Thursday, December 27, 2007

New Princess In Da House

Perkembangan terkini dari Fadzila, Huda dah bersalin.

Alhamdulillah, Allahu Akbar. Tahniah Huda dan Rabian.

Menunggu Sarjan

*entry yang ditaip malam tadi

Rasa seperti mahu tidur awal waktu-waktu sebegini. Awal maksudnya ialah sebelum pukul 12 tengah malam. Meredah hujan sewaktu pulang dari pejabat dan kemudian keluar sekali lagi ke klinik membawa Bazli Hadi yang kerap demam pada waktu malam. Letih dan mengantuk, tapi Wayne Rooney, Loius Saha dan Cristiano Ronaldo berjaya membuatkan aku kembali segar. Isteriku telah lama tidur, kandungannya semakin sarat. Sewaktu di Kedah awal bulan ini, jururawat yang memeriksa dia meramalkan 'tak lama lagi ni, 2 3 minggu lagi rasanya'. Huh, berdasarkan scanning awal, doktor di Damansara menjangkakan pada hujung bulan Januari. Satu sahaja yang dapat aku nyatakan di sini. Aku di dalam mode STANDBY.

Yup, Intan. Kau belum ketinggalan keretapi lagi. Rasanya dari bulan September tahun ini, ada sahaja kawan atau keluarga aku yang menerima ahli baru dalam hidup mereka. Abdullah, rakan sepejabat aku, dapat anak kelima September lepas. Kemudian, abang aku, anak ketiga dalam bulan Oktober. Bulan lepas, Kak Fizah, yang selalu membantu aku sewaktu di zaman TMTouch, anak sulung (hoorey). Bulan ini, Huda, yang sedang menanti hari, juga anak sulung (double hoorey). Bulan depan, isteriku. Februari 2007, Zulaimi, juga menanti anak ketiga seperti aku. (yaaa, Saha score lagi!!!). Siapa lagi?

Barang keperluan bayi sudah tersedia. Hospital sudah dipilih. Duit kambing untuk akikah lama telah aku selamatkan. Kerja-kerja pun telah aku aturkan dengan bos dan rakan sepasukan. Tiada outstation Januari ini. Apa lagi? Nama? Terima kasih, Fadzila kerana cuba membantu aku mencadangkan nama untuk anak ketiga ni. Bazla Haifa? Badriah Hana? Batrisya Huda? ...yang pasti bukan Britney Hilton, suatu kombinasi yang boleh menggegarkan kepala, otak, jantung, dan poket aku nanti.

Hah, selepas melihat detik-detik Nana (Zahila), melahirkan anak keempatnya dalam majalah Pa&Ma keluaran Januari 2008, isteriku mencadangkan aku membuat rakaman video kelahiran anak ketiga kami ini. Bagus jugak idea tu, itupun kalau doktor benarkan la. Suatu hari nanti, kalau anak-anak kami berniat menghantar kami ke rumah orang-orang tua, hah tengok ni, ibu kamu bersabung nyawa hendak melahirkan kamu ke dunia ni. Tapi kalau mereka tanya, Ayah buat apa masa tu? Errr... Kalau Ayah takde, kamu pun mungkin takde, tau. Huh, ada jugak alasan aku untuk tidak dihantar ke sana.