Friday, December 09, 2005

Who am I?



12.02 a.m
Sesambil update blog ni, aku tengah watch Star Movies, cerita vampire lakonan Nicholas Cage. Ntah apa tajuknya aku tak tau. Wataknya tak tau yang dia sedang bertukar menjadi vampire. Aku rasa ni filem zaman hujung 80an. Inilah aktiviti aku hampir setiap malam, mengadap pc sambil tengok tv ataupun main FM2005. Bukannya ada aktiviti lain yang boleh dibuat. Kadang-kadang aku pergi ke gym di bumbung hotel. Di sini tiada warong, tiada cineplex (kalau ada pun aku tak nak pegi, filem local rasanya). Mungkin kalau kami dapat duduk rumah tetamu, suasana akan berubah. ***tukar channel, TV2, cabel tv dari Arab Saudi, filem The Others, Nicole Kidman***err... what a coincidence, both movies are showing stories about people who do not know who they really are.

Hari ni sepatutnya cuti, tapi Kak Nis mintak temankan dia ke ofis, dia perlu bertemu dengan GMT. Tak kisah lah, itu dah menjadi tanggungjawab sosial aku ataupun Apeng atau Project Director dan itu jauh lebih baik daripada dia ajak aku temankan dia pergi shopping. Bukan apa, aku rasa aku dah pergi ke hampir semua tempat shopping yang ada di sini. Nanti aku cerita lebih lanjut mengenai tempat2 membeli belah yang ada di ibu kota ini. Sesambil sempat jugak aku siapkan laporan HLR. Solat Jumaat seperti biasa di Masjid Baridhara, selain daripada sering berjumpa dengan rakan senegara, masjid ni juga antara masjid yang kemas dan terurus. Dan tadi pertama kali aku lihat kanak-kanak peminta sedekah dipukul oleh jemaah masjid kerana berulang-ulang kali meminta wang dari kami. Pukulannya ringan sahaja tapi bedebab jugak lah bunyinya di belakang badan kanak-kanak perempuan tu. Kesian tapi rasa macam dah tak mampu sebab tiada yang berubah.

Selepas solat Isya' kami pergi ke rumah MD. Gathering staf2 senegara yang dimulakan di rumah Hj Chef 2 minggu lepas diteruskan di rumah MD. Banyak isu yang boleh dibincang di luar pendengaran mereka yang tidak sepatutnya mendengar. Nasi ayam, lontong, mi hoon goreng. Hj Chef buat bubur durian. Waktu nak pulang, Nizam bagitau hotel tempat kami lepak malam2 sambil minum teh tarik dah 'halau' orang2 Malaysia. Hahaha kan aku cakap tadi, kat sini takde warong, so lepak kat hotel je la sambil berborak. Dan oleh kerana perangai orang Malaysia ni, tak kira le Melayu ke, Cina ke, India ke, kalau borak tu sampai tengah malam, bising... padahal minum teh tarik je 2,3 jag. Last2 diorang tak tahan, pukul 11 dah tutup restoran.

*****************************************
Mari kita bercerita sedikit tentang cara pemandu kereta di sini. Kepada mereka yang rasa dah handal mencelah bawak kereta di KL, marilah ke mari untuk meningkatkan lagi skill anda. Bersyukurlah tak ramai rakyat negara ini yang bawak kenderaan di Malaysia. Lampu signal boleh diabaikan, mereka lebih gemar menggunakan hon. Sekiranya tiba di simpang tiga, mereka akan membunyikan hon untuk belok ke kiri atau ke kanan instead of using signal light. Dan keutamaan diberikan kepada mereka yang ingin keluar dari simpang. Mereka yang menggunakan jalan utama biasanya terpaksa berhenti. Aku kadang2 terpaksa menutup mata jika aku duduk di depan sebelah pemandu.

Mencelah adalah perkara biasa, dari lorong kanan ke lorong kiri sekali kemudan ke tengah dan ke kanan semula... baik beca, cng, bas, van kecil, kereta... semua kenderaan adalah sebegitu. Pendek kata, there are 3 things that you must have while driving in this city and they must be in very good condition. Good horn, good brake and... good luck. You need the 3rd one badly.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home