Thursday, December 15, 2005

Apa ada pada nama


Overheard from Apeng...
"Kami bangkang sekeras2nya!" jerit mereka. Dia menggeleng kepala. "Kenapa la degil sangat rakyat negara aku ni," getusnya di dalam hati. "Apa yang kamu semua tidak puas hati? Bukankah ini satu kebanggaan pada negara kita? Kita mesti semadikan nama negara pada sesuatu yang menjadi lambang kejayaan negara ini. Apakah kamu semua tidak merasa bangga?" dia mula meninggikan suara. "Memang la kami bangga, bukan senang kita hendak meletakkan negara kita seorbit dengan negara-negara lain. Tapi fikir la panjang sedikit sebelum membuat sebarang keputusan," lelaki berjaket James Bond dan berkain pelikat biru kotak2 di hujung kanan pentas bangun memberikan pandangan. "Yaaa, fikirkan lah apa yang rantau Melayu di Indonesia dan Malaysia akan kata nanti" sokong seorang pemuda. "Janganlah malukan rakyat kita yang berada di sana," sambungnya lagi. "Ah! Kalau hendak difikirkan pendapat orang lain, kita takkan bergerak ke depan," ujarnya dengan yakin. "Dengan ini aku, dengan bangganya mengumumkan, ......." "Nanti!!!, Tolonglah Tuan saintis,... tolonglah" rayu mereka lagi. "Tolonglah ubah nama kepada yang elok sedikit. Bagilah nama apa pun kat satelit kita ni kecuali BANGSAT!"...

***this is just a joke. That 'name' part is a joke. But not the satellite part. I really hope that this country will become a great country. This is a Muslim country with lots of potentials and spaces to move forward and be as advanced as their neighbour, if not better, InsyaAllah***

Tuesday, December 13, 2005

Dam dam dum bunyi mercun...

Sejak kebelakangan ini, kejadian pengebom berani mati muncul kembali. Hmm, satu perbezaan antara di sini dan di tempat-tempat lain dalam dunia ialah pengebom berani mati di sini tak ramai yang mati. Dan kaedah yang digunakan juga lain. Dalam satu kejadian, mamat ni menyamar sebagai seorang pelayan, membawa bekas minuman, yang sebenarnya adalah bom, masuk ke dalam mahkamah. Satu kes lain, seorang 'pejuang' ini mengayuh basikal (bom diikat di basikal tu lah)dengan lajunya ke arah kumpulan orang ramai. Bang, kereta mahal la. Basikal murah sikit.

Dan yg terbaru, berlaku di kawasan yang dianggap selamat di bandaraya ini, kawasan yang aku tinggal dan kerja sekarang. Banani, Baridhara dan Gulshan. Kawasan-kawasan ini adalah area perniagaan dan kedutaan serta penginapan kebanyakan warga asing yang bertugas di sini. Menurut berita, sebiji molotov cocktail dilempar mengenai sebuah CNG*, seorang wanita cedera, cuba dihubungi melalui telefom bimbit tapi gagal, bla bla bla... laporan surat khabar di sini kadang2 terlalu detail (dalam perkataan lain, gempak je lebih). Tapi cerita Nizam jugak la yang best...

Malam kejadian itu, ada seorang local ni ditugaskan mengambil baju yang wife Nizam tempah kat kedai area Gulshan-2. Masa dia naik satu CNG ni, sampai kat tempat tu, dia dengar benda meletup... rupa2 nya ada orang campak 2 biji cocktail (dalam paper kata sebiji) dari bangunan yang under construction. Kena kat CNG di belakang CNG yang dia naik, berapi la CNG tu. Dia cabut keluar dari CNG yang dia naik, cross road ambik CNG lain. Dia terpaksa beredar segera kerana pihak keselamatan akan terus menahan, dengan cepat dan beramai-ramai, sesiapa sahaja yang berada di sekeliling tempat berlakunya sesuatu kejadian. Sampai di rumah Nizam, dia pun cerita apa yang berlaku kepada Nizam. Dengan bersyukurnya Nizam cakap kat dia "Nasib kau memang baik... kalau api tu kena baju wife aku, siap kau aku belasah!"...

*kalau di Bangkok dipanggil tut tut, bezanya tut tut adalah kenderaan terbuka manakala CNG tertutup.

*********************************

2 hari lepas ada majlis perpisahan untuk GMT yang akan tamat perkhidmatannya pada 15 Disember ini. Harap-harapnya GMT yang baru mampu meneruskan apa yang telah dimulakan oleh GMT yang akan bersara ini. Kalau tak, penat usaha kami selama 2 bulan yang lepas.

Dua tiga hari yang lepas ini juga, kepala aku berserabut, tetapi Alhamdulillah berserabut yang masih nampak hujung benangnya. Cabaran bekerja dengan mereka yang mempunyai dunia yang berbeza memang menarik, di samping memikul tanggungjawab memastikan kepentingan negara terjamin. Sememangnya sebelum tiba ke mari, fikiran aku hanya memikirkan tentang kerjaya dan masa depan aku. Tetapi selepas mendengar pesanan dari GMT, barulah nampak tanggungjawab kami bukan sekadar untuk syarikat malah untuk negara. Dan kerana Allah, kami cuba membantu saudara-saudara seagama di sini. Sewaktu belajar dahulu, aku selalu mendengar kata-kata Kerana Tuhan Untuk Manusia, di sini aku rasa kata-kata itu sememangnya amat bermakna. InsyaAllah doakan kami berjaya.

Friday, December 09, 2005

Who am I?



12.02 a.m
Sesambil update blog ni, aku tengah watch Star Movies, cerita vampire lakonan Nicholas Cage. Ntah apa tajuknya aku tak tau. Wataknya tak tau yang dia sedang bertukar menjadi vampire. Aku rasa ni filem zaman hujung 80an. Inilah aktiviti aku hampir setiap malam, mengadap pc sambil tengok tv ataupun main FM2005. Bukannya ada aktiviti lain yang boleh dibuat. Kadang-kadang aku pergi ke gym di bumbung hotel. Di sini tiada warong, tiada cineplex (kalau ada pun aku tak nak pegi, filem local rasanya). Mungkin kalau kami dapat duduk rumah tetamu, suasana akan berubah. ***tukar channel, TV2, cabel tv dari Arab Saudi, filem The Others, Nicole Kidman***err... what a coincidence, both movies are showing stories about people who do not know who they really are.

Hari ni sepatutnya cuti, tapi Kak Nis mintak temankan dia ke ofis, dia perlu bertemu dengan GMT. Tak kisah lah, itu dah menjadi tanggungjawab sosial aku ataupun Apeng atau Project Director dan itu jauh lebih baik daripada dia ajak aku temankan dia pergi shopping. Bukan apa, aku rasa aku dah pergi ke hampir semua tempat shopping yang ada di sini. Nanti aku cerita lebih lanjut mengenai tempat2 membeli belah yang ada di ibu kota ini. Sesambil sempat jugak aku siapkan laporan HLR. Solat Jumaat seperti biasa di Masjid Baridhara, selain daripada sering berjumpa dengan rakan senegara, masjid ni juga antara masjid yang kemas dan terurus. Dan tadi pertama kali aku lihat kanak-kanak peminta sedekah dipukul oleh jemaah masjid kerana berulang-ulang kali meminta wang dari kami. Pukulannya ringan sahaja tapi bedebab jugak lah bunyinya di belakang badan kanak-kanak perempuan tu. Kesian tapi rasa macam dah tak mampu sebab tiada yang berubah.

Selepas solat Isya' kami pergi ke rumah MD. Gathering staf2 senegara yang dimulakan di rumah Hj Chef 2 minggu lepas diteruskan di rumah MD. Banyak isu yang boleh dibincang di luar pendengaran mereka yang tidak sepatutnya mendengar. Nasi ayam, lontong, mi hoon goreng. Hj Chef buat bubur durian. Waktu nak pulang, Nizam bagitau hotel tempat kami lepak malam2 sambil minum teh tarik dah 'halau' orang2 Malaysia. Hahaha kan aku cakap tadi, kat sini takde warong, so lepak kat hotel je la sambil berborak. Dan oleh kerana perangai orang Malaysia ni, tak kira le Melayu ke, Cina ke, India ke, kalau borak tu sampai tengah malam, bising... padahal minum teh tarik je 2,3 jag. Last2 diorang tak tahan, pukul 11 dah tutup restoran.

*****************************************
Mari kita bercerita sedikit tentang cara pemandu kereta di sini. Kepada mereka yang rasa dah handal mencelah bawak kereta di KL, marilah ke mari untuk meningkatkan lagi skill anda. Bersyukurlah tak ramai rakyat negara ini yang bawak kenderaan di Malaysia. Lampu signal boleh diabaikan, mereka lebih gemar menggunakan hon. Sekiranya tiba di simpang tiga, mereka akan membunyikan hon untuk belok ke kiri atau ke kanan instead of using signal light. Dan keutamaan diberikan kepada mereka yang ingin keluar dari simpang. Mereka yang menggunakan jalan utama biasanya terpaksa berhenti. Aku kadang2 terpaksa menutup mata jika aku duduk di depan sebelah pemandu.

Mencelah adalah perkara biasa, dari lorong kanan ke lorong kiri sekali kemudan ke tengah dan ke kanan semula... baik beca, cng, bas, van kecil, kereta... semua kenderaan adalah sebegitu. Pendek kata, there are 3 things that you must have while driving in this city and they must be in very good condition. Good horn, good brake and... good luck. You need the 3rd one badly.

Thursday, December 08, 2005

First post and last night's dream

Bismillahirrahmanirrahim...
Ini post aku yang pertama, dan harapan aku agar blog ni boleh berterusan sehingga... ntah. Allah je la yang tau.

*************************************

Semalam aku mimpi aku sembahyang di sebuah masjid yang sedang menguruskan solat jenazah. Selalunya, kalau aku bermimpi sembahyang di masjid, biasanya aku dapat saf yang di belakang, ataupun aku tak dapat tempat langsung. Kalau begitu mimpi aku, aku faham kerana ini bermaksud aku tak menjaga sembahyang aku dalam dunia sebenar.

Tapi kalau bermimpi sembahyang jenazah? Beberapa orang jemaah sembahyang di atas pentas berdekatan dengan jenazah, seorang perempuan tua, manakala aku dan beberapa jemaah lain sembahyang di atas tanah yang berlecak. Ntah.

************************************

Hari ini aku lunch seorang diri di Friday. Apeng ada meeting dgn anak Eric, Project Director pulak seperti biasa makan dengan staf2 tempatan, Kak Nis pergi ke MAS untuk mengesahkan tiket balik waktu cuti Krismas nanti. Aku insyaAllah balik raya haji dengan Project Director. Mungkin balik terus, tapi mengikutkan kata Kak Nis dan Puan One, mungkin lama lagi kami di sini.

Dua tiga hari ni, aku rasa macam dah kurang berita mengenai suicide bomber. Mungkin sebab pihak keselamatan semakin aggresif mengawasi dan mencari mereka. Aku tak nampak sebab kenapa mereka yang mengaku pejuang Islam ni menggunakan kaedah sebegitu di sini. Mereka memulakan pertumpahan darah dan kemudian mendakwa mendapat perintah dari Allah. Menjadikan situasi yang susah menjadi semakin susah. Kompleks. Itu je la yang boleh aku komen mengenai situasi di sini.