang susah menjadi semakin susah. Kompleks. Itu je la yang boleh aku komen mengenai situasi di sini.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home