Sunday, December 17, 2006

Multiple Transmission

Di Old Trafford, stadium bagi pasukan Manchester United, terpapar iklan AirAsia dan Malaysia, Truly Asia.

Di Ashburton Grove, stadium bagi pasukan Arsenal, kelihatan iklan pelancongan untuk Israel, thinkisrael.com.

Hahaha. Memang kena lah tu.

*******************
Aku cukup suka menonton 3 saluran ilmu yang ada kat Astro tu. NatGeo, Discovery dan Animal Planet. Banyak rancangan yang bermanfaat dan aku sememangnya menggalakkan Balqis menonton rancangan-rancangan tersebut. Kecuali kalau tertekan saluran 64. Habis.

Dari Mythbusters, baru aku tahu bahawa kisah Benjamin Franklin, layang-layang, kunci dan petir adalah mitos dan dari Austin Stevens, baru aku tahu rupa binatang yang sangat ditakuti Pak Pandir (Tok-tok kai serondung batang, Dimana hinggap? Ditengah belakang). Tetapi, selain daripada ilmu pengetahuan, ada satu perkara lagi dari saluran-saluran ini yang menarik perhatian aku. Perkara ini pernah disebut oleh seseorang, aku tidak ingat samada seorang blogger atau wartawan.

Apa yang menarik perhatian ialah para pelakon yang memegang watak dalam racangan dokumentari seperti A Haunting dan I Shouldnt Be Alive. Mereka bukanlah para pelakon yang terkenal di seluruh dunia tapi mereka memainkan watak-watak tersebut seolah-olah dokumentari berkenaan adalah filem atau drama yang popular. Ekspresi muka, gerak badan dan lontaran suara mereka sungguh meyakinkan dan menyebabkan aku semakin benci dengan Steven Seagal yang pada aku hanya layak untuk berlakon sebagai Tembok Besar China. Rancangan I Shouldnt Be Alive yang baru ni, Alaskan Avalanche, aku rasakan seolah-olah menonton filem Vertical Limit. Mungkin mereka adalah pelakon profesional yang kerjanya adalah berlakon, bukan seperti di Malaysia yang mana untuk menjadi pelakon mestilah 'muka boleh jual'.

Ah, aku teringat pada pelakon Zakaria Yusof dan gelak tawa jahatnya sewaktu aku kecil-kecil dahulu.

*******
Tarikh tutup pendaftaran talian prabayar telah berlalu. Seperti biasa, di saat-saat akhir, ramai pengguna yang 'kepala taik dah nak keluar, baru nak cari jamban'. Tempoh yang diberi lebih dari setahun, tapi dah hujung-hujung baru nak daftar. Tapi aku tak salahkan pengguna dalam hal ini seratus peratus. Kedai-kedai telekomunikasi yang tidak bertanggungjawab juga menjadi dalang. Sudahlah diambil duit, tetapi borang pendaftaran yang telah diisi entah ke mana. Di pihak syarikat telekomuniasi pula, kelemahan pemasaran/marketing menyebabkan banyak pengguna yang tidak mendaftar. Bayangkan mereka yang tinggal di pendalaman Sabah dan Sarawak (ya, liputan kami sememangnya no 1 di Malaysia) ataupun yang bertugas di dalam hutan, bagaimanakah mereka hendak mendaftar kalau tidak kita yang mengunjungi mereka?

Dari tengah malam Jumaat lepas sehingga Sabtu pagi, aku berjaga untuk 'block' simkad yang masih belum didaftarkan. Jumlah prabayar 3G tidaklah sebanyak 2G/GSM (kurang dari 10%) tetapi disebabkan solution manager lambat mencari solution, maka masa yang kami ambil lagi lambat dari HLR-HLR lain. Hanya setelah Zulaimi menghantar email menghentam mereka pada pukul 7 pagi, barulah Product Line mereka menghantar penyelesaian. Dan proses HLR kamilah yang terpantas sekali wahahhaha...... Ehem, tarikh berikutnya ialah 31 Disember 2006. Siapa-siapa yang sakit perut tu, silalah cari jamban dari sekarang ya.